Memaparkan catatan dengan label Masak-masak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masak-masak. Papar semua catatan

Pizza Emak

Assalamualaikum..

Berjumpa lagi kita hari dalam kisah Pizza Emak pula. Hehe.. Dua cerita hari ini merupakan kategori baru dalam blog aku ni. Memandang aku suka makan dan masak-masak, aku terfikir untuk coretkan kisah masak-masak di blog aku ni. Tapi ianya hanya sekadar cerita untuk merekodkan kisah masak-masak dalam kehidupan aku. Bukannya untuk menceritakan tentang resepi dan cara-cara masakan sebab aku bukan tukang masak profesional. Cuma sekadar berkongsi minat keluarga. Resepi pun banyak cari melalui google dan tanya mak.

Baiklah, cerita kali ini pendek saja. Kali bukan aku yang masak tapi mak aku. Pulang dari kerja bersama permaisuriku, tengok-tengok mak kat dapur dah hampir siap bakar satu pizza. Memang cantik menarik tertarik kau memang daboom juga pizza mak aku. Semua bahan lengkap termasuk cheese. Tapi aku rasa macam kurang sesuatu. Rupa-rupanya tak letak mayonis. Apa lagi, aku ambil mayonis isi dalam plastik yang dipotong hujungnya lalu aku pancitkan ke pizza mak aku tu. Hehe..

Permaisuriku pula menggoreng sosej ayam bercheese. Petang itu kami makan malam ala-ala western gitu. Hehe.. Memang sedap makan pizza lengkap bersama sosej tersebut. Permaisuriku pun makan laju je dua potong pizza. Hehe.. Roti pizza mak aku pun lembut. Rempah untuk pizza hanya guna sos untuk spagetti memang terasa ke'Italian'nya. Haha.. Pelik-pelik pula bahasa aku keluar hari ini.



Beginilah rupa Pizza Emak tersebut. Teruja nak menikmatinya sehingga terlupa nak ambil gambar penuh. Hehe..

Sekian sahaja cerita masak-masak untuk hari ini. Berjumpa lagi di kisah yang lain pula. Terima kasih kerana sudi membaca. Wassalam.

Pavlova Seorang Suami

Assalamualaikum..

Ahak...Kelakar pula tajuk cerita hari ini. Poyo jer kan macam tajuk novel jiwanglah pulak. Hehe..

Sebenarnya dah lama nak buat pavlova ni sebab tengok resepi macam mudah jer. Bahan-bahan pun dah beli sejak minggu lepas. Oleh kerana kelmarin cuti hari krismas aku ambil kesempatan buat pavlova ni. Lagipun permaisuriku kerja hati tu. Aku mula buat pavlova ni pun dah lewat petang sebab pagi tu aku hangout ke bandar dengan 'scandal' aku. Dah petang baru balik ke rumah.

Sekejap jer buat pavlova ni. Bahan asasnya cuma putih telur dan whipping cream. Buah-buahan segar hanya sebagai hiasan. Aku gunakan semua buah yang ada terperap dalam peti sejuk rumah tu. Buah yang aku guna adalah kiwi, oren, strawberi dan peach dalam tin. Dua jam jer siap pavlova ni termasuk waktu membakar sejam lebih. Dapatlah dua pavlova yang sederhana saiznya.

Masa tengah bakar tu baru aku perasan sebiji putih telur telupa nak masukkan. Tapi tak apalah sebab aku tgk pavlova aku gebu jer. Siap dihias dengan whipping cream dan buah-buahan aku sejukkan pavlova aku dalam peti ais lagi. Kemudian aku pergi jemput permaisuriku pulang dari kerja. Tiba di rumah pavlova tu dah sedia untuk dimakan. Rasanya manis sangat. Aku rasa sebab kurang telur. Jadi lepas ni kena kurangkan gula lagi. Tapi topping whipping cream memang sedap. Macam aiskrim vanilla jer rasanya. Berikut gambar masa tengah bakar dan yang dah siap dihias.


Sekian, cerita Pavlova Seorang Suami dari aku. Kita jumpa lagi di kisah Pizza Emak pula selepas ini. Hehe..
Terima kasih. Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...