An Unexpected Journey


Assalamualaikum..

Malam tadi aku pergi 'dating' dengan permaisuriku menonton wayang cerita bertajuk 'The Hobbit - An Unexpected Journey'. Tiket wayang telah kami beli awal-awal lagi sebelum pulang ke rumah selepas kerja. Kami beli tiket untuk tayangan pada pukul 8.50 malam.

Kami pulang dulu dan menikmati 'Pizza Mak' yang aku ceritakan sebelum ni. Hehe.. Kemudian malam itu kami tiba di Plaza Square One Batu Pahat hampir pukul 8.50 malam. Setelah mengambil tempat maka bermulalah pengembaraan The Hobbit yang diberi nama Bilbo Baggins.
The Hobbit The Unexpected Journey mengisahkan Bilbo Baggins dipillih untuk menyertai pengembaraan bersama Gandalf dan 13 orang kerdil yang diketuai oleh Thorin untuk mendapatkan kembali kerajaan Thorin di Erabor di Gunung Sepi (Lonely Mountain) yang telah lama dimusnahkan oleh seekor naga, smuag. Di dalam pengembaraannya, Bilbo Baggins menempuh pelbagai perkara yang tidak diduga dan membuatnya merindui kampung halamannya di Shire.
Sebenarnya cerita ini dah lama ditayangkan cuma aku belum tergerak jer nak menontonnya atas faktor masa dan keadaan yang tak mengizinkan. Bagi peminat filem epik Lord Of The Ring memang tak sah jika tak menonton cerita ini. Cerita fantasi sebegini sememangnya cerita wajib yang ditonton oleh peminat sai-fai dan fantasi seperti aku.

Tayangan selama dua jam setengah amat memuaskan hati aku menontonnya. Tapi kesian pula melihat permaisuriku yang kelihatan agak letih dan mengantuk. Sememangnya aku pun tak menjangka cerita ini sepanjang itu.

Dengar cerita filem ini mempunyai tiga episod. Aku pun tak ambil tahu sangat. Yang penting kalau ada sambungannya pasti aku akan menontonnya lagi. Terpaksalah permaisuriku teman lagi. Hehe.. Sabar ye sayang... :)

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Pizza Emak

Assalamualaikum..

Berjumpa lagi kita hari dalam kisah Pizza Emak pula. Hehe.. Dua cerita hari ini merupakan kategori baru dalam blog aku ni. Memandang aku suka makan dan masak-masak, aku terfikir untuk coretkan kisah masak-masak di blog aku ni. Tapi ianya hanya sekadar cerita untuk merekodkan kisah masak-masak dalam kehidupan aku. Bukannya untuk menceritakan tentang resepi dan cara-cara masakan sebab aku bukan tukang masak profesional. Cuma sekadar berkongsi minat keluarga. Resepi pun banyak cari melalui google dan tanya mak.

Baiklah, cerita kali ini pendek saja. Kali bukan aku yang masak tapi mak aku. Pulang dari kerja bersama permaisuriku, tengok-tengok mak kat dapur dah hampir siap bakar satu pizza. Memang cantik menarik tertarik kau memang daboom juga pizza mak aku. Semua bahan lengkap termasuk cheese. Tapi aku rasa macam kurang sesuatu. Rupa-rupanya tak letak mayonis. Apa lagi, aku ambil mayonis isi dalam plastik yang dipotong hujungnya lalu aku pancitkan ke pizza mak aku tu. Hehe..

Permaisuriku pula menggoreng sosej ayam bercheese. Petang itu kami makan malam ala-ala western gitu. Hehe.. Memang sedap makan pizza lengkap bersama sosej tersebut. Permaisuriku pun makan laju je dua potong pizza. Hehe.. Roti pizza mak aku pun lembut. Rempah untuk pizza hanya guna sos untuk spagetti memang terasa ke'Italian'nya. Haha.. Pelik-pelik pula bahasa aku keluar hari ini.



Beginilah rupa Pizza Emak tersebut. Teruja nak menikmatinya sehingga terlupa nak ambil gambar penuh. Hehe..

Sekian sahaja cerita masak-masak untuk hari ini. Berjumpa lagi di kisah yang lain pula. Terima kasih kerana sudi membaca. Wassalam.

Pavlova Seorang Suami

Assalamualaikum..

Ahak...Kelakar pula tajuk cerita hari ini. Poyo jer kan macam tajuk novel jiwanglah pulak. Hehe..

Sebenarnya dah lama nak buat pavlova ni sebab tengok resepi macam mudah jer. Bahan-bahan pun dah beli sejak minggu lepas. Oleh kerana kelmarin cuti hari krismas aku ambil kesempatan buat pavlova ni. Lagipun permaisuriku kerja hati tu. Aku mula buat pavlova ni pun dah lewat petang sebab pagi tu aku hangout ke bandar dengan 'scandal' aku. Dah petang baru balik ke rumah.

Sekejap jer buat pavlova ni. Bahan asasnya cuma putih telur dan whipping cream. Buah-buahan segar hanya sebagai hiasan. Aku gunakan semua buah yang ada terperap dalam peti sejuk rumah tu. Buah yang aku guna adalah kiwi, oren, strawberi dan peach dalam tin. Dua jam jer siap pavlova ni termasuk waktu membakar sejam lebih. Dapatlah dua pavlova yang sederhana saiznya.

Masa tengah bakar tu baru aku perasan sebiji putih telur telupa nak masukkan. Tapi tak apalah sebab aku tgk pavlova aku gebu jer. Siap dihias dengan whipping cream dan buah-buahan aku sejukkan pavlova aku dalam peti ais lagi. Kemudian aku pergi jemput permaisuriku pulang dari kerja. Tiba di rumah pavlova tu dah sedia untuk dimakan. Rasanya manis sangat. Aku rasa sebab kurang telur. Jadi lepas ni kena kurangkan gula lagi. Tapi topping whipping cream memang sedap. Macam aiskrim vanilla jer rasanya. Berikut gambar masa tengah bakar dan yang dah siap dihias.


Sekian, cerita Pavlova Seorang Suami dari aku. Kita jumpa lagi di kisah Pizza Emak pula selepas ini. Hehe..
Terima kasih. Wassalam.

Bersangka Baik (Think Positive)

Assalamualaikum.


Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Nasihat Syeikh Abdulkadir Al Jailani.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
........................................................................................................................
Nasihat Syeikh Abdulkadir Al Jailani di atas aku ambil dari sebuah blog yang tidak diketahui sumbernya. Namun aku tertarik untuk berkongsi dengan kalian kerana isinya amat baik untuk kita jadikan panduan hidup.
Sesetengah manusia suka berfikir buruk malah lebih teruk lagi sesetengah golongan mereka suka memburuk-burukkan dan mentertawakan orang lain. Tidak dinafikan terkadang aku juga pernah berfikiran buruk tentang seseorang yang berpelakuan aneh dan menjengkelkan.

Sebenarnya kita tidak boleh salahkan orang lain apabila mereka tersalah 'Judge A Book By Its Cover' kerana apa yang orang fikirkan adalah apa yang kita pamerkan dari dlm diri kita. Kita adalah apa yang orang fikirkan. 

Sama seperti Fitnah, terkadang diri yang difitnah juga berkongsi sedikit dosa fitnah itu apabila diri mereka sendiri melakukan sesuatu yang mencurigakan sehingga menyebabkan fitnah boleh terjadi. Sebagai contoh seseorg itu dituduh murahan kerana berpakaian spt pelacur. Orang yang dituduh itu tidak boleh marah kerana ini adalah salah mereka sendiri berpakaian sebegitu.

Apa yang aku cuba sampaikan di sini adalah, tidak perlulah kita marah dan pertikaikan apa yg org lain salah tafsirkan tentang diri kita kerana itulah yg kita pamerkan. Terima dan baiki kelemahan diri itu. Bersangka baiklah dan jangan berfikiran buruk sehingga memandang rendah orang lain malah mentertawakan mereka hanya kerana mereka berkelakuan yang tidak menyenangkan dan menjengkelkan. Jangan pula hanya kerana rasa diri kita lebih baik, kita sampai merendahkan orang lain sebab Kau Pun Tak Setinggi Mana.

Sekian, aku memang buruk jadi, kalau ada yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...