Anugerah Tak Ternilai


Assalamualaikum..

Rabu, 14 November 2012 - Alhamdulillah, syukur tak terhingga ke hadrat Illahi pagi ini aku dikhabarkan berita gembira oleh isteri aku bahawa beliau telah pun mengandungkan anak kami. Pagi-pagi subuh lagi isteri aku telah mengejutkan aku dan menunjukkan pregnancy testnya yang positif.
...
...
...
Sebenarnya dah lebih seminggu cerita di atas ni aku coretkan namun ianya sekadar terperap sebagai draft sahaja selama ini. Sebenarnya juga aku tak tahu nak cerita apa dengan korang. Aku cuma nak kongsikan kegembiraan aku yang bakal menjadi bapa. Sememangnya ianya merupakan anugerah yang sangat berharga. Perasaan yang sangat sukar digambarkan. Mungkin kalau dapat harta berjuta pun tidak segembira ini. Syukur sangat-sangat kerana dikurniakan keluarga yang bahagia, isteri yang penyayang dan semoga anak-anak aku nanti jadi anak yang soleh dan solehah.

Pagi tadi, 27 November, aku menemani isteri aku buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Pesta dan membuat buku untuk ibu-ibu mengandung. Setakat ini tiada apa-apa masalah. Harapan aku semoga terus tiada apa-apa masalah. Doakan ya sahabat sekalian.

Sekian sahaja perkongsian aku kali ini. Wassalam.

De'Licious Grill Burger Batu Pahat

Assalamualaikum semua... ^_^

Sejak balik dari Kuala Lumpur hari itu banyak perkara yang aku nak kongsikan di blog aku ini sebenarnya. Baiklah, aku mulakan dulu dengan kisah jalan-jalan makan-makan.

Sebelum ini aku pernah bercerita tentang Burger Bakar Rawang Batu Pahat dan Mi Racun Batu Pahat yang aku gemari. Kali ini aku juga ingin bercerita tentang burger bakar yang kedua aku makan di Batu Pahat ini. Gerai yang menjual burger bakar tersebut diberi nama De'Licious Grill Burger yang terletak di Gerai MPBP Jalan Sultanah bersebelahan gerai Mi Racun yang aku ceritakan sebelum ini.

Gerai MPBP Jalan Sultanah
De'Licious Grill Burger bersebelan Mee Racun.
Memandangkan isteri aku teringin nak makan Mi Racun dan kebetulan aku tau ade satu gerai menjual burger bakar yang baru dibuka bersebelahan gerai Mi Racun di Jalan Sultanah tersebut, jadi kami beli Mi Racun dan burger bakar di situ untuk dibawa balik makan di rumah.

Rupa asal burger yang diambil dari Facebook De'Licious Grill Burger.

Aku beli burger bakar daging lembu berperisa kari. Komen aku tentang burger ini memang lebih sedap dari burger yang aku pernah cerita sebelum ini. Dagingnya masak penuh tidak seperti sebelum ini yang dagingnya separuh masak seperti yang disukai oleh orang barat. Sebab tekak aku tekak melayu, daging separuh masak memang tidak berapa menjadi pilihan. Daging burger bakar ini memang berempah di dalamnya bukan sekadar di luar. Dicelup pula dengan sos lada hitam dan ditambah cheese menjadikan burger bakar ini berkualiti tinggi dari segi rasanya.

Burger bakar dan mi racun yang dikongsi bersama.
Rupa burger bakar yang telah dipanaskan menggunakan microwave.
Sebungkus mi racun penuh semangkuk besar.

Amacam? Dah terliur lihat gambar-gambar tersebut? Hehe.. Apa tunggu lagi..cubalah rasa. Iklan free pula aku bagi.

Sekian sahaja kisah jalan-jalan makan-makan aku kali ini. Jumpa lagi lain kali. Wassalam..

Percutian 2 Hari 2 Malam Di Ibu Kota

Assalamualaikum..

Hari Sabtu yang lepas kami (aku n wife, my bff/scandal epul a.k.a. kutz, and his family) bertolak ke Kuala Lumpur sebagai rombongan pengantin bagi menghadiri majlis pernikahan dan bersanding sahabat baik aku itu. Kami berangkat hanya menggunakan 2 kenderaan. Aku bertiga termasuk sahabatku menaiki kereta aku manakala keluarganya menaiki satu van. Waktu kami bertolak jam sudah pun pukul 6 petang dan kami tiba di homestay yang disewa oleh sahabat aku tu hari sudah pn hampir ke tengah malam.


Esoknya sahabat aku selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada pukul 10 pagi. Kemudian disandingkan jam 2 petang. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Tak banyak gambar yang aku ambil kerana dah ada member-member photographer yang bertugas mengambil gambar.


 

Petang itu, setelah selesai majlis dan keluarga sahabat aku pulang kami menunggu pula sahabat atau kami panggil dengan istilah skandal isteriku pula tiba untuk bersiar-siar di Bandaraya Kuala Lumpur pula. Dari PPR Pekan Batu itu, kami bertolak pula ke Suria KLCC. Kami berjalan-jalan cuci mata melihat kedai-kedai di dalam Suria KLCC tersebut sebelum bersantai di taman di luarnya sambil berbual-bual. Sahabat isteriku sempat membelikan hadiah untuk isteri aku sempana hari lahirnya yang akan datang pada 22hb November ini. Terima kasih banyak-banyak diucapkan padanya bagi pihak isteri aku.

 

Kemudian kami bertolak pula menghantar sahabat isteriku pulang ke rumah di kawasan Batu Cave. Hari telah pn memasuki waktu malam bila tiba di rumahnya.

Dari situ kami bergerak pula ke Puchong bagi bermalam di rumah adik aku. Setelah berehat sebentar dan membersihkan diri di rumah sewa adik aku, kami bergerak pula ke I-City dengan kereta aku yang dipandu oleh adik aku.





Di I-City kami hanya berjalan-jalan dan mengambil gambar. Ada satu permainan pancing itik aku suruh adik aku perhatikan itik yang telah diterbalikkan yang tertulis hadiah nombor 2. Aku pesan pada adik aku supaya jangan terlepas pandang sementara aku membeli token. Akhirnya dapatlah kami hadiah teddy bear second prize dan kami hadiahkan ia kepada isteriku. Sebelum pulang ke rumah sewa adik aku sempat kami singgah sebentar di Uptown Shah Alam.

Esoknya hampir tengahari baru kami bertolak pulang dari rumah adik aku. Kami singgah dulu di Alamanda Putrajaya. Di situ kami berkunjung sebentar di MPH Bookstore dan akhirnya kami membeli dua buah buku nukilan Ramlee Awang Murshid iaitu Bagaikan Puteri dan Rayyan Fantasi. Tak lama kami di Alamanda Putrajaya tersebut kami terus bertolak pulang ke Batu Pahat.

Dari Lebuhraya PLUS aku keluar melalui tol Tangkak kerana isteri aku berhajat untuk mengunjungi Pasaraya Giant di Muar. Kami hanya melihat-lihat barangan yang dijual tanpa membeli apa-apa kerana tiada yang berkenan di hati. Sebelum balik kami terlihat pusat karaoke keluarga yang bernama Suaraoke. Melihat harga bilik vip hanya RM15 sejam kami mencuba untuk berhibur dengan menyumbangkan suara yang memang pun sumbang. Hehe.. Kami berpuas hati dengan servis puas karaoke tersebut kerana tempatnya selesa dan sound systemnya yang sangat baik.


Akhir kami tiba di rumah hampir pukul 10 malam. Walaupun kepenatan kami sangat-sangat berpuas hati dengan percutian sambil-sambil kali ini. =)

Sekian sahaja cerita percutian aku kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca journal aku ini.

Saga Takluk Jagat Dalam Genggaman

Assalamualaikum.



Alhamdulillah..

Akhirnya novel Saga Takluk Jagat yang aku ceritakan semalam sudah berada dalam genggaman. Hehe.. Waktu rehat tengahari tadi aku keluar ambil buku ni di pejabat Pos Laju. Masuk dalam kereta terus aku buka bungkusan buku ni. Hasilnya memang agak puas hati. Antara buku yang sudah lama menjadi idaman aku.


Itu sahaja yang aku nak bagitau sekadar nak berkongsi rasa gembira mendapat buku ini. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...