Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Fraser Hill

Assalamualaikum..

Dah lama tak rasa cuti yang betul-betul bercuti. Jadi aku pun cubalah cari kekosongan di Rumah Peranginan Persekutuan. Pilihan pertama tentulah di Cameron Highland. Tapi sampai hujung tahun ni tiada kekosongan.Cuba pula Bukit Fraser. Alhamdulillah, dapat bilik kecil pada 24 Nov ni. Jadilah aku bawa family kecil aku sahaja.

Seingat aku, aku tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Bukit Fraser ni. Kalau pernah pun masa tu aku belum boleh ingat lagi agaknya.Setahu aku Bukit Fraser ni tiada apa yang menarik sangat untuk dilawati. Kalau nak merasa seperti berada di negara sejuk eropah bolehlah bercuti di sini kerana katanya suhu di sini sekitar 17 darjah celsius. Dah alang-alang nak ke sini aku 'google'lah apa yang menarik ada di sini. Setelah di 'short-list'kan berikut adalah tempat-tempat yang mungkin aku lawati nanti. Terima kasih kepada blogger-blogger lain yang banyak membantu.

1. Menara Jam Bukit Fraser

Merupakan mercu tanda Bukit Fraser. Kalau dah namanya mercu tanda mesti tak sah kalau tak bergambar di sini nanti. Menara jam ini juga merupakan pusat pekan Bukit Fraser ni. Dikelilingi oleh bangunan-bangunan bercirikan kolonial era British. Ramai juga aku lihat di internet orang bergambar di depan Pejabat Pos yang terletak bersebelahan menara jam ini kerana ciri-ciri unik rekabentuk bangunannya. Mungkin sebab itu juga Bukit Fraser digelar 'Little England'.



2. Air Terjun Jeriau

Memandangkan percutian akan datang ni hanya percutian singkat 1 malam, air terjun ni aku akan singgah jika berkesempatan. Al-maklumlah bawa askar kecil dua orang.  Lagipun dengarnya jauh gak nak berjalan masuk dalam ke kawasan air terjun tu.

 

3. Bird Interpretive Centre

Macam menarik je Pusat Burung ni. Terletak ditengah-tengah pekan Fraser Hill bertentangan dengan Hotel Puncak Inn. Arrayyan dan Razin Naim mesti suka kalau pergi sini.



4. Allen’s Water

Petang-petang bolehlah dating kat sini nanti kot. Sambil-sambil bagi makan ikan koi. Bot kayuh pun ada untuk disewa.

 

5. Taman Flora Bukit Fraser

Di Bukit Fraser ni pun ada strawberry rupanya. Kat sini boleh beli buah-buahan dan sayuran dalam kuantiti yang terhad.



6. Fraser's Edible Garden

Aku rasa Fraser's Edible Garden ni tempat yang sama. Kalau tempat yang berlainan mungkin salah satu jelah yang akan aku pergi nanti.



7. The Paddock Fraser Hill

Kalau nak menunggang kuda boleh singgah sini. Kuda-kuda lumba pencen ditempatkan di sini. Tapi kalau aku singgah sini bukan nak naik kuda. Kat sini ada sukan memanah. Puan Isteri dulu atlet memanah. Bolehlah dia melepaskan rindu memanah kat sini nanti.

 

8. Taman Rekreasi Bukit Fraser

Merupakan taman rekreasi awam. Boleh bawa Rayyan & Razin main gelongsor kat sini nanti.




Rasanya dah cukup banyak ni untuk percutian singkat aku sefamili nanti. Dah berjalan perut mesti lapar minta diisi. Kita tengok pula tempat-tempat makan yang dikatakan sedap pula.

9. Restoran Strawberi Mimi

Terletak di deretan rumah kedai dikawasan kompleks sukan. Di sini semua ada seperti tom yam, sup tulang, goreng-goreng dan lain-lain. Restoren ni terkenal dengan minuman Ice Blended dan Milk Shake Strawberrinya yang lazat. Ada blogger kata x sedap sangat tempat. Takpelah kita tengok nanti.



10. Restoran Puncak, Fraser's Hill Food Garden

Fraser's Hill Food Garden terdiri dari beberapa unit kiosk makanan dan juga kedai cenderamata. Oleh kerana dah ada yang review Restoren Puncak ni, aku masukkan dalam senarai walaupun terdapat beberapa gerai lain di Food Garden ni.



11. Shahzan Inn Coffee House
12. Aida Daniya Tea House


Eh..dah cukup kot list ni. Nak berjalan 2 hari 1 malam je bukan lama. Yang ada ni pun belum tau dapat pergi semua.

Sebelum tutup posting ni, nak masukkan sekali panduan seorang blogger tentang laluan jalan nak ke Bukit Fraser ni. Jika menggunakan aplikasi Waze, biasanya terpaksa exit ke Bukit Beruntung dari Plus Highway, kemudian teruskan pemanduan ke Rasa dan Kuala Kubu Baru melalui jalan persekutuan. Katanya laluan ini agak jauh dan memakan masa lebih lama. Beliau menyarankan supaya meneruskan pemanduan di Plus Highway dan kemudian baru exit di Tg Malim. Menggunakan jalan persekutuan, teruskan pemanduan ke Kuala Kubu Baru dan seterusnya ke Fraser's Hill.

Sekian, bertemu lagi insyaAllah selepas kami balik bercuti dari sana nanti.

Hati Dah Tiba Mersing

Assalamualaikum...

Dah lama sebenarnya aku cakap dengan wife aku nak bawa dia pergi jalan-jalan kat Mersing namun sampai sekarang tidak berkesempatan lagi. Rasanya sejak sebelum kami kahwin lagi. Jadi akhirnya esok aku plan nak bercuti di Mersing bersama wife aku.

Memang dalam perancangan aku nak berkhemah di tepi pantai sahaja. Wife aku pula sempoi jer setuju nak berkhemah. Hehe.. Aku kata sempoi sebab jarang jumpa wanita yang boleh ikut aktiviti lasak seperti ini. Walaupun tak lasak tapi mungkin tak selesa bagi perempuan kerana terpaksa bermalam di khemah dengan nyamuk dan sebagainya.

Perjalanan untuk hari esok memang aku tidak sediakan sebarang perancangan yang rapi tapi aku target nak bermalam di kawasan pantai Teluk Gorek. Aktiviti lain aku hanya berserah hari esok sahaja kerana perjalanan mengejut seperti ini lebih menarik dan mencabar. Apa yang aku perlu fikirkan hanyalah persiapan dan bekalan untuk percutian ini. Antaranya ialah persiapan khemah, bbq, campfire dan makanan. Jadi kat sini aku nak senaraikan peralatan dan barang-barang yang perlu dibawa supaya tidak lupa dan ketinggalan. Antaranya ialah :

Gambar ihsan Google

  1. Khemah. Aku akan bawa khemah 1 layer aku yang boleh memuatkan 6 orang berbaring. Kalau hujan lebat tidur dalam kereta sahajalah. Hehe..
  2. Baju sejuk, selimut/toto dan bantal untuk keselesaan malam.
  3. Arang untuk bbq.
  4. Jaring besi untuk pemanggang dan batu bata dalam 2-4 biji.
  5. Kayu api. Persediaan untuk campfire jika susah mendapatkan bekalan kayu api di sana.
  6. Ubat nyamuk.
  7. Lampu. Nak kena beli bateri standby ni.
  8. Pisau, sudu, garfu dan pinggan mangkuk.
  9. Air minum berbotol-botol.
  10. Makanan seperti sosej/ayam untuk bbq, roti, tuna, dan lain-lain.
  11. Tikar.
  12. Tali.
Haha.. Banyaknya macam nak pindah je. Setakat ni, tu je dulu yang aku terfikir perlu dibawa esok. Esok bila bersiap mungkin jadi lebih. Tapi takpe sebab kami masih berdua. Banyak lagi ruang kosong dalam kereta tu. Semua barang yang boleh sumbat dalam kereta kita bawa je.

Ok, hari pun dah petang. Sekejap lagi nak amik wife balik kerja lepas tu terus ke Summit Parade untuk beli barang di kedai DIY. Kita jumpa lagi selepas kami balik bercuti nanti. Kalau sempat nanti aku kongsikan sekali etika-etika yang perlu kita patuhi apabila menjalankan aktivit yang melibatkan alam sekitar ni.

Sekian, selamat berhujung minggu.

Pedih Di Bulan Puasa

Assalamualaikum semua..

Sekejap sahaja masa berlalu dan tanpa kita sedari hari ini dah masuk hari ke sebelas kita berpuasa. Aku pun dah lama tak kemaskini blog aku ni kan. Semalam pun main sumbat jer gambar-gambar majlis perkahwinan aku dua bulan lepas bagi menyambung cerita yang tertangguh sebelum ni.

Rasa masih sempat aku ucapkan selamat menyambut ramadhan dan menjalani ibadah puasa. Aku juga nak minta maaf zahir dan batin kepada semua yang kenal aku andai ada aku buat salah yg disengajakan atau pun tidak. Manalah tau kan umur tak panjang aku dah minta maaf kat korang semua sebelum raya lagi. Hehe...

Macam mana dengan puasa korang semua. Dah ada yang ponteng? Ish3...bawa-bawaklah bertaubat kalau ada yang ponteng tu. Anak buah aku umur 6 tahun pun dah puasa penuh macam pak uda dia gak masa kecil2 dulu. Hehe..

Okaylah, berbalik semula seperti tajuk di atas aku nak kongsikan apa yang ramai di antara kita alami semasa bulan puasa ni terutamanya aku. Bukan pedih perut sebab gastrik tp pedih di dada atau lebih dikenali dengan pedih ulu hati. Sebenarnya aku pun tak tahu betul ke rasa pedih yang selalu aku alami bulan puasa kali ini adalah penyakit pedih ulu hati. Dah biasa pedih di hati tu yang tak kisah setakat pedih kat ulu hati. Hehe.. Jadi hari ini aku nak kongsikan artikel tentang pedih ulu hati dari blog Doktor Wannabe yang aku google di awal puasa hari itu.

Pengenalan
Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut yang mengganggu bahagian bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai Lower Esophageal Sphincter (LES) tidak tertutup. Oleh itu, asid ini memasuki bahagian esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia sekali gus menyebabkan kesan kimia terjadi. Kenyataan yang selalu diuarkan ialah seperti sakit dada yang membakar. Gejala ini selalunya terjadi selepas memakan makanan berat. 
                                 
Pedih ulu hati adalah gejala biasa dan tidak berbahaya. Sekiranya masalah ini jarang terjadi, seseorang itu tidak perlu khuatir. Namun ada sesetengah orang yang kerap mengalaminya malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati boleh ditafsirkan sebagai gejala Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD). 

Tanda atau Gejala
Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis keadaan termasuk:
  • Rasa terbakar di dada atau di bawah tulang dada.
  • Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan.
  • Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak.
  • Sendawa.
  • Batuk yang teruk.
  • Suara menjadi serak.
  • Pernafasan  yang berbunyi seperti serangan asma.

Komplikasi
Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux, Barret's esophagus, peptic ulser atau kanser. Jumpalah doktor bagi mengesahkan diagnosa tersebut. Komplikasi yang mungkin berlaku termasuklah Oesophagitis, Strictures atau Barret's oesophagus. 

Rawatan 
Kebanyakan orang boleh mengawal ketidakselesaan pedih ulu hati dengan mengamalkan cara hidup yang sihat atau mengambil ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor. Tetapi, sekiranya ia semakin teruk, ubatan ini mungkin hanya mampu membantu untuk sementara waktu. Sekiranya anda mengalami GERD, anda mungkin memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala.

Sekiranya mengalami pedih ulu hati yang teruk anda boleh meredakannya dengan menukar tabiat pemakanan anda. Berhenti merokok juga sangat membantu dalam menangani gejala ini. Antacids atau bismuth subsalicylate boleh mengurangkan kesakitan pedih ulu hati dengan meneutralkan asid perut bagi serangan sekali sekala dan boleh didapati di kedai-kedai ubat atau farmasi berhampiran anda. Metaclopramide juga boleh diambil bagi mengosongkan perut dengan kadar segera. 

Pembedahan 
Pembedahan mungkin diperlukan untuk membetulkan lower oesophageal sphincter dan menghentikan tidak balas refluk asid. Pembedahan boleh dilakukan dengan menggunakan laparoskop dan hanya memerlukan rawatan  selama beberapa hari di hospital.

Gastroscopy perlu dilakukan hanya sekali sebelum pesakit menjalani pembedahan untuk melihat sejauh mana komplikasi seperti Barret's oesophagus (keadaan kanser yang berpotensi, kanser berkemungkinan terjadi akibat terlalu lama terdedah kepada asid perut) atau kanser esofagus. Sekiranya Berret's oesophagus ditemui, proses gastroscopy tahunan perlu dilakukan bagi melihat perkembangan kanser maglinan. 

Pencegahan
  • Mengawal sukatan pemakanan.
  • Menukar amalan pemakanan boleh mengurangkan gejala pedih ulu hati.
  • Mengenalpasti serta mengelakkan makanan yang mampu memberikan kesan kepada anda. 
  • Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat serta makanan yang telah diawet.
  • Cuba kurangkan memakan makanan yang telah digoreng atau berlemak. Kembung perut biasanya terjadi akibat memakan makanan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan serta menambahkan rasa sakit perut.

Pengubahsuaian Cara Hidup
  • Amalkan memakan jumlah makanan yang sedikit. Makan dengan jumlah yang sedikit secara lebih kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.
  • Makan perlahan-lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya anda mempunyai masalah, letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan.
  • Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang  serta dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut.
  • Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan sekali gus menyebabkan ketidakcernaan.

Fitnah - Wikipedia

Assalamualaikum..


Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Kata "fitnah" diserap dari bahasa Arab, dan pengertian aslinya adalah "cubaan" atau "ujian".

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, fitnah diertikan sebagai

“ Tuduhan (khabar, kisah dan lain-lain) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang. ”

Dalam agama Islam mahupun agama dan kepercayaan yang lain, fitnah dianggap perbuatan yang berdosa yang boleh membawa kepada kemungkaran dan kerosakan yang nyata apabila dibiarkan tanpa dilindungi dan dikawal dari terus terjadi.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermkasud:

“ “Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh…” ”

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

“ “Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim” (Al Baqarah: 193) ”

Kata fitnah dalam ayat ini menurut para Ulama tafsir adalah bermaksud ‘kekafiran’ atau ‘kemusyrikan’. Iaitu bahawa mereka itu menyebarkan kekafiran.




Nota Kaki :: Difitnah atau sendiri terasa? Kadangkala kita bercakap tentang perkara umum tanpa berniat untuk ditujukan kepada individu-individu tertentu lebih-lebih lagi insan yang sudah tiada kaitan dengan hidup kita lagi tapi sering sahaja ada yang terasa. Gagal tetap gagal. Aku juga pernah mengalami kegagalan. Tapi ramai yang tidak dapat menerima dan mengaku kegagalannya kerana ego yang tinggi. Tak kisahlah. Yang penting aku sekarang lebih bahagia daripada dulu. :)

Fakta Tentang Lelaki


 
1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona). Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).

11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).

17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).

21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.

27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).

28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.

29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.

31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).

32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).

40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).

41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

42. Lelaki adalah makhluk yang berlagak pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan​ tekaan mereka seringkali meleset.

43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.

45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.

46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).

48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)

49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.

50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

51. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

52. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

53. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua yang sama.

54. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

55. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

56. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

57. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak walaupun sebenarnya dia seorang tukang masak yang hebat. Ini kerana lelaki membesarkan dengan masakan air tangan wanita iaitu ibunya.

58. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

59. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

60. Lelaki yang kedekut sebenarnya lebih pemurah jika anda tidak pernah meminta.

61. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

62. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

63. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

64. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka buat pertama kali.

65. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

66. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

67. Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.

68. Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.

69. Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau sukakan kamu.

70. Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.

71. Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.

72. Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.

73. Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.

74. Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.

75. Bila betul-betul serius dalam perhubungan,seorang lelaki akan  menyayangi wanita lebih daripada apa yang anda jangkakan. Dan juga lebih dari cara anda menyayangi lelaki tersebut.

76. Sebelum mempercayai seorang lelaki,uji lah dia dulu. Tapi jangan berpanjangan,confirm dia bosan dan anggap wanita tak percayakan dia. Lepas tu, say good bye lerr.

77. Kadang-kadang lelaki tiada keputusan yang muktamad.

78. Bagi lelaki, sayang itu tak diluahkan dengan kata-kata tetapi lebih kepada memberi perhatian dan ambil berat terhadap wanita itu.

79. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”. Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

80. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

81. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

82. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

83. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

84. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

85. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

86. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

87. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

88. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut. Tapi bagilah cadangan dan pendapat tentang gaya yang anda ingin dia pakai.

89. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

90. Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.

91. Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.

92. Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.

93. Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.

94. Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.

95. Lelaki kurang mempamerkan perasaan kerana adanya sifat ego.

96. Lelaki lebih pandai dalam bidang teknikal, sains, matematik dan kejuruteraan.

97. Lelaki sejati sukakan aktiviti lasak, sukan, mendaki bukit, 'jungle treking'.

98. Lelaki mempunyai sifat kepimpinan yang lebih daripada wanita.

99. Lelaki inginkan dihormati, dikasihi dan didampingi oleh pasangannya.

100. Lelaki suka pasangannya memberikan sokongan bukan penyelesaian dalam menghadapi masalah.

Apa Itu Tonsil?

Assalamualaikum.

Entri kali ini aku nak cerita pasal penyakit tonsil yang aku alami sejak kecil. Baru2 ni tonsil aku membengkak balik. Memang lemah gakla seluruh badan. Tak pernah2 aku menggigil kesejukan sejak mendapat lapisan lemak yang tebal ni tapi beberapa hari lepas aku boleh menggigil kesejukan sementara orang lain pulak kepanasan. Bila kena tonsil ni biasanya memang disertai dengan demam dan sakit2 badan. Tekak memang sangat perit. Susah nak menelan dan kadang2 sampai rasa macam nak muntah. Setiap kali jumpa doktor masa kecil dulu biasanya doktor memang tak bagi makan yang pedas2, berminyak, panas, kering dan berasid. Doktor biasanya menyarankan makan makan yang sejuk2 seperti jeli, aiskrim vanilla, buah2an yang sejuk, dll. Ramai yang tak percaya bila aku kata aku takleh minum air panas dan kena makan aiskrim. Jadi aku copy satu entri ni dari blog seorang doktor untuk penjelasan lebih lanjut.

Silakan baca :

Ini tonsil...dalam keadaan normal.




Tonsil ini terbentuk daripada lymph tissue, iaitu dari sistem pertahanan tubuh. Jadi fungsi tonsil ialah merangsang sistem immuniti tubuh badan menghasilkan antibodi bila badan diserang jangkitan.

Tonsil boleh meradang(inflammation) bila terkena jangkitan, samada dari virus, atau bakteria.
Keadaan keradangan tonsil ni dipanggil sebagai tonsillitis.

Tonsillitis boleh dibahagikan kepada 3 jenis, bergantung kepada bila dan berapa lama ia berlaku:

1- Acute Tonsillitis - baru berlaku.
2- Chronic Tonsillitis - tonsillitis yang dah lama berlaku
3- Recurrent Tonsillitis - tonsillitis yang berulang ulang

Tonsillitis selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak, boleh juga berlaku kepada orang dewasa.
Amat jarang kanak kanak 2 tahun ke bawah mendapat tonsillitis ini.

Simptom Acute Tonsillitis:
-sakit tekak, susah menelan, demam, kelenjar di leher mungkin membengkak dan sakit, letih/lesu, dan simptom halangan pernafasan (eg; berdengkur, atau tiba tiba tersedar tak boleh bernafas masa tidur, sleep apnoea).
-dalam kanak kanak, kadangkala simptom utamanya ialah mereka enggan makan, sebab tekak mereka sakit!
-acute tonsillitis berlangsung selama 3-5 hari...dan paling maximum boleh menjangkau 2 minggu.

Apa itu Recurrent Tonsillitis ?:
- Apabila anda kena acute tonsillitis 7 kali dalam setahun, atau 5 kali dalam tempoh 2 tahun berturut turut, atau 3 kali dalam setahun, untuk 3 tahun berturut turut.
-Jadinya, moral di sini ialah, SILA KIRA berapa kali anda kena acute tonsillitis. Kerapkali aku jumpa patient yang tak aware tentang ini. Kenapa perlu kira? Kerana dengan kiraan inilah aku boleh justify, ianya recurrent atau tidak..dan perlukah kes di rujuk untuk pembedahan membuang tonsil.

Chronic Tonsillitis:
-bila mengalami simptom sakit tekak yang berpanjangan, lebih dari dua minggu, sakit menelan dan mungkin juga bengkak kelenjar di leher yang berterusan.

Bagaimana aku mendiagnos kes acute tonsillitis?
-Semestinya, kena tanya sejarah pesakit dulu( history). Jadi, pesakit kena lah bercerita serba sedikit tentang simptom yang di alami. Sesetengah pesakit yang dah otai (selalu sangat kena, recurrent tonsillitis) straight away masuk bilik consultation dan cakap "doc, tonsil i bengkak" ...mudah kan kerja aku? ekekeke...

Lepas dah dapat semua sejarah pesakit, kita proceed ke pemeriksaan fizikal.

Pemeriksaan fizikal standard ialah memeriksa :
-Suhu badan : demam atau tidak
-Tekanan darah
-Kemudian, melihat ke dalam mulut pesakit yang di suspek ada tonsillitis..beginilah rupanya..:


tonsil yang merah menyala, membengkak...sakit wooo

-kadangkala, boleh ada tompokan putih/putih kekuningan di tonsil yang membengkak merah itu, dipanggil sebagai exudate.


Rawatan:

-Acute tonsillitis ini boleh jadi kerana jangkitan virus, atau bakteria. Cara yang sebetulnya ialah dengan mengambil sedikit coletan(swab) dari tonsil yang bengkak, dan di hantar ke makmal untuk melihat ada atau tidak pembiakkan bakteria. Ini dipanggil sebagai throat swab culture. Kalau positive jangkitan bakteria, maka antibiotik akan diberi, untuk dimakan selama 5- 7 hari selalunya. Di sesetengah pusat, mereka ada kemudahan untuk buat Rapid Screen Test. Rapid test ini menguji kehadiran bakteria jenis streptococcus yang menjadi antara penyumbang utama jangkitan tonsil.

-Namun di sini, doctor selalu buat short cut. Sebab untuk membuat culture tu semua, mengambil masa dan kos. So, selalunya ianya bergantung kepada budibicara doktor yang merawat, untuk menilai sendiri tahap keseriusan tonsillitis nya, samada perlu atau tidak antibiotik.

-Bila dah diberi antibiotik, sila makan hingga habis. Perangai manusia ni ialah suka culas makan ubat :P
Memang selalunya dalam masa 2-3 hari selepas pengambilan antibiotik, tonsillitis akan sembuh/mengecil.

-Selain antibiotik, pesakit perlu mengambil ubat ubatan untuk mengurangkan simptom..contohnya:
a) ubat demam untuk demam/sakit badan
b) lozenges untuk melegakan tekak
c) minum jus buah buahan segar dan sejuk untuk melegakan tekak
d) berkumur kumur dengan air garam suam, atau apa apa gargle solution
e) makan ice cream perisa vanilla
f) elak mengambil makanan berasid, yang membuatkan tekak lebih tak selesa

Bila Perlu Buang Tonsil?

-pembedahan membuang tonsil dipanggil tonsillectomy. Pembedahan ini secara umumnya selamat. Risiko terbesar pun ialah perdarahan, yang mana amat amat jarang berlaku. Tempoh sembuh selepas tonsillectomy ialah antara seminggu ke dua minggu.

-Bila nak buang? Bila jadi kes recurrent tonsillitis. Sebenarnya tiada satu hukum muktamad mengatakan bahawa dalam sesetengah keadaan, tonsil itu wajib dibuang. Yang ada hanyalah guidelines yang memandu doktor untuk membuat keputusan. Guideline terkini dari pelbagai badan induk ENT seluruh dunia secara dasarnya bersetuju bahawa tonsillectomy perlu dalam situasi berikut:

a) recurrent tonsillitis yang berlaku lebih dari 7 kali dalam setahun, atau 5 kali dalam setahun untuk dua tahun berturut turut, atau minimum 3 kali dalam setahun, untuk 3 tahun berturut turut.

b) tonsil yang besar/bengkak menyebabkan masalah pernafasan semasa tidur (sleep apnoea) atau berdengkur yang kuat.

c) episode tonsillitis yang ada komplikasi seperti peritonsillar abscess(nanah di sekeliling poket tonsil). Jangkitan ke dalam rongga sinus(sinusitis) pun boleh jadi..dan jangkitan ke telinga..

komplikasi tonsillitis

Mitos tentang tonsillectomy:

- Ini yang paling biasa aku dengar dari pesakit...bila tonsil dibuang, nanti senang mendapat jangkitan. Patient atau parents beranggapan sebegini sebab mereka di dedahkan bahawa tonsil itu penting dalam memainkan peranan dalam immune system. Benar. Namun sebenarnya, banyak lagi kelenjar di sekitar leher yang boleh ambil alih tugas tonsil. Dan tubuh badan kita ada sistem immune yang terbaik untuk menampung ketiadaan tonsil. Malahan dalam kajian yang dijalankan ke atas kanak kanak seawal usia 3- 4 tahun yang dibuang tonsilnya, mendapati peratusan jangkitan kuma ke atas mereka adalah sama sahaja dengan yang masih ada tonsil. Mitos ini di kuatkan lagi dengan keengganan majoriti pakar bedah membuang tonsil dalam kes kes recurrent tonsillitis yang aku refer kepada mereka. Rata rata kebanyakkan pakar bedah di sekitar Klang Valley memberi alasan kepada parents bahawa 'kena tunggu anak mereka besar..kena tunggu sekurang kurangnya umur 8-10 tahun' . Anggapan sebegini sebenarnya kurang tepat. Andaikata dah teruk sangat recurrent tonsillitis nya, dan menyebakan terganggu kualiti hidup ( terpaksa cuti banyak kali, terpaksa bergantung kepada antibiotik terlalu kerap), maka tonsillectomy ialah pilihan terbaik.

-Tonsil hanya akan dibuang kerana kes recurrent tonsillitis. Ini kurang tepat sebenarnya, kerana tonsil juga dibuang dalam kes mereka yang semulajadi lahir memiliki saiz tonsil yang besar. Mereka yang terlalu kerap kena tonsillitis, dan kemudian sembuh, juga akhirnya boleh memiliki saiz tonsil yang besar. Kenapa saiz tonsil yang besar ialah satu masalah, dan perlu dibuang? Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah pernafasan semasa tidur, seperti berdengkur dan sleep apnoea. Pelbagai kajian membuktikan bahawa masalah pernafasan semasa tidur ini jika dibiarkan boleh menyebabkan masalah kurang kualiti tidur, kencing malam bagi kanak kanak, dan juga masalah perangai (child behaviour). Di US, ~ 75% tonsillectomy ialah atas sebab saiz tonsil yang besar, bukan kerana hanya tonsillitis! Bercakap tentang berdengkur dan masalah tidur dalam kanak kanak ni, aku dah jumpa banyak kes. Bunyi dengkuran kanak kanak ni setanding atau mengalahkan dengkuran orang tua.

Tonsillectomy

Tonsil yang telah dipotong

Banyak lagi benda tentang tonsil dan tonsillectomy ni kalau aku nak tulis.
Tapi rasanya ini dah cukup lah untuk korang semua baca...nanti rasa macam baca buku teks pulak..ekekeke..



Sekian sahaja entri tentang tonsil yang aku copy paste bulat2 dari blog seorang doktor ni. Harap korang maklumlah bila aku kata aku kena makan aiskrim vanilla feveret aku tu...hehehe...


Sumber ::
Macam Macam Ada

Jadual Gaji Baru SSM 2012

Assalamualaikum...

Memandangkan aku hanyalah tukang kebun berkemeja dipejabat pihak berkuasa tempatan, jadi aku cuma nak kongsikan jadual gaji baru ssm gred n17 untuk tahun 2012. Yang lain2 tu korang carila sendiri. Korang kan boss lebih tau. Hehe.

Jadual Gaji Baru SSM Gred N17 : 2012


Selain gaji pokok dan kenaikan gaji tahunan yg meningkat seperti di atas terdapat juga kenaikan Bantuan Sara Hidup sebanyak RM50. Contoh macam aku dari RM200 naiklah jadi RM250. Selain itu yang tak berubah adalah Imbuhan Tetap Khidmat Awam sebanyak RM115 dan Imbuhan Tetap Perumahan sebanyak RM180.

Kecik kan gaji kumpulan sokongan macam aku ni.Walaupun pendapatan aku tak seberapa dan tak sebanyak waktu aku di sektor swasta dulu, namun aku tetap rasa cukup dan gembira. Benar seperti kata orang, "kemewahan tidak menjamin kebahagiaan". Alhamdulillah, aku bersyukur atas nikmat Mu Ya Allah.

Mutiara Kata ::
Sesungguhnya orang yang sentiasa bersyukur itu pasti akan merasakan dirinya sentiasa cukup dan gembira. Dia tidak perlu untuk membandingkan dirinya dengan orang lain sehingga membuatkan dirinya merasa sedih dan tertekan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...