Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Pedih Di Bulan Puasa

Assalamualaikum semua..

Sekejap sahaja masa berlalu dan tanpa kita sedari hari ini dah masuk hari ke sebelas kita berpuasa. Aku pun dah lama tak kemaskini blog aku ni kan. Semalam pun main sumbat jer gambar-gambar majlis perkahwinan aku dua bulan lepas bagi menyambung cerita yang tertangguh sebelum ni.

Rasa masih sempat aku ucapkan selamat menyambut ramadhan dan menjalani ibadah puasa. Aku juga nak minta maaf zahir dan batin kepada semua yang kenal aku andai ada aku buat salah yg disengajakan atau pun tidak. Manalah tau kan umur tak panjang aku dah minta maaf kat korang semua sebelum raya lagi. Hehe...

Macam mana dengan puasa korang semua. Dah ada yang ponteng? Ish3...bawa-bawaklah bertaubat kalau ada yang ponteng tu. Anak buah aku umur 6 tahun pun dah puasa penuh macam pak uda dia gak masa kecil2 dulu. Hehe..

Okaylah, berbalik semula seperti tajuk di atas aku nak kongsikan apa yang ramai di antara kita alami semasa bulan puasa ni terutamanya aku. Bukan pedih perut sebab gastrik tp pedih di dada atau lebih dikenali dengan pedih ulu hati. Sebenarnya aku pun tak tahu betul ke rasa pedih yang selalu aku alami bulan puasa kali ini adalah penyakit pedih ulu hati. Dah biasa pedih di hati tu yang tak kisah setakat pedih kat ulu hati. Hehe.. Jadi hari ini aku nak kongsikan artikel tentang pedih ulu hati dari blog Doktor Wannabe yang aku google di awal puasa hari itu.

Pengenalan
Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut yang mengganggu bahagian bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai Lower Esophageal Sphincter (LES) tidak tertutup. Oleh itu, asid ini memasuki bahagian esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia sekali gus menyebabkan kesan kimia terjadi. Kenyataan yang selalu diuarkan ialah seperti sakit dada yang membakar. Gejala ini selalunya terjadi selepas memakan makanan berat. 
                                 
Pedih ulu hati adalah gejala biasa dan tidak berbahaya. Sekiranya masalah ini jarang terjadi, seseorang itu tidak perlu khuatir. Namun ada sesetengah orang yang kerap mengalaminya malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati boleh ditafsirkan sebagai gejala Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD). 

Tanda atau Gejala
Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis keadaan termasuk:
  • Rasa terbakar di dada atau di bawah tulang dada.
  • Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan.
  • Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak.
  • Sendawa.
  • Batuk yang teruk.
  • Suara menjadi serak.
  • Pernafasan  yang berbunyi seperti serangan asma.

Komplikasi
Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux, Barret's esophagus, peptic ulser atau kanser. Jumpalah doktor bagi mengesahkan diagnosa tersebut. Komplikasi yang mungkin berlaku termasuklah Oesophagitis, Strictures atau Barret's oesophagus. 

Rawatan 
Kebanyakan orang boleh mengawal ketidakselesaan pedih ulu hati dengan mengamalkan cara hidup yang sihat atau mengambil ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor. Tetapi, sekiranya ia semakin teruk, ubatan ini mungkin hanya mampu membantu untuk sementara waktu. Sekiranya anda mengalami GERD, anda mungkin memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala.

Sekiranya mengalami pedih ulu hati yang teruk anda boleh meredakannya dengan menukar tabiat pemakanan anda. Berhenti merokok juga sangat membantu dalam menangani gejala ini. Antacids atau bismuth subsalicylate boleh mengurangkan kesakitan pedih ulu hati dengan meneutralkan asid perut bagi serangan sekali sekala dan boleh didapati di kedai-kedai ubat atau farmasi berhampiran anda. Metaclopramide juga boleh diambil bagi mengosongkan perut dengan kadar segera. 

Pembedahan 
Pembedahan mungkin diperlukan untuk membetulkan lower oesophageal sphincter dan menghentikan tidak balas refluk asid. Pembedahan boleh dilakukan dengan menggunakan laparoskop dan hanya memerlukan rawatan  selama beberapa hari di hospital.

Gastroscopy perlu dilakukan hanya sekali sebelum pesakit menjalani pembedahan untuk melihat sejauh mana komplikasi seperti Barret's oesophagus (keadaan kanser yang berpotensi, kanser berkemungkinan terjadi akibat terlalu lama terdedah kepada asid perut) atau kanser esofagus. Sekiranya Berret's oesophagus ditemui, proses gastroscopy tahunan perlu dilakukan bagi melihat perkembangan kanser maglinan. 

Pencegahan
  • Mengawal sukatan pemakanan.
  • Menukar amalan pemakanan boleh mengurangkan gejala pedih ulu hati.
  • Mengenalpasti serta mengelakkan makanan yang mampu memberikan kesan kepada anda. 
  • Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat serta makanan yang telah diawet.
  • Cuba kurangkan memakan makanan yang telah digoreng atau berlemak. Kembung perut biasanya terjadi akibat memakan makanan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan serta menambahkan rasa sakit perut.

Pengubahsuaian Cara Hidup
  • Amalkan memakan jumlah makanan yang sedikit. Makan dengan jumlah yang sedikit secara lebih kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.
  • Makan perlahan-lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya anda mempunyai masalah, letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan.
  • Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang  serta dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut.
  • Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan sekali gus menyebabkan ketidakcernaan.

Apa Itu Tonsil?

Assalamualaikum.

Entri kali ini aku nak cerita pasal penyakit tonsil yang aku alami sejak kecil. Baru2 ni tonsil aku membengkak balik. Memang lemah gakla seluruh badan. Tak pernah2 aku menggigil kesejukan sejak mendapat lapisan lemak yang tebal ni tapi beberapa hari lepas aku boleh menggigil kesejukan sementara orang lain pulak kepanasan. Bila kena tonsil ni biasanya memang disertai dengan demam dan sakit2 badan. Tekak memang sangat perit. Susah nak menelan dan kadang2 sampai rasa macam nak muntah. Setiap kali jumpa doktor masa kecil dulu biasanya doktor memang tak bagi makan yang pedas2, berminyak, panas, kering dan berasid. Doktor biasanya menyarankan makan makan yang sejuk2 seperti jeli, aiskrim vanilla, buah2an yang sejuk, dll. Ramai yang tak percaya bila aku kata aku takleh minum air panas dan kena makan aiskrim. Jadi aku copy satu entri ni dari blog seorang doktor untuk penjelasan lebih lanjut.

Silakan baca :

Ini tonsil...dalam keadaan normal.




Tonsil ini terbentuk daripada lymph tissue, iaitu dari sistem pertahanan tubuh. Jadi fungsi tonsil ialah merangsang sistem immuniti tubuh badan menghasilkan antibodi bila badan diserang jangkitan.

Tonsil boleh meradang(inflammation) bila terkena jangkitan, samada dari virus, atau bakteria.
Keadaan keradangan tonsil ni dipanggil sebagai tonsillitis.

Tonsillitis boleh dibahagikan kepada 3 jenis, bergantung kepada bila dan berapa lama ia berlaku:

1- Acute Tonsillitis - baru berlaku.
2- Chronic Tonsillitis - tonsillitis yang dah lama berlaku
3- Recurrent Tonsillitis - tonsillitis yang berulang ulang

Tonsillitis selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak, boleh juga berlaku kepada orang dewasa.
Amat jarang kanak kanak 2 tahun ke bawah mendapat tonsillitis ini.

Simptom Acute Tonsillitis:
-sakit tekak, susah menelan, demam, kelenjar di leher mungkin membengkak dan sakit, letih/lesu, dan simptom halangan pernafasan (eg; berdengkur, atau tiba tiba tersedar tak boleh bernafas masa tidur, sleep apnoea).
-dalam kanak kanak, kadangkala simptom utamanya ialah mereka enggan makan, sebab tekak mereka sakit!
-acute tonsillitis berlangsung selama 3-5 hari...dan paling maximum boleh menjangkau 2 minggu.

Apa itu Recurrent Tonsillitis ?:
- Apabila anda kena acute tonsillitis 7 kali dalam setahun, atau 5 kali dalam tempoh 2 tahun berturut turut, atau 3 kali dalam setahun, untuk 3 tahun berturut turut.
-Jadinya, moral di sini ialah, SILA KIRA berapa kali anda kena acute tonsillitis. Kerapkali aku jumpa patient yang tak aware tentang ini. Kenapa perlu kira? Kerana dengan kiraan inilah aku boleh justify, ianya recurrent atau tidak..dan perlukah kes di rujuk untuk pembedahan membuang tonsil.

Chronic Tonsillitis:
-bila mengalami simptom sakit tekak yang berpanjangan, lebih dari dua minggu, sakit menelan dan mungkin juga bengkak kelenjar di leher yang berterusan.

Bagaimana aku mendiagnos kes acute tonsillitis?
-Semestinya, kena tanya sejarah pesakit dulu( history). Jadi, pesakit kena lah bercerita serba sedikit tentang simptom yang di alami. Sesetengah pesakit yang dah otai (selalu sangat kena, recurrent tonsillitis) straight away masuk bilik consultation dan cakap "doc, tonsil i bengkak" ...mudah kan kerja aku? ekekeke...

Lepas dah dapat semua sejarah pesakit, kita proceed ke pemeriksaan fizikal.

Pemeriksaan fizikal standard ialah memeriksa :
-Suhu badan : demam atau tidak
-Tekanan darah
-Kemudian, melihat ke dalam mulut pesakit yang di suspek ada tonsillitis..beginilah rupanya..:


tonsil yang merah menyala, membengkak...sakit wooo

-kadangkala, boleh ada tompokan putih/putih kekuningan di tonsil yang membengkak merah itu, dipanggil sebagai exudate.


Rawatan:

-Acute tonsillitis ini boleh jadi kerana jangkitan virus, atau bakteria. Cara yang sebetulnya ialah dengan mengambil sedikit coletan(swab) dari tonsil yang bengkak, dan di hantar ke makmal untuk melihat ada atau tidak pembiakkan bakteria. Ini dipanggil sebagai throat swab culture. Kalau positive jangkitan bakteria, maka antibiotik akan diberi, untuk dimakan selama 5- 7 hari selalunya. Di sesetengah pusat, mereka ada kemudahan untuk buat Rapid Screen Test. Rapid test ini menguji kehadiran bakteria jenis streptococcus yang menjadi antara penyumbang utama jangkitan tonsil.

-Namun di sini, doctor selalu buat short cut. Sebab untuk membuat culture tu semua, mengambil masa dan kos. So, selalunya ianya bergantung kepada budibicara doktor yang merawat, untuk menilai sendiri tahap keseriusan tonsillitis nya, samada perlu atau tidak antibiotik.

-Bila dah diberi antibiotik, sila makan hingga habis. Perangai manusia ni ialah suka culas makan ubat :P
Memang selalunya dalam masa 2-3 hari selepas pengambilan antibiotik, tonsillitis akan sembuh/mengecil.

-Selain antibiotik, pesakit perlu mengambil ubat ubatan untuk mengurangkan simptom..contohnya:
a) ubat demam untuk demam/sakit badan
b) lozenges untuk melegakan tekak
c) minum jus buah buahan segar dan sejuk untuk melegakan tekak
d) berkumur kumur dengan air garam suam, atau apa apa gargle solution
e) makan ice cream perisa vanilla
f) elak mengambil makanan berasid, yang membuatkan tekak lebih tak selesa

Bila Perlu Buang Tonsil?

-pembedahan membuang tonsil dipanggil tonsillectomy. Pembedahan ini secara umumnya selamat. Risiko terbesar pun ialah perdarahan, yang mana amat amat jarang berlaku. Tempoh sembuh selepas tonsillectomy ialah antara seminggu ke dua minggu.

-Bila nak buang? Bila jadi kes recurrent tonsillitis. Sebenarnya tiada satu hukum muktamad mengatakan bahawa dalam sesetengah keadaan, tonsil itu wajib dibuang. Yang ada hanyalah guidelines yang memandu doktor untuk membuat keputusan. Guideline terkini dari pelbagai badan induk ENT seluruh dunia secara dasarnya bersetuju bahawa tonsillectomy perlu dalam situasi berikut:

a) recurrent tonsillitis yang berlaku lebih dari 7 kali dalam setahun, atau 5 kali dalam setahun untuk dua tahun berturut turut, atau minimum 3 kali dalam setahun, untuk 3 tahun berturut turut.

b) tonsil yang besar/bengkak menyebabkan masalah pernafasan semasa tidur (sleep apnoea) atau berdengkur yang kuat.

c) episode tonsillitis yang ada komplikasi seperti peritonsillar abscess(nanah di sekeliling poket tonsil). Jangkitan ke dalam rongga sinus(sinusitis) pun boleh jadi..dan jangkitan ke telinga..

komplikasi tonsillitis

Mitos tentang tonsillectomy:

- Ini yang paling biasa aku dengar dari pesakit...bila tonsil dibuang, nanti senang mendapat jangkitan. Patient atau parents beranggapan sebegini sebab mereka di dedahkan bahawa tonsil itu penting dalam memainkan peranan dalam immune system. Benar. Namun sebenarnya, banyak lagi kelenjar di sekitar leher yang boleh ambil alih tugas tonsil. Dan tubuh badan kita ada sistem immune yang terbaik untuk menampung ketiadaan tonsil. Malahan dalam kajian yang dijalankan ke atas kanak kanak seawal usia 3- 4 tahun yang dibuang tonsilnya, mendapati peratusan jangkitan kuma ke atas mereka adalah sama sahaja dengan yang masih ada tonsil. Mitos ini di kuatkan lagi dengan keengganan majoriti pakar bedah membuang tonsil dalam kes kes recurrent tonsillitis yang aku refer kepada mereka. Rata rata kebanyakkan pakar bedah di sekitar Klang Valley memberi alasan kepada parents bahawa 'kena tunggu anak mereka besar..kena tunggu sekurang kurangnya umur 8-10 tahun' . Anggapan sebegini sebenarnya kurang tepat. Andaikata dah teruk sangat recurrent tonsillitis nya, dan menyebakan terganggu kualiti hidup ( terpaksa cuti banyak kali, terpaksa bergantung kepada antibiotik terlalu kerap), maka tonsillectomy ialah pilihan terbaik.

-Tonsil hanya akan dibuang kerana kes recurrent tonsillitis. Ini kurang tepat sebenarnya, kerana tonsil juga dibuang dalam kes mereka yang semulajadi lahir memiliki saiz tonsil yang besar. Mereka yang terlalu kerap kena tonsillitis, dan kemudian sembuh, juga akhirnya boleh memiliki saiz tonsil yang besar. Kenapa saiz tonsil yang besar ialah satu masalah, dan perlu dibuang? Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah pernafasan semasa tidur, seperti berdengkur dan sleep apnoea. Pelbagai kajian membuktikan bahawa masalah pernafasan semasa tidur ini jika dibiarkan boleh menyebabkan masalah kurang kualiti tidur, kencing malam bagi kanak kanak, dan juga masalah perangai (child behaviour). Di US, ~ 75% tonsillectomy ialah atas sebab saiz tonsil yang besar, bukan kerana hanya tonsillitis! Bercakap tentang berdengkur dan masalah tidur dalam kanak kanak ni, aku dah jumpa banyak kes. Bunyi dengkuran kanak kanak ni setanding atau mengalahkan dengkuran orang tua.

Tonsillectomy

Tonsil yang telah dipotong

Banyak lagi benda tentang tonsil dan tonsillectomy ni kalau aku nak tulis.
Tapi rasanya ini dah cukup lah untuk korang semua baca...nanti rasa macam baca buku teks pulak..ekekeke..



Sekian sahaja entri tentang tonsil yang aku copy paste bulat2 dari blog seorang doktor ni. Harap korang maklumlah bila aku kata aku kena makan aiskrim vanilla feveret aku tu...hehehe...


Sumber ::
Macam Macam Ada

Percaya Atau Tidak?

http://www.friedchillies.com/images/uploads/F5_Satay_Willy.jpg
1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvHyyMYuyYJDMGApenf_jcL6jW3iWtTVoSHmgIQmoIQA44VEswrWM5fLbWN67d-8RWmzEwqtI0FEFD-Qu45l-Z5HYySHnOBVM199s-vcoHb_GwMmvMbfRTDHtUj0DUNqRZp_vDZNOzvVtF/s1600/udang-galah-masak-merah.jpg
2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

http://drellensimonend.files.wordpress.com/2011/06/shampoo.jpg
3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L’Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol’s Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, “Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak”. Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

http://www.friedchillies.com/images/articles/FF5_Noodles_MP.jpg
4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai ‘makan untuk mendapat barah’.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg133EAa-Te91t-VRDlCtn7b2F3tvyCfiqs2iOOetqzbddDMkW-EpgHNV_YjTEBz0HS5gp9qCCdsMv4ghG7IGM1y_jgjD3cSEBCreiculi5txtOV88r-BhIW2T0JFcbqwLWk2GP8VKR42M/s400/bawang+goreng.JPG
5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja


Nota kaki ::
- sumber maklumat aku dah tak ingat dari mana..banyak sgt dah org share..kesahihannya juga tidak jelas..lu pikirla sendiri...
- gambar sumbangan dari pakcik GOOGLE...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...