Outdoor time.. Where to go?


Hehe.. Tajuk nak omputih jer tapi dalam blog semua 100% bahasa melayu pasar. Kali ni aku nak cerita pulak tentang salah satu yang aku minat tapi tak terlayan iaitu aktiviti luar seperti memancing, piknik, camping, mendaki dsb..

Dah dekat 9 bulan aku balik kg aku di Batu Pahat ni. Rasanya dah banyak kali gak aku buat aktiviti outdoor ni tp belum ada yg betul2 mencabar aku rasa. Setakat pegi memancing, piknik dan naik Gunung Soga beberapa kali dgn Buddy aku dan juga Cik Tunang aku. Masa tu lum jadi tunang lg. Pernah dulu tunang aku kata kawan dia ajak camping kat Gunung Ledang tapi sampai sekarang hasrat tu tak terlaksana. Takpelah, kalau nak pergi camping aku rasa baik tunggu jer sampai lepas kahwin nnt baru pegi. Senang sikit takde masalah nak ke mana2 dgn dia nanti.



Memancing di Pantai Minyak Beku

Buat masa terdekat ni banyak gak yang aku teringin nak buat..tapi yang simple2 jela. Aku teringin nak memancing kat Sungai Lurus atau pun pantai Punggor. Dah banyak kali aku dating ngan tunang aku sampai rasa gian pulak tengok orang memancing kat situ. Hehe.. Set joran memang sentiasa aku bawak dalam kereta tapi umpan jer tak penah teringat nak sediakan. Jadi minggu ni kalo aku pegi dating lagi kat sana aku nak siapkan sekali la kelengkapan memancing. Leh sambil2.. Tak dapat ikan pun takpe sebab si puteri duyung dah dalam tangan..hehee.. :p




Bersama keluarga bakal mertua memancing di tasik Taman Botani, Sri Medan.

Pastu aku nak naik gunung lagi. Eh, sebenarnya tahap bukit jer tapi orang panggil gunung. Kali ni aku nak naik Gunung Banang pulak. Gunung Soga dah banyak kali gak la aku naik dgn kwn2 aku. Masa aku baru2 kapel dgn tunang aku ni pn aku selalu beriadah berdua naik gunug Soga ni dgn dia. Tapi lepas dia mula kerja tak dapat lagi la kami nak naik ke sana. Masa tidak mengizinkan. Gunung Banang pulak memang dah lama aku teringin nak naik tapi tak penah lagi tertunai hasrat tu sampai sekarang.

Balik BP ni member dah tak ramai nak di ajak. Dah la aku ni tak berape pandai nak berkawan kalau nak cari kwn baru pun. Kalau kepale gile aku datang balik semua aku buat sorang mcm mase zaman study dulu. Pernah dulu aku naik Gunung Angsi di Negeri Sembilan buat pertama kali sorang2 jer. Tapi kali ni tak mungkin kot aku pegi sorang2. Pandai la aku cari kwn yang sesuai utk pegi sane nanti. Lagipun aku dah ada Cik Tunang yang setia menemani ku ke mana saje. Aku sgt bersyukur dapat teman sehidup semati yg sgt easy going. Walaupun dia boleh diajak ketengah ketepi tapi aku tau dirinya masih seorang gadis yang lembut. Bukannya wanita lasak yang sgt meminati aktiviti luar ni. Sebab tu apape aktiviti yang aku buat bersama dia masih mempunyai had yang tidak melebihi tahap ketahanan wanita melayu terakhir. Hehe..




Hutan Lipur Gunung Soga

Err..balik semula pasal cerita Gunung Banang tadi. Dah lama sebenarnya aku tau pasal Gunung Banang ni. Dari kecik aku dgr bermacam2 mitos tentang gunung ni. Dulu family aku dok kat Kg. Petani, Jln Minyak Beku tu dgn atok aku. Mase umo aku setahun ayah aku pindah rumah barunya. Rumah aku duduk skg. Tapi kecik2 dulu slalu la ikut atok (nenek aku..org johor panggil datuk atau nenek sama jer panggil atok) aku blk umah dia kat Kg. Petani tu. Best... Atok aku selalu cerita pasal mitos2 puteri bunian area situ (Minyak Beku dan G. Banang). Orang dulu2 kalau buat kenduri kendara pinjam pinggan mangkuk dgn org2 bunian tu. Tak silap aku tempat diorg pinjam kat perigi Batu Pahat ataupun batu kapal kat kaki gunung berhampiran kampung tu. Aku tak berapa ingat. Tapi lebih kurang camtu la cerita dia. Ayah aku ada cerita dia penah pegi kat batu kapal tu beberapa kali. Batu kapal tu sebenarnya batu besar yang berbentuk muncung kapal terletak di kaki gunung Banang dan hulu sungai petani. Ayah aku kata dulu mmg cantik kawasan tu. Ada anak sungai dan gua kat kawasan batu tu. Tapi tu dulu la..skrg taktaula camne ropa dia kan.


Gunung Banang

Hehe..panjang betul kan selingan. Aku dah survey kat internet dgn beberape org yg dah pegi Gunung Banang tu. Ada 2 trek naik ke situ. Yang paling senang ikut trek jalan raya sampai ke pemancar. Trek ni paling mudah. Setakat nak exercise bolehlah. 2-3jam turun dan naik. Satu lagi trek ikut batu kapal yang aku ceritakan tu. Yang ni baru best sebab mencabar sikit. Trek ni ikut denai hutan. Menyusur dari sungai Petani sampai jumpe batu kapal pastu startla mendaki. Bila ntah dapat naik ikut trek ni. Takpela, insyaAllah nanti2 aku akan pegi gak ikut trek ni. Buat masa terdekat ni aku nak jalan2 jer ikut jalan ke pemancar tu.

Hmm..bila sambung malam nak siapkan post ni terus ilang pulak idea nak bercerita. Hehe.. Ntah bila kan dapat bersantai dan beriadah dengan outdoor sports and activities ni. Suka tapi malas tu yang perut semakin bahagia berkembang. Hahaha.. Okla, cukup jer setakat ni dulu post aku untuk kali ni. Kita jumpa lagi di lembaran kisah yang akan datang. Sebelum tu kalau ada sesape nak join aku dgn aktiviti luaran kontek jela aku. Takde hal punye kalau nak join. Jangan risau tentang modal. Semua aktiviti aku menggunakan budget yang rendah. Kalau nak memancing aku ade banyak joran. Roger jela ye.. Hehe.. ~_^



nota kaki::
Nota kaki kali ni aku cuma nak update tentang persiapan majlis aku pada bulan 5 dan 6 nnt jer.. Hujung minggu aritu aku dah survey2 mak andam dgn tunang aku dan mak dia di sekitar Rengit dan Parit Raja. Mahal gak ek pakej pengantin sekarang. Akhirnya dapat gak aku satu andaman di Parit Karjo dengan harga yang sangat berpatutan. Mak andamnya pun muda lagi jadi kami yakin sikitla dgn solekannya. Baju pun dia buat baru khas untuk kami. Dalam minggu ni juga aku kene settlekan tentang hal pernikahan pulak. Esok kot baru aku pegi pejabat kadi. Tu jela setakat ni... :)

My Big E-Day


Alhamdulillah, selesai sudah majlis pertunangan aku dengan si dia. 22hb. Januari 2012 rasmilah aku dan dia menjadi tunangan. ^.^ Tapi mengikut perjanjian yang telah termeterai, pertunangan kami takkan kekal lama kerana 27 Mei 2012 akan habislah tempoh pertunangan kami dan ditukar pula dgn ikatan pernikahan. Hehe....

Terasa cepat sgt kan kami melangkah ke fasa2 seterusnya. Mei 2011 bermulanya perkenalan, 8 Julai 2011 saling berkasih sayang, 30 Oktober 2011 bunga disunting, dan 22 Januari 2012 pula janji dimeterai sebagai tanda sebuah pertunangan. Akhirnya nanti seperti yg telah dijanjikan, pada 27 Mei 2012 kami akan disatukan pula dengan ikatan pernikahan. InsyaAllah...

Hari merisik.


Cincin tunang disarung tangan bonda dicium.

Em..bila difikirkan mmg rase mcm cepat sgt tapi aku rase mcm dah lama sgt aku kenal dia. Kami dah serasi bersama. Semua kerenahnya aku boleh layan dan sabar. Dia berbeza daripada perempuan2 lain yg aku kenal. Mungkin perbezaan itu pada org lain kelihatan spt kekurangannya, tapi pada aku berbezaan itulah yang menjadikan dia begitu sempurna bagi aku. Err...ade ke perbezaan atau kekurangannya?hehe.. Tak perasan pulak aku. Kalau ada pun aku tak kisah sbb aku suka segalanya tentang dia. :) Aku percaya dia boleh menjadi isteri mithali dan ibu yg baik bagi anak2ku nnt. InsyaAllah..Aminn..

Terlalu cepat membuat keputusan? Aku rasa tidak. Aku yakin dia tercipta untukku.



Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu

( Lirik lagu Ungu - Tercipta Untukku)


Ahak..ternyanyi pulak.hehe.. Bercerita tentang cepat, aku tak rasa salah dalam membuat keputusan yg mungkin pada org kelihatan spt terburu2 kerana aku yakin dialah jodohku. Andai telah tersurat dia adalah jodohku, cepat atau lambat dia tetap pasti akan menjadi teman hidupku nnt. Jadi nak buat apa kan lama2 menjalin hubungan tanpa ikatan yang sah jika dia pun sudah bersedia untuk menjadi teman sehidup sematiku kerana ianya hanya akan mengundang lebih banyak dosa.



Empat bulan tempoh pertunangan kami bukanlah satu jangka masa yang panjang. Banyak persiapan yang perlu dibuat supaya segalanya berjalan lancar nanti. Mak andam, tok kadi, khemah, tukang masak, semua nak kene tempah. Kursus kahwin pun tak pergi lagi ni. Kami bercadang nak pegi kursus tu pada 18-19 Februari ni kerana dia dah pun mengambil cuti pada hari tersebut. Dia yang cadangkan tarikh tu. Kesian dia terpaksa membatalkan program cuti2 bersama keluarga ke Genting Highland pada hujung minggu tu. Inilah salah satu sikap dia yang buat aku sgt sayangkan dia. Dia sanggup berkorban demi masa depan kami. Takpelah..lps kahwin nanti aku bawa dia jalan2 pusing satu Malaysia. Tiap2 tahun kami akan pegi honeymoon. Hehe.. InsyaAllah jika ada rezeki dan umur yang panjang. Aminn..

Dah selesai kursus nanti barulah senang aku nak selesaikan pulak lain2 urusan termasuk urusan dgn pejabat kadi tentang pernikahan kami nanti. Walaupun urusun ni adalah tanggungjawab wali pengantin perempuan tapi apa salahnya aku bantu bakal bapa mertuaku kan..heheh...

Sekarang ni aku tgh survey2 mak andam pulak. Mak andam masa tunang aritu harga memang ok sgt2 tapi solekan dia agak kurang memuaskan hati sikit. Aku tgk2 dia punya album, hiasan pelamin, bilik tidur, meja makan berdamai dll memang boleh tahan cantik gak. Barang2 pun semua baru sebab banyak barang lama dia dah jual dgn pak2 andam. Tula aku igt nak guna khidmat dia utk hiasan semua. Cuma solekan jer aku nak cari orang lain. Tapi rasa macam tak best pulak nak guna khidmat lain2 org. Takut akak(makcik) tu terasa hati pulak. Kalau dia tak kisah takpelah. Sape2 tau ade perkhidmatan andaman yang murah bagitaulah aku. Boleh aku pergi tgk2. Kalau ada servis make-up artis jer pun dah kira baik.

Sebelum aku sambung aku nak kongsikan beberapa gambar pada hari majlis pertunangan kami tempoh hari.


Si Panglima melangkah gagah pergi dan pulang diiringi Tuan Puteri kesayangan.





Si puteri bersama dayang-dayangnya.






My best buddy sebagai jurugambar kami.




Hari paling bermakna yang akan terpahat di hati menjadi kenangan terindah buat selamanya.










Hmm..ape lagi aku nak cerita ek. Selepas beberapa hari tertangguh aku nak siapkan post tentang pertunangan ni terus mcm hilang idea pulak nak mengarang. Arini lepaslah 5 hari aku bertunang dan genap lagi 4 bulan aku akan bergelar suami. Harapan aku agar segalanya berjalan lancar dan dijauhkan daripada hasad dengki cemburu orang lain yg tak ingin melihat kami bahagia.



Rasanya cukuplah setakat ini aku bercerita tentang kisah fantasi yang bakal menjadi realiti untuk kali ini. Cerita yang tiada penghujung walaupun tidak lagi tercatat dalam blog ini nanti.



nota kaki :: - tak banyak yg aku terfikir nak coretkan utk nota kaki kali ini. cuma aku nak bagitau, "aku peduli hape korang nak kate..yg penting aku skrg dah sgt2 bahagia bersama si dia.." hahahaha....

All About Happiness


Five Simple Rules For Happiness :

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.




"Being happy doesn't mean that everything is perfect. It means that you've decided to look beyond the imperfections."






footnote ::
There's a story behind every person. There's a reason why they're the way they are. Stop judging and don't be offended.

Ikhlaskah Apabila Mengharap Balasan?


Apa Itu Ikhlas

Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaudpun sebelum ini ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal. Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:

Membantu seseorang sambil berkata,”Ambillah, saya ikhlas…”
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. “Saya tolong awak ini ik! hlas, tapi sedih, awak menolak..”
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, “Yang ikhlas” “Yang Benar.”

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang laig terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga
diterima Allah.

ERTI IKHLAS ialah murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:
1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhoaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerananya yang satu, tujuan satu , dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah – itulah ikhlas – dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah. Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan – maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai “kerana-kerana” yang selain dari “kerana Allah”.

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada p! andangan umum seperti:
berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira,selalunya ramai yang terjebak.
Khususul Nafs – kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
1. awal
2. pertengahan
3. akhir

Kerosakan awal
Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah,hati kecilnya berkata,”Inilah masanya nak jadi popular.” “Aku akan jadi terkenal…” “Dengan ceramah ini dapatlah duit poket.” Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan
Niat untuk berceramah sudah baik te! tapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata,”Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis.”

Kerosakan akhir
Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata,”Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis.” Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat. Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi.
Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu.”
Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.

Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:
"Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq
Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan Mu, ya Allah."

Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam dimalam yang gelap. tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali Allah. Ikhlas ni adalah rahsia di dalam rahsia Allah.

(sumber : http://zahraannur.wordpress.com/2007/03/13/apa-itu-ikhlas/ )



Nota kaki ::
terus terang aku jarang ikhlas.. apa yg aku buat dan beri selalu mengharapkan balasan kebahagiaan.

Kau Ilhamku


Man Bai (Asmin Mudin)

Kau Ilham Ku

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

1
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

( ulang 1 )


nota kaki ::
aritu si dia minta aku nyanyikan lagu ni waktu dia nak tido... :)

Tahun Baru Kisah Baru


dah setengah bulan tahun 2011 yang penuh dgn kisah suka dan duka berlalu...kini 2012 hadir membawa harapan baru kepada kehidupan yang lebih bahagia...

ahak...aku bukannya pandai sgt nk berblog ni...lebih2 lagi aku sgt benci buat karangan atau esei sejak dari zaman sekolah dulu...oleh itu aku rasa blog ni bakal terbiar bersawang begitu saje beberapa kurun lg...

erm..nak citer ke kisah aku yg lps?k la, aku review serba sedikitla apa yg telah aku lalui selama ni..seperti yg mgkin korang tahu, aku pernah bertunang suatu ketika dulu..namun kerana tiada jodoh ikatan pertunangan kami terputus bermulanya bulan februari tahun lps...memang susah nak terima pada mulanya...kalo boleh diibaratkan, rasa seperti kaca yg terhempas ke lantai...nasib baik hati aku ni tahan lasak mcm pinggan arcopal..haha...tp rasa sakit tu mmg sgt sakit...sampai sekarang masih terasa..mgkin rasa itu xkan hilang sampai bila2...xpela, tu semua cerita lama..aku pn xnk salahkan sesape...biarlah dia bahagia dgn pilihan dia sbb aku pn dah ada org lain yg lebih berharga dalam hidup aku dan tahu menghargai aku...heheh..

cerita tentang kebahagiaan aku skg ni jap lg aku cerita...aku nk teruskan dulu cerita tentang pengalaman berharga yg aku lalui tahun lepas...habis jer kisah putusnya sebuah ikatan yg mengganggu gugat emosi seluruh keluarga aku, bermula pula kisah si bujang mencari jodoh...haha..macam desprade jer kan...bkan tiada atau xnk mencari pengganti cuma mgkin waktu tu hati aku masih remuk lg...namun setelah didesak oleh keluarga maka aku layankan jer kakak ipar aku nak 'mengenenkan' aku dgn rakan gurunya...mak ayah aku datang ke JB dan tetiba kakak aku ajak aku mkn mlm kat rumah dia...aku pn pegila..rupa2nya diorg berpakat menjemput rakan guru kakak ipar aku tu mkn mlm bersama...aku dh agak sbnrnye jd aku layankan jela...lps dia blk kakak aku bg no tepon kwn dia tu...setelah ditanya oleh keluarga aku, lepas seminggu baru aku msg kwn kakak aku tu...tp tiada jawapan yg diterima...heheh...drp kakak aku dpt tau rupanya dia tawar ati sbb aku mcm x berminat dgn dia...mmg pun...hahaha...kejam plak aku rasa...

habis kisah pertama selepas aku putus tunang...keluarga masih x putus asa nak mencarikan aku jodoh...gelojoh betul kan x menyabor2...haha...bgla aku tempoh bertenang skit...xpela, aku layankan lg...akak ipar aku tunjukkan gamba kat henpon dia...dalam hati, ishh..rase mcm berkenan plak...nampak gaya mcm muslimah sejati sbb bertudung sedikit labuh...layak ke ngan aku yg x berapa nk muslimin sejati ni..heheh..so aku try jela...x kenal maka x cinta kan..x cuba x tau...dia kata nak kenal n nak berkawan kene jumpe mak bapak dia..gulp...ketatnye...haha..mak ayah aku plak beriya2 suh jumpa...okla nnt aku p jumpe..skali, mak ayah abg n akak aku ajak p skali umah dia...hahaha...dah mcm nk merisik plak...bengang plak aku rase...x gentle la bwk mak ayah nk berkenalan ngan awek kan...heheh.....aku ikutkan lg..xnk jd anak durhaka la katakan...selang beberapa hari family dia plak dtg umah abg aku sempena befday aku....aku masih tersipu2 diam pemalu nk bersuara...hahahaktuih...nak muntah jer dgr kan...hehe..lps tu barula kami mula bermesej-mesetan...x sampai sebulan dia dah declare aku sebagai teman istimewanya kpd kwn2 dia...sedangkan aku dgn dia xde apape lg pn sbnrnya...byk gak kisah sepanjang aku berkawan dgn cikgu kaunseling ni...sampaikan dia plak yg kene kaunseling ngan aku....hehe...dgn dia la aku kenal secret resepi, tgk wayang, dll...dlm mase dua bulan kami dh mula rapat...aku ajak dia teman g kenduri kawen...kira org tgk mmg mcm pasangan ideal lah...ramai yg mula bergembira tgk aku dah x bermuram durja lg...hahaha...yg baik2 jer org nampak..yg kurang baik biarlah aku simpan demi menutup aib mereka yg terlibat...

kisah kedua ni belum habis lg..bulan 4 aku dpt kerja dgn gomen kat batu pahat...kampung kelahiran aku...aku terima jela membawa hati yg lara...haha...ayat poyo lg...walaupun pendapatan aku berkurang dgn byknye dgn keje baru ni, aku terima jer dgn niat nak menjaga kedua org tuaku bila mereka uzur nnt....murni sungguh kan niat aku...hahaha...ok, berita aku bakal berpindah ke batu pahat ni tidak berapa disenangi oleh mak bapak cikgu kaunseling tu...kalau boleh mak dia nak dia duk bawah ketiak sampai tua kot...hehe...xbaik ek aku ckp camtu...sbnrnya dia cuma dua beradik...sorg laki sorang pmpn...tentulah berat mak dia nak lepaskan dia...hehe..jd setelah aku berpindah ke batu pahat aku bg peluang utk dia buat keputusan...samada nak teruskan dgn aku atau berhenti je...setelah menimbangkan perasaan org tuanya, dgn berat hati dan teresak2 dia melepaskan aku pergi...aku no hal jer...hehe..kesian ngan kelakar plak aku rasa...dgr citer dari kakak aku dia agak frust sbnrnya...ambil masa beberapa bulan gak nk lupakan aku...hehe...tp kami putus cara baik maka x menjadi masalah sgtla..erk..ade hubungan ker yg diputuskan?aku xpenah declare apapepn dgn dia...heheh....

habis kisah kedua bermula pula kisah baru kehidupan aku di kampung halaman yg terchenta...hehe...hmm..camne ek aku nak mulakan kisah seterusnya ni...daripada petang bawak ke malam aku nk abiskan crite aku ni....suasana bekerja di sektor gomen ni mmg jauh berbeza dgn keje aku sblm ni...aku boring skit kot...heheh...malas nak cerita la pasal kerja...aku terus sambung kisah hati la ye...masuk2 tempat baru ni kdg2 aku rasa mcm jadi perhatian plak...hehe...yela, mungkin sbb dlm byk2 pekerja baru yg masuk aku sorang jer lelaki yg masih bujang...yg lain kebanyakannya perempuan...sebagai lelaki yg sedikit pemalu kekok gak aku nk biasakan diri pada mulanya..aku mula dirisik oleh pekerja2 lama tempat aku bekerja...ramai gak yg berkenan nak buat menantu rupanya...hahaha....aku tak melayan sgt sbb kisah aku dgn cikgu kaunseling tak abis lg pada masa tu...tp sebab aku dah rase mmg tak berapa ada harapan dgn cikgu tu, aku dah standby dari segi mental gak cari target baru...hehe...kali ni mmg niat aku sendiri nak cari pengisi kekosongan ati aku ni...takde lagi paksaan dari keluarga...rakan sekerja aku tak berapa nampak sangat yg sesuai sebab masa tu aku tak kenal lg rakan2 dari jabatan lain..yg ada cuma budak praktikal kat unit aku yg dah nak abis tempoh praktikalnya...dgn cikgu kaunseling aku masih teruskan lg masa tu..bila budak praktikal yg ade mase tu dah habis praktikal diorg, masuk lagi budak praktikal yg baru...unit aku ade 2 org..salah sorang ni la akhirnya bakal jadi tunang aku 22hb ni dan bakal isteri aku nnt...insyaAllah..

pada mulanya takde apape berlaku..aku, rakan2 sekerja dan bdk2 praktikal tu selalu keluar mkn bersama...kami yg bujang2 ni slalu lepak same2..bebual...lama2 kitorg makin rapat...tp aku x penah terfikir ape2 sbb masing2 dah ade pakwe...diorg selalu luah masalah diorg kat aku..aku plak slalu kongsi pengalaman aku...pastu aku dapat tau salah sorg drp diorg ni putus ngan pakwe dia..aku yg ade pengalaman disakiti ni rasa simpati la...aku makin rapat ngan dia...kadang aku ajak dia keluar ngan member aku g karoke ke, tgk wayang ke...kat pejabat aku dah mula kene gossip n jadi bahan usikan...aku buat tak tau jer..kadang2 layankan...hehe..aku takde terfikir apapepn sbnrnya..lagipn masa tu aku lum abis lg cikgu kaunseling tu...dah tau mcm takde harapan dgn cikgu tu, lama2 aku mcm dh terjatuh hati plak dgn bdk praktikal ni...secara automatik aku ter'caring' lebih dgn dia...hehe..aku lambat sedar...memandangkan aku masih ada janji lain n tempoh masa yg aku bg kat cikgu tu belum abis, aku pendamkan semua yang aku rasa dgn serba salah...dgn perasaan aku yg dah mula tersuka atau tersayang akhirnya si dia menamatkan tempoh praktikalnya..namun hubungan kami tidak berakhir lagi dan mungkin takkan berakhir sampai bila2...insyaAllah...

ahak...aku sambung lg cerita ni selepas beberapa hari tertunda...heheh...pemalas sungguh kan aku ni...sampai mana ek..hm..k, sampaila bakal isteri ku ni abis praktikal masih takde apape hubungan antara kami walaupun aku semakin sedar yg aku dah mula sayang padanya...kemudian satu hari tu dia pn ukm anta dia punye report praktikal...dia stay sane...ada cerita yg tak best disebalik ni tp takpela...tak penting pun..dia balik dari ukm aku offer anta dia blk umah..aku jemput dia kat basten..kebetulan hari tu hari terakhir tempoh yang aku beri pada cikgu kaunseling tu, dia call aku dlm perjalanan aku ke basten...dah aku terpaksa bhenti tepi jln nk ckp dgn cikgu kaunseling tu...perbualan yg penuh dgn emosi...maka berakhirlah sebuah hubungan yg baru nk bermula..hehe...terer gak aku berlakon pd mase tu... :P

kemudian aku teruskan perjalanan ambil bakal isteri aku ni...oleh kerana aku pernah janji ngan dia nk tgk citer transformer dgn dia kitorg pegi square one dulu...sampai merajuk2 dia dgn aku sbb citer transformer ni..hehe...ni kali pertama kita keluar berdua...mmg kekok gak la rase..hari2 lps tu kami makin mesra...aku pernah beberapa kali melamar dia jadi teman istimewa aku tp dalam nada gurauan...akhirnya pada awal bulan 7 aku nyatakan secara serius hasrat hatiku..dan pada 8 Julai 2011 jadilah dia kekasihku secara rasminya.. ^_^ bermulalah episod2 indah aku dan dia...kali pertama kami berjumpa di tasik Y slps aku abis kerja...mmg sgt kekok..haha..dgn bahasa diri kami kau aku jer terasa sgt janggal...heheh..kemudian selalulah dia dtg jumpe aku kat tasik Y lps aku abis keje..kalo dia x dtg, aku p sane jumpe dia....kami dating kat Punggor atau Sg. Lurus...hehe...tak rugi aku memilih dia sbb aku rase sgt disayangi n dihargai... :) xlame slps tu dia ke JB utk mencari pekerjaan....dia stay umah sepupu/kwn dia..kebetulan weekend tu gak aku ada ke jb atas urusan kerja lama...aku ambil kesempatan dating dgn dia kat danga bay mlm minggu tu...temujanji terindah yg pernah aku rase....hehe...kami jln2 kat danga bay tu mcm kat luar negara jer rasenya...tak pernah aku rase seromantik tu...aku belikan dia belon bentuk love...kami naik pirate ship n main permainan2 lain...hmm...byk lagi detik2 terindah kami bersama slps hari2 tu sampai tak tersenarai aku nk senaraikan...panggilan kami pn dah bertukar drp kau aku kpd abg syg...hehe...tu pn slps ditegur beberapa kali oleh org lain termasuklah mak aku....

aku skip terus hingga waktu sekarang...sebenarnya aku sedang menghitung detik kami diikatkan dgn ikatan pertunangan pada 22hb Januari ni...aku harap kali ni tiada lg masalah dan hubungan kami bahagia sampai ke anak cucu cicit seterusnya ke syurga nnt...insyaAllah...aku nak berikan yg terbaik untuknya...aku nak jadikan setiap detik yg berlalu tu menjadi detik terindah yg terpahat di hatinya... :) hmm...cerita tentang pertunangan ni nnt aku update lps 22hb ni jelah ye...

hmm...byk lg kisah menarik antara kami tp rasanya cukuplah dulu setakat ni dulu aku kongsikan...kisah2 peribadi aku yg lampau tak perlu la aku kongsikan...biarlah ianya menjadi sejarah begitu saje...aku akan kongsikan cerita yg baik n menarik jer...yang lain2 yg tak baik tu kita delete jer dari memori kita....

sekian saje cerita aku setakat ni...lps ni akan selalu update cerita fantasi antara kami yg bakal menjadi realiti...segalanya hanya fantasi terindah sahaja yg akan tertinggal n tercoret di sini...jumpe lg di lain masa...harap x bersawang lg la blog ni...hahaha...


nota kaki ::
aku copy paste apa yg aku post di facebook kesinambungan daripada apa yg ditulis oleh sesorang itu diblognya...
"ahak...semakin ramai yg terasa rupanya...aku xpenah sebut direct nama sesape...aku mmg camni tp itu semua dah xde kaitan dgn ko lg..mgkin mmg aku masih terperangkap dgn perasaan sendiri..perasaan yg ko ciptakan...xperlulah nak kasihan atau menghina aku sbb bukan ko yg melaluinya...maaf sekali lagi kalo ko terasa...i never mention ur name..im not intend to talk bad about u or condemn u...ramai lagi yg aku jumpe lebih teruk dari aku..dari ko...akhir kata, semoga kalian bahagia...hehe... :)"
aku harap dia tak perasan lg...segala tentang kecurangan atau perkara2 yg melukakan hati bukan semuanya aku tujukan pada dia...sbb aku byk jumpe kes lain lagi selain dia...akhir kata aku minta maaf pada semua andai selalu terasa hati dgn aku....

Surat UntukMU....


Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurikanostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjah segala kekusutan yang membelit taliperutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.


Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.

Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma.


Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan akumenghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.


Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting keruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.


Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipashelikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriini tidak diperlukan lagi.


Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.


Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua mesti terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.


Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera.


Aku bukan McGyver, McDonald's,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.


Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.


Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?


Yang ikhlas,

kekasihmu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...