Memaparkan catatan dengan label Hobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hobi. Papar semua catatan

Saga Takluk Jagat Dalam Genggaman

Assalamualaikum.



Alhamdulillah..

Akhirnya novel Saga Takluk Jagat yang aku ceritakan semalam sudah berada dalam genggaman. Hehe.. Waktu rehat tengahari tadi aku keluar ambil buku ni di pejabat Pos Laju. Masuk dalam kereta terus aku buka bungkusan buku ni. Hasilnya memang agak puas hati. Antara buku yang sudah lama menjadi idaman aku.


Itu sahaja yang aku nak bagitau sekadar nak berkongsi rasa gembira mendapat buku ini. =)

Giler Buku


Assalamualaikum..



Salam ke atasmu, insan maujud ciptaan Tuhan. Segala pujian tertinggi buat Tuhan yang mencipta alam, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dan Dialah pemilik pertemuan antara kita berdua.
  Sebenarnya, takdir dan ketentuan sudah lama menjanjijan kita bersua, dan akhirnya kini kita bersemuka biarpun kau tidak pernah merancang bertemu denganku. Kau tidak mengenaliku, dan aku juga tidak mengenalimu, tetapi yakinlah sepenuh hati. Ini adalah ketentuan yang terjanji bagi kita berdua.
  Izinkan daku menjelaskan sesuatu kepadamu, supaya kau tidak terus meronta dalam pertanyaan, juga tidak bertarung dengan tanda tanya.
  Percayalah, kau kini berada di alamku, alam mistik yang terlalu jauh untuk kau kunjungi.Rehatlah semahu hatimu lantaran kau adalah tetamuku yang istimewa, terlalu istimewa.

Di atas adalah sedikit petikan dari permulaan buku Pendeta Gua Khayalan yang aku beli semalam. Baru baca satu muka surat aku sudah teruja. Buku ini adalah bahagian pertama untuk trilogi Kembara Lang Surya. Dulu aku penah cerita pasal buku ni. Salah satu novel fantasi yang aku nak jadikan koleksi.

Semalam aku menunggu isteri aku pulang kerja di Carrefour Batu Pahat. Sementara tu aku beli sedikit barang yang dipesan oleh emak. Bila isteri aku tiba aku ajak dia melihat-lihat di Syarikat Perniagaan Perintis. Maka terjumpalah aku dengan buku-buku terbitan PTS yang banyak. Hehe.. Salah satunya buku yang aku sebutkan di atas ni. Setelah berfikir akhirnya aku pn beli juga buku ini kerana buku ini tiada stok pada pengedar yang aku beli secara online. Terdapat juga buku-buku lain yang berada dalam wishlist aku dijual di sini, tapi aku akan beli secara atas talian sahaja kerana lebih murah dan mendapat diskaun.


Berbalik kepada tajuk di atas, sejak berkahwin ni aku jadi rajin pula membaca dan membeli novel kegemaran aku yang bergenre fantasi dan sains fiksyen. Gambar di atas adalah sebahagian buku yang telah aku beli sejak aku berkahwin lima bulan lepas.

Baru-baru ni aku berjumpa dengan satu laman sesawang yang menjual buku secara atas talian. Aku jadi tertarik untuk menjadi salah seorang pelanggannya kerana ia banyak menjual buku-buku fantasi yang sukar untuk aku temui di tempat aku selain memberi potongan harga sebanyak 10% kepada hampir semua buku edarannya dan penghantaran percuma bagi pembelian RM25 dan ke atas.

Bagi yang berminat dengan laman yang aku ceritakan ni bolehlah terus ke alamat laman sesawang berikut. http://www.bookcafe.com.my/my/

Salah satu buku yang telah aku beli ialah novel Saga Takluk Jagat. Buku ini sedang dalam proses penghantaran dan dijangka akan tiba pada hari ini atau paling lambat esok.

Novel Saga Takluk Jagat ni pun pernah aku ceritakan dahulu dan merupakan salah satu novel fantasi yang ingin aku jadikan koleksi. Sebab itulah aku rasa teruja dan menulis entri ini. Dua novel idaman berada dalam genggaman dalam jarak masa yang terdekat. Hehe..

Setakat ini sahajalah cerita aku pada kali ini. Sekian terima kasih. =)

Hati Dah Tiba Mersing

Assalamualaikum...

Dah lama sebenarnya aku cakap dengan wife aku nak bawa dia pergi jalan-jalan kat Mersing namun sampai sekarang tidak berkesempatan lagi. Rasanya sejak sebelum kami kahwin lagi. Jadi akhirnya esok aku plan nak bercuti di Mersing bersama wife aku.

Memang dalam perancangan aku nak berkhemah di tepi pantai sahaja. Wife aku pula sempoi jer setuju nak berkhemah. Hehe.. Aku kata sempoi sebab jarang jumpa wanita yang boleh ikut aktiviti lasak seperti ini. Walaupun tak lasak tapi mungkin tak selesa bagi perempuan kerana terpaksa bermalam di khemah dengan nyamuk dan sebagainya.

Perjalanan untuk hari esok memang aku tidak sediakan sebarang perancangan yang rapi tapi aku target nak bermalam di kawasan pantai Teluk Gorek. Aktiviti lain aku hanya berserah hari esok sahaja kerana perjalanan mengejut seperti ini lebih menarik dan mencabar. Apa yang aku perlu fikirkan hanyalah persiapan dan bekalan untuk percutian ini. Antaranya ialah persiapan khemah, bbq, campfire dan makanan. Jadi kat sini aku nak senaraikan peralatan dan barang-barang yang perlu dibawa supaya tidak lupa dan ketinggalan. Antaranya ialah :

Gambar ihsan Google

  1. Khemah. Aku akan bawa khemah 1 layer aku yang boleh memuatkan 6 orang berbaring. Kalau hujan lebat tidur dalam kereta sahajalah. Hehe..
  2. Baju sejuk, selimut/toto dan bantal untuk keselesaan malam.
  3. Arang untuk bbq.
  4. Jaring besi untuk pemanggang dan batu bata dalam 2-4 biji.
  5. Kayu api. Persediaan untuk campfire jika susah mendapatkan bekalan kayu api di sana.
  6. Ubat nyamuk.
  7. Lampu. Nak kena beli bateri standby ni.
  8. Pisau, sudu, garfu dan pinggan mangkuk.
  9. Air minum berbotol-botol.
  10. Makanan seperti sosej/ayam untuk bbq, roti, tuna, dan lain-lain.
  11. Tikar.
  12. Tali.
Haha.. Banyaknya macam nak pindah je. Setakat ni, tu je dulu yang aku terfikir perlu dibawa esok. Esok bila bersiap mungkin jadi lebih. Tapi takpe sebab kami masih berdua. Banyak lagi ruang kosong dalam kereta tu. Semua barang yang boleh sumbat dalam kereta kita bawa je.

Ok, hari pun dah petang. Sekejap lagi nak amik wife balik kerja lepas tu terus ke Summit Parade untuk beli barang di kedai DIY. Kita jumpa lagi selepas kami balik bercuti nanti. Kalau sempat nanti aku kongsikan sekali etika-etika yang perlu kita patuhi apabila menjalankan aktivit yang melibatkan alam sekitar ni.

Sekian, selamat berhujung minggu.

LOTR Action Figures & Iraqi Dinar

Assalamualaikum...

Last week, i spent few hundred for these item..


200,000 Iraq Dinar and Lord Of The Ring action figures.


Witch King Ringwraith, Strider and Frodo.


Faramir and Pippin in armor.


Traveling Bilbo.


The LOTR Return of the King - The Coronation Gift Pack. Set includes:- Faramir Prince of Ithilien, Lady Eowyn, Aragorn King of Gondor, Arwen, Eomer King of the Riddermar.


IQD 25,000 x 8pcs.

Are you interested? Offer me the best price.. ;-)

Outdoor time.. Where to go?


Hehe.. Tajuk nak omputih jer tapi dalam blog semua 100% bahasa melayu pasar. Kali ni aku nak cerita pulak tentang salah satu yang aku minat tapi tak terlayan iaitu aktiviti luar seperti memancing, piknik, camping, mendaki dsb..

Dah dekat 9 bulan aku balik kg aku di Batu Pahat ni. Rasanya dah banyak kali gak aku buat aktiviti outdoor ni tp belum ada yg betul2 mencabar aku rasa. Setakat pegi memancing, piknik dan naik Gunung Soga beberapa kali dgn Buddy aku dan juga Cik Tunang aku. Masa tu lum jadi tunang lg. Pernah dulu tunang aku kata kawan dia ajak camping kat Gunung Ledang tapi sampai sekarang hasrat tu tak terlaksana. Takpelah, kalau nak pergi camping aku rasa baik tunggu jer sampai lepas kahwin nnt baru pegi. Senang sikit takde masalah nak ke mana2 dgn dia nanti.



Memancing di Pantai Minyak Beku

Buat masa terdekat ni banyak gak yang aku teringin nak buat..tapi yang simple2 jela. Aku teringin nak memancing kat Sungai Lurus atau pun pantai Punggor. Dah banyak kali aku dating ngan tunang aku sampai rasa gian pulak tengok orang memancing kat situ. Hehe.. Set joran memang sentiasa aku bawak dalam kereta tapi umpan jer tak penah teringat nak sediakan. Jadi minggu ni kalo aku pegi dating lagi kat sana aku nak siapkan sekali la kelengkapan memancing. Leh sambil2.. Tak dapat ikan pun takpe sebab si puteri duyung dah dalam tangan..hehee.. :p




Bersama keluarga bakal mertua memancing di tasik Taman Botani, Sri Medan.

Pastu aku nak naik gunung lagi. Eh, sebenarnya tahap bukit jer tapi orang panggil gunung. Kali ni aku nak naik Gunung Banang pulak. Gunung Soga dah banyak kali gak la aku naik dgn kwn2 aku. Masa aku baru2 kapel dgn tunang aku ni pn aku selalu beriadah berdua naik gunug Soga ni dgn dia. Tapi lepas dia mula kerja tak dapat lagi la kami nak naik ke sana. Masa tidak mengizinkan. Gunung Banang pulak memang dah lama aku teringin nak naik tapi tak penah lagi tertunai hasrat tu sampai sekarang.

Balik BP ni member dah tak ramai nak di ajak. Dah la aku ni tak berape pandai nak berkawan kalau nak cari kwn baru pun. Kalau kepale gile aku datang balik semua aku buat sorang mcm mase zaman study dulu. Pernah dulu aku naik Gunung Angsi di Negeri Sembilan buat pertama kali sorang2 jer. Tapi kali ni tak mungkin kot aku pegi sorang2. Pandai la aku cari kwn yang sesuai utk pegi sane nanti. Lagipun aku dah ada Cik Tunang yang setia menemani ku ke mana saje. Aku sgt bersyukur dapat teman sehidup semati yg sgt easy going. Walaupun dia boleh diajak ketengah ketepi tapi aku tau dirinya masih seorang gadis yang lembut. Bukannya wanita lasak yang sgt meminati aktiviti luar ni. Sebab tu apape aktiviti yang aku buat bersama dia masih mempunyai had yang tidak melebihi tahap ketahanan wanita melayu terakhir. Hehe..




Hutan Lipur Gunung Soga

Err..balik semula pasal cerita Gunung Banang tadi. Dah lama sebenarnya aku tau pasal Gunung Banang ni. Dari kecik aku dgr bermacam2 mitos tentang gunung ni. Dulu family aku dok kat Kg. Petani, Jln Minyak Beku tu dgn atok aku. Mase umo aku setahun ayah aku pindah rumah barunya. Rumah aku duduk skg. Tapi kecik2 dulu slalu la ikut atok (nenek aku..org johor panggil datuk atau nenek sama jer panggil atok) aku blk umah dia kat Kg. Petani tu. Best... Atok aku selalu cerita pasal mitos2 puteri bunian area situ (Minyak Beku dan G. Banang). Orang dulu2 kalau buat kenduri kendara pinjam pinggan mangkuk dgn org2 bunian tu. Tak silap aku tempat diorg pinjam kat perigi Batu Pahat ataupun batu kapal kat kaki gunung berhampiran kampung tu. Aku tak berapa ingat. Tapi lebih kurang camtu la cerita dia. Ayah aku ada cerita dia penah pegi kat batu kapal tu beberapa kali. Batu kapal tu sebenarnya batu besar yang berbentuk muncung kapal terletak di kaki gunung Banang dan hulu sungai petani. Ayah aku kata dulu mmg cantik kawasan tu. Ada anak sungai dan gua kat kawasan batu tu. Tapi tu dulu la..skrg taktaula camne ropa dia kan.


Gunung Banang

Hehe..panjang betul kan selingan. Aku dah survey kat internet dgn beberape org yg dah pegi Gunung Banang tu. Ada 2 trek naik ke situ. Yang paling senang ikut trek jalan raya sampai ke pemancar. Trek ni paling mudah. Setakat nak exercise bolehlah. 2-3jam turun dan naik. Satu lagi trek ikut batu kapal yang aku ceritakan tu. Yang ni baru best sebab mencabar sikit. Trek ni ikut denai hutan. Menyusur dari sungai Petani sampai jumpe batu kapal pastu startla mendaki. Bila ntah dapat naik ikut trek ni. Takpela, insyaAllah nanti2 aku akan pegi gak ikut trek ni. Buat masa terdekat ni aku nak jalan2 jer ikut jalan ke pemancar tu.

Hmm..bila sambung malam nak siapkan post ni terus ilang pulak idea nak bercerita. Hehe.. Ntah bila kan dapat bersantai dan beriadah dengan outdoor sports and activities ni. Suka tapi malas tu yang perut semakin bahagia berkembang. Hahaha.. Okla, cukup jer setakat ni dulu post aku untuk kali ni. Kita jumpa lagi di lembaran kisah yang akan datang. Sebelum tu kalau ada sesape nak join aku dgn aktiviti luaran kontek jela aku. Takde hal punye kalau nak join. Jangan risau tentang modal. Semua aktiviti aku menggunakan budget yang rendah. Kalau nak memancing aku ade banyak joran. Roger jela ye.. Hehe.. ~_^



nota kaki::
Nota kaki kali ni aku cuma nak update tentang persiapan majlis aku pada bulan 5 dan 6 nnt jer.. Hujung minggu aritu aku dah survey2 mak andam dgn tunang aku dan mak dia di sekitar Rengit dan Parit Raja. Mahal gak ek pakej pengantin sekarang. Akhirnya dapat gak aku satu andaman di Parit Karjo dengan harga yang sangat berpatutan. Mak andamnya pun muda lagi jadi kami yakin sikitla dgn solekannya. Baju pun dia buat baru khas untuk kami. Dalam minggu ni juga aku kene settlekan tentang hal pernikahan pulak. Esok kot baru aku pegi pejabat kadi. Tu jela setakat ni... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...