De'Licious Grill Burger Batu Pahat

Assalamualaikum semua... ^_^

Sejak balik dari Kuala Lumpur hari itu banyak perkara yang aku nak kongsikan di blog aku ini sebenarnya. Baiklah, aku mulakan dulu dengan kisah jalan-jalan makan-makan.

Sebelum ini aku pernah bercerita tentang Burger Bakar Rawang Batu Pahat dan Mi Racun Batu Pahat yang aku gemari. Kali ini aku juga ingin bercerita tentang burger bakar yang kedua aku makan di Batu Pahat ini. Gerai yang menjual burger bakar tersebut diberi nama De'Licious Grill Burger yang terletak di Gerai MPBP Jalan Sultanah bersebelahan gerai Mi Racun yang aku ceritakan sebelum ini.

Gerai MPBP Jalan Sultanah
De'Licious Grill Burger bersebelan Mee Racun.
Memandangkan isteri aku teringin nak makan Mi Racun dan kebetulan aku tau ade satu gerai menjual burger bakar yang baru dibuka bersebelahan gerai Mi Racun di Jalan Sultanah tersebut, jadi kami beli Mi Racun dan burger bakar di situ untuk dibawa balik makan di rumah.

Rupa asal burger yang diambil dari Facebook De'Licious Grill Burger.

Aku beli burger bakar daging lembu berperisa kari. Komen aku tentang burger ini memang lebih sedap dari burger yang aku pernah cerita sebelum ini. Dagingnya masak penuh tidak seperti sebelum ini yang dagingnya separuh masak seperti yang disukai oleh orang barat. Sebab tekak aku tekak melayu, daging separuh masak memang tidak berapa menjadi pilihan. Daging burger bakar ini memang berempah di dalamnya bukan sekadar di luar. Dicelup pula dengan sos lada hitam dan ditambah cheese menjadikan burger bakar ini berkualiti tinggi dari segi rasanya.

Burger bakar dan mi racun yang dikongsi bersama.
Rupa burger bakar yang telah dipanaskan menggunakan microwave.
Sebungkus mi racun penuh semangkuk besar.

Amacam? Dah terliur lihat gambar-gambar tersebut? Hehe.. Apa tunggu lagi..cubalah rasa. Iklan free pula aku bagi.

Sekian sahaja kisah jalan-jalan makan-makan aku kali ini. Jumpa lagi lain kali. Wassalam..



0 komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...