Fraser Hill

Assalamualaikum..

Dah lama tak rasa cuti yang betul-betul bercuti. Jadi aku pun cubalah cari kekosongan di Rumah Peranginan Persekutuan. Pilihan pertama tentulah di Cameron Highland. Tapi sampai hujung tahun ni tiada kekosongan.Cuba pula Bukit Fraser. Alhamdulillah, dapat bilik kecil pada 24 Nov ni. Jadilah aku bawa family kecil aku sahaja.

Seingat aku, aku tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Bukit Fraser ni. Kalau pernah pun masa tu aku belum boleh ingat lagi agaknya.Setahu aku Bukit Fraser ni tiada apa yang menarik sangat untuk dilawati. Kalau nak merasa seperti berada di negara sejuk eropah bolehlah bercuti di sini kerana katanya suhu di sini sekitar 17 darjah celsius. Dah alang-alang nak ke sini aku 'google'lah apa yang menarik ada di sini. Setelah di 'short-list'kan berikut adalah tempat-tempat yang mungkin aku lawati nanti. Terima kasih kepada blogger-blogger lain yang banyak membantu.

1. Menara Jam Bukit Fraser

Merupakan mercu tanda Bukit Fraser. Kalau dah namanya mercu tanda mesti tak sah kalau tak bergambar di sini nanti. Menara jam ini juga merupakan pusat pekan Bukit Fraser ni. Dikelilingi oleh bangunan-bangunan bercirikan kolonial era British. Ramai juga aku lihat di internet orang bergambar di depan Pejabat Pos yang terletak bersebelahan menara jam ini kerana ciri-ciri unik rekabentuk bangunannya. Mungkin sebab itu juga Bukit Fraser digelar 'Little England'.



2. Air Terjun Jeriau

Memandangkan percutian akan datang ni hanya percutian singkat 1 malam, air terjun ni aku akan singgah jika berkesempatan. Al-maklumlah bawa askar kecil dua orang.  Lagipun dengarnya jauh gak nak berjalan masuk dalam ke kawasan air terjun tu.

 

3. Bird Interpretive Centre

Macam menarik je Pusat Burung ni. Terletak ditengah-tengah pekan Fraser Hill bertentangan dengan Hotel Puncak Inn. Arrayyan dan Razin Naim mesti suka kalau pergi sini.



4. Allen’s Water

Petang-petang bolehlah dating kat sini nanti kot. Sambil-sambil bagi makan ikan koi. Bot kayuh pun ada untuk disewa.

 

5. Taman Flora Bukit Fraser

Di Bukit Fraser ni pun ada strawberry rupanya. Kat sini boleh beli buah-buahan dan sayuran dalam kuantiti yang terhad.



6. Fraser's Edible Garden

Aku rasa Fraser's Edible Garden ni tempat yang sama. Kalau tempat yang berlainan mungkin salah satu jelah yang akan aku pergi nanti.



7. The Paddock Fraser Hill

Kalau nak menunggang kuda boleh singgah sini. Kuda-kuda lumba pencen ditempatkan di sini. Tapi kalau aku singgah sini bukan nak naik kuda. Kat sini ada sukan memanah. Puan Isteri dulu atlet memanah. Bolehlah dia melepaskan rindu memanah kat sini nanti.

 

8. Taman Rekreasi Bukit Fraser

Merupakan taman rekreasi awam. Boleh bawa Rayyan & Razin main gelongsor kat sini nanti.




Rasanya dah cukup banyak ni untuk percutian singkat aku sefamili nanti. Dah berjalan perut mesti lapar minta diisi. Kita tengok pula tempat-tempat makan yang dikatakan sedap pula.

9. Restoran Strawberi Mimi

Terletak di deretan rumah kedai dikawasan kompleks sukan. Di sini semua ada seperti tom yam, sup tulang, goreng-goreng dan lain-lain. Restoren ni terkenal dengan minuman Ice Blended dan Milk Shake Strawberrinya yang lazat. Ada blogger kata x sedap sangat tempat. Takpelah kita tengok nanti.



10. Restoran Puncak, Fraser's Hill Food Garden

Fraser's Hill Food Garden terdiri dari beberapa unit kiosk makanan dan juga kedai cenderamata. Oleh kerana dah ada yang review Restoren Puncak ni, aku masukkan dalam senarai walaupun terdapat beberapa gerai lain di Food Garden ni.



11. Shahzan Inn Coffee House
12. Aida Daniya Tea House


Eh..dah cukup kot list ni. Nak berjalan 2 hari 1 malam je bukan lama. Yang ada ni pun belum tau dapat pergi semua.

Sebelum tutup posting ni, nak masukkan sekali panduan seorang blogger tentang laluan jalan nak ke Bukit Fraser ni. Jika menggunakan aplikasi Waze, biasanya terpaksa exit ke Bukit Beruntung dari Plus Highway, kemudian teruskan pemanduan ke Rasa dan Kuala Kubu Baru melalui jalan persekutuan. Katanya laluan ini agak jauh dan memakan masa lebih lama. Beliau menyarankan supaya meneruskan pemanduan di Plus Highway dan kemudian baru exit di Tg Malim. Menggunakan jalan persekutuan, teruskan pemanduan ke Kuala Kubu Baru dan seterusnya ke Fraser's Hill.

Sekian, bertemu lagi insyaAllah selepas kami balik bercuti dari sana nanti.



0 komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...