Mi Racun Ori

Assalamualaikum.


Edisi kali ini aku nak ceritakan tentang makanan unik di Batu Pahat iaitu Mi Racun. Nama pun dan unik bukan? Unik dan menakutkan. Orang akan tertanya-tanya tak mati ke makan mi yang beracun. Hehe.. Jangan risau, ia hanya sekadar nama. Mungkin orang yang menamakan mi ini rasa mi ni sedap sangat hingga meracuni fikirannya untuk makan lagi. Dari situ mungkin ia mendapat nama. Namun asal mi ini mendapat nama tidak dapat aku pastikan.

Nama lain bagi mi ini adalah Mi Tomato. Masa aku kecil dahulu aku jarang sebut nama mi ini dgn nama Mi Racun kerana mungkin ia menakutkan. Kang order mi racun dia bubuh racun betul-betul tak ke naya. Hehe.. Sewaktu aku kecil dahulu mak selalu suruh aku beli mi racun ni kat warung arwah Wak Dol kat kampung aku (atas permintaan aku sebab aku suka mi ni). Lepas arwah Wak Dol tak berniaga lagi aku selalu order mi racun ni kalau makan kat mana-mana warung yang menyediakan menu mi ini. Salah satu warung yang aku ingat adalah di Warung Syam. Tapi kat sini bila aku nak order selalu tak ada. Mungkin tukang masak yang tahu masak mi racun ni selalu cuti atau bertukar kerja di tempat lain.

Mengikut cerita mak aku, warung Mi Racun yang paling sedap dan antara yang mula-mula memperkenalkan mi ini terletak di bandar berhampiran balai bomba lama. Memang mi racun kat sini paling sedap dan asli selain warung arwah Wak Dol tu.

Sekarang ni ramai tak tahu tentang mi racun Jalan Sultanah ni. Mereka lebih kenal tahu dan kenal dengan mi racun gearbox di Taman Sri Jaya. Suatu ketika dulu mi racun Taman Sri Jaya ni memang sedap dan hampir setanding mi racun asal Batu Pahat. Tapi dua tiga kali terakhir aku pergi, rasanya dah tak sama seperti dulu. Tidak sesedap dahulu. Rakan-rakan luar yang aku bawa ke sini pun tidak teracun(tertarik) dengan mi ni termasuklah isteri aku.

Beberapa minggu lepas mak aku teringin nak makan mi racun. Jadi kami beli bungkus sahaja sebab ayah aku tak ikut masa tu. Kami beli di gerai racun di Jalan Sultanah berhampiran balai bomba lama tu. Kali ini isteri aku teracun(tertarik) dengan mi racun ni. Sedap katanya. Hehe..

Oleh itu, hari Selasa yang lepas aku bawa isteri makan di situ. Kami pesan mi racun biasa dan mi racun gearbox. Harganya boleh tahan mahal juga sekarang ni tapi berbaloilah dengan keaslian rasanya yang sedap. Mi racun biasa harganya RM5 sepinggan dan gearbox RM 9.50. Berikut aku kongsikan beberapa gambar yang sempat kami rakamkan.




Sekian sahaja episod Jalan-jalan Buncitkan Perut untuk kali ini. Berjumpa lagi di siaran akan datang yang taktau lagi bila. Hehe...

Terima kasih. Wassalam.

Burger Bakar Batu Pahat

Assalamualaikum.

Rabu lepas aku bawa isteri kesayangan makan burger bakar yang popular di ibu kota. Aku kata popular di ibu kota sebab gerai burger bakar ni bernama Rawang Burger Bakar. Mungkin ia berasal dari Rawang. Entah ya ke tak aku tak taulah. Aku tau tentang gerai ni pun melalui Facebook. Gerai burger bakar ni terletak BP Walk, Jalan Rahmat, Batu Pahat berhadapan dengan kedai Guardian. Ada sembilan menu disediakan dan harganya pada aku boleh tahan mahal. Tapi masih dalam kategori mampu beli dan berbaloi. Berikut beberapa gambar yang sempat aku tangkap.






Aku order double riang + cheese untuk kami kongsi berdua. Aku sangka dapat seperti di dalam gambar tapi bila sampai cheesenya cuma ada sekeping. Bila aku tanya di laman Facebook mereka baru aku tau kena buat request tambahan. Tapi walau apapun kami puas hati dgn burger yang dihidangkan. Memang sedap dan berbaloi. Boleh pergi bawa mak ayah pula lain kali. Jangan marah eh aku tak bawa mak ayah. Nak bawa mak ayah kena check dulu qualiti. Hehe..

Sekian sahaja cerita jalan-jalan cari makan untuk kali ini. Jumpa lagi. Wassalam.


Nota kaki :: Lihat juga Delicious Grill Burger Batu Pahat.

Raya Kami

Assalamualaikum.

Bulan Syawal sudah pun berlalu tapi baru hari ini aku nak bercerita tentang raya. Alhamdulillah raya kali ini kami beraya sebagai suami isteri. Memang rasa sempurna betul hidup aku sekarang. Tapi dalam kegembiraan beraya ada juga suasana sedih bila tak dapat beraya bersama ayah mertua yang telah kembali ke Rahmatullah pada 30 Jun yang lepas. Tak banyak yang aku terfikir nak ceritakan tentang raya kami. Hanya beberapa keping gambar berikut yang dapat aku kongsikan.












Di kesempatan ini juga aku dan juga bagi pihak isteriku memohon ampun dan maaf di atas segala silap salah juga tutur kata kami yang mana mungkin menyebabkan ada pihak sakit dan tersinggung perasaannya. Juga halalkan apa yang kami terambil, terguna, terpakai, termakan dan terminum tanpa pengetahuan dan izin semua. Sekian, terima kasih dan jumpe lagi.

Shopping Raya Tapi Hanya Beli Buku

Assalamualaikum semua.

Ok, kita sambung balik cerita sebelum ni. Hari Ahad, pagi2 lagi kami dah gerak ke Plaza Angsana kerana nak mengelakkan kesesakan dan nak dapatkan parking. Kami berlapan pergi naik Exora pakcik aku je. Busu, Chik Nuar, mak, ayah, aku dan isteri serta dua orang anak makcik aku.

Sampai di Plaza Angsana hampir pukul 10. Kami sangka belum ramai yang datang untuk membeli belah. Rupa-rupanya dah penuh orang menunggu pintu dibuka.

......
.....
.....
.....

Hahaha..punyalah malas nak kemaskini blog aku sampai dah berbulan baru aku jenguk dan sambung balik draft yang ntah bila aku taip ni. Aku pun dah tak ingat sangat apa aku nak cerita. Tapi kalau ikut tajuk, kat Plaza Angsana hari itu aku dan isteri hanya beli beberapa buah novel.

Seperti biasa novel-novel pilihan aku adalah bergenre dongeng dan fantasi. Aku beli novel Puteri Alindalia dan Pedang Aurora bagi melengkapkan koleksi Siri Saga Artakusiad aku. Selain itu aku beli novel bertajuk Takdir karya Hilal Asyraf seorang anak muda yang berbakat. Ianya adalah sebuah novel fantasi Islamik. Puan isteri pula membeli sebuah novel cinta bertajuk Hei..Aku Kenal Cinta!

Gambar novel-novel tersebut yang aku tangkap menggunakan kamera telefon aku telah corrupt atas sebab kerosakan memory cardnya. Jadi aku tempelkan sahaja gambar-gambar yang aku cari di Google.


Setakat ni jela yang sempat aku kongsikan buat untuk kali ini. Kalau aku rajin nanti aku buat review novel-novel ni. Tu pun kalau rajinlah. Hehe..

Sekian, berjumpa lagi di entri akan datang. Wassalam.

Berbuka Puasa Di Johor Bahru

Assalamualaikum.

Dalam sedar tak sedar tinggal tak sampai seminggu lagi nak raya. Bila dah berdua ni penuh jer masa aku sampai kadang tak terkejar aku rasa. Hehe.. Tapi walau bagaimanapun puasa dan raya kali lebih bermakna disamping isteri tercinta. =)

Bagi yang masih single dan merasa kosong serta banyak masa lapang tu kahwin la cepat2. Hidup anda pasti tidak akan sunyi lagi dan penuh dengan pelbagai aktiviti. :)

Kali ini aku nak cerita tentang aktiviti dua hari di hujung minggu yang baru sahaja berlalu. Seperti biasa tiap2 Ramadhan makcik aku yang aku panggil Busu akan ajak aku sekeluarga berbuka puasa di salah sebuah hotel di Johor Bahru. Atau orang sekarang panggil iftar. Entah kenapa aku tak berapa suka guna istilah baru ni.

Maka pada hari Sabtu lepas aku dan isteri terus bertolak ke Johor Bahru pada waktu petang hampir pukul 4. Aku sampai di Larkin hampir pukul 6 petang. Sementara menunggu waktu berbuka aku bawa puan isteri jalan2 sebentar di Plaza Larkin dan juga Terminal Larkin. Dapatlah aku beli sepasang capal untuk dipakai raya nanti. Walaupun bukan capal yang asli tapi ianya selesa. Yang paling penting tak semahal yang asli. Rugi kan barang mahal buat pijak2 jer. Hahaha..


Hampir pukul 7 aku menuju ke Hotel Sri Malaysia untuk berbuka puasa. Busu dan suaminya Chik Nuar serta mak ayah aku dah siap2 mengambil makanan bila aku tiba di sana. Oh ye, mak dan ayah aku sudah berada di JB sejak hari Rabu lagi. Hari Rabu abang aku ada meeting di Yong Peng jadi dia ajak sekali mak ayah aku ke rumahnya. Abang Edi dan Kak Az kakak ipar aku tiba bersama anak2nya bila aku sudah hampir siap mengambil juadah untuk berbuka.


 


Lepas berbuka puasa tu mak ikut aku dan menantunya ke Mydin BBU. Ayah pula ikut Busu balik. Kami Window shopping je. Ada perasan baju melayu dewasa RM19.90 je tapi tak terfikir pulak nak beli masa tu. Bila dah balik baru teringat aku seorang je yang tak ada baju melayu warna ungu untuk bergambar dengan baju sedondon raya nanti. Takpelah, baju warna marroon aku leh pakai. Dekat2 warna ungu gak tu. Hehe..

Dari Mydin kami terus pulang ke rumah busu. Anak2 buah aku dah menunggu untuk bermain bunga api. Malam tu aku tidur di rumah busu di bilik lama aku. Busu dah siap2 masak sebelum tidur.

Selesailah cerita hari pertama hujung mingguku yang lepas. Cerita hari kedua aku sambung dalam entri selepas ini. Saja tak nak terlalu panjang sangat entri kali ini dan nak banyakkan posting. Hehe..

Sekian, wassalam. ^_^

Pedih Di Bulan Puasa

Assalamualaikum semua..

Sekejap sahaja masa berlalu dan tanpa kita sedari hari ini dah masuk hari ke sebelas kita berpuasa. Aku pun dah lama tak kemaskini blog aku ni kan. Semalam pun main sumbat jer gambar-gambar majlis perkahwinan aku dua bulan lepas bagi menyambung cerita yang tertangguh sebelum ni.

Rasa masih sempat aku ucapkan selamat menyambut ramadhan dan menjalani ibadah puasa. Aku juga nak minta maaf zahir dan batin kepada semua yang kenal aku andai ada aku buat salah yg disengajakan atau pun tidak. Manalah tau kan umur tak panjang aku dah minta maaf kat korang semua sebelum raya lagi. Hehe...

Macam mana dengan puasa korang semua. Dah ada yang ponteng? Ish3...bawa-bawaklah bertaubat kalau ada yang ponteng tu. Anak buah aku umur 6 tahun pun dah puasa penuh macam pak uda dia gak masa kecil2 dulu. Hehe..

Okaylah, berbalik semula seperti tajuk di atas aku nak kongsikan apa yang ramai di antara kita alami semasa bulan puasa ni terutamanya aku. Bukan pedih perut sebab gastrik tp pedih di dada atau lebih dikenali dengan pedih ulu hati. Sebenarnya aku pun tak tahu betul ke rasa pedih yang selalu aku alami bulan puasa kali ini adalah penyakit pedih ulu hati. Dah biasa pedih di hati tu yang tak kisah setakat pedih kat ulu hati. Hehe.. Jadi hari ini aku nak kongsikan artikel tentang pedih ulu hati dari blog Doktor Wannabe yang aku google di awal puasa hari itu.

Pengenalan
Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut yang mengganggu bahagian bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai Lower Esophageal Sphincter (LES) tidak tertutup. Oleh itu, asid ini memasuki bahagian esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia sekali gus menyebabkan kesan kimia terjadi. Kenyataan yang selalu diuarkan ialah seperti sakit dada yang membakar. Gejala ini selalunya terjadi selepas memakan makanan berat. 
                                 
Pedih ulu hati adalah gejala biasa dan tidak berbahaya. Sekiranya masalah ini jarang terjadi, seseorang itu tidak perlu khuatir. Namun ada sesetengah orang yang kerap mengalaminya malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati boleh ditafsirkan sebagai gejala Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD). 

Tanda atau Gejala
Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis keadaan termasuk:
  • Rasa terbakar di dada atau di bawah tulang dada.
  • Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan.
  • Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak.
  • Sendawa.
  • Batuk yang teruk.
  • Suara menjadi serak.
  • Pernafasan  yang berbunyi seperti serangan asma.

Komplikasi
Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux, Barret's esophagus, peptic ulser atau kanser. Jumpalah doktor bagi mengesahkan diagnosa tersebut. Komplikasi yang mungkin berlaku termasuklah Oesophagitis, Strictures atau Barret's oesophagus. 

Rawatan 
Kebanyakan orang boleh mengawal ketidakselesaan pedih ulu hati dengan mengamalkan cara hidup yang sihat atau mengambil ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor. Tetapi, sekiranya ia semakin teruk, ubatan ini mungkin hanya mampu membantu untuk sementara waktu. Sekiranya anda mengalami GERD, anda mungkin memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala.

Sekiranya mengalami pedih ulu hati yang teruk anda boleh meredakannya dengan menukar tabiat pemakanan anda. Berhenti merokok juga sangat membantu dalam menangani gejala ini. Antacids atau bismuth subsalicylate boleh mengurangkan kesakitan pedih ulu hati dengan meneutralkan asid perut bagi serangan sekali sekala dan boleh didapati di kedai-kedai ubat atau farmasi berhampiran anda. Metaclopramide juga boleh diambil bagi mengosongkan perut dengan kadar segera. 

Pembedahan 
Pembedahan mungkin diperlukan untuk membetulkan lower oesophageal sphincter dan menghentikan tidak balas refluk asid. Pembedahan boleh dilakukan dengan menggunakan laparoskop dan hanya memerlukan rawatan  selama beberapa hari di hospital.

Gastroscopy perlu dilakukan hanya sekali sebelum pesakit menjalani pembedahan untuk melihat sejauh mana komplikasi seperti Barret's oesophagus (keadaan kanser yang berpotensi, kanser berkemungkinan terjadi akibat terlalu lama terdedah kepada asid perut) atau kanser esofagus. Sekiranya Berret's oesophagus ditemui, proses gastroscopy tahunan perlu dilakukan bagi melihat perkembangan kanser maglinan. 

Pencegahan
  • Mengawal sukatan pemakanan.
  • Menukar amalan pemakanan boleh mengurangkan gejala pedih ulu hati.
  • Mengenalpasti serta mengelakkan makanan yang mampu memberikan kesan kepada anda. 
  • Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat serta makanan yang telah diawet.
  • Cuba kurangkan memakan makanan yang telah digoreng atau berlemak. Kembung perut biasanya terjadi akibat memakan makanan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan serta menambahkan rasa sakit perut.

Pengubahsuaian Cara Hidup
  • Amalkan memakan jumlah makanan yang sedikit. Makan dengan jumlah yang sedikit secara lebih kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.
  • Makan perlahan-lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya anda mempunyai masalah, letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan.
  • Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang  serta dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut.
  • Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan sekali gus menyebabkan ketidakcernaan.

Kisah Fantasi Menjadi Realiti Siri 2

Salam Ramadhan...

Lama betul aku tak hapdet blog aku ni kan. Dah dua bulan berlalu sejak aku kahwin dan entri yang lepas sehinggakan dah lupa apa aku nk kongsikan pada korang.

Ok, takpelah. Aku sambung cerita laju-laju. Eh, aku tak sambung cerita tapi aku kongsikan gambar-gambar majlis menyambut menantu di rumah aku jelah senang. Hehe..



Tu jelah aku leh ceritakan. Simple tapi meriah. Pelamin pun buat sendiri jer. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...