Assalamualaikum.
Edisi kali ini aku nak ceritakan tentang makanan unik di Batu Pahat iaitu Mi Racun. Nama pun dan unik bukan? Unik dan menakutkan. Orang akan tertanya-tanya tak mati ke makan mi yang beracun. Hehe.. Jangan risau, ia hanya sekadar nama. Mungkin orang yang menamakan mi ini rasa mi ni sedap sangat hingga meracuni fikirannya untuk makan lagi. Dari situ mungkin ia mendapat nama. Namun asal mi ini mendapat nama tidak dapat aku pastikan.
Nama lain bagi mi ini adalah Mi Tomato. Masa aku kecil dahulu aku jarang sebut nama mi ini dgn nama Mi Racun kerana mungkin ia menakutkan. Kang order mi racun dia bubuh racun betul-betul tak ke naya. Hehe.. Sewaktu aku kecil dahulu mak selalu suruh aku beli mi racun ni kat warung arwah Wak Dol kat kampung aku (atas permintaan aku sebab aku suka mi ni). Lepas arwah Wak Dol tak berniaga lagi aku selalu order mi racun ni kalau makan kat mana-mana warung yang menyediakan menu mi ini. Salah satu warung yang aku ingat adalah di Warung Syam. Tapi kat sini bila aku nak order selalu tak ada. Mungkin tukang masak yang tahu masak mi racun ni selalu cuti atau bertukar kerja di tempat lain.
Mengikut cerita mak aku, warung Mi Racun yang paling sedap dan antara yang mula-mula memperkenalkan mi ini terletak di bandar berhampiran balai bomba lama. Memang mi racun kat sini paling sedap dan asli selain warung arwah Wak Dol tu.
Sekarang ni ramai tak tahu tentang mi racun Jalan Sultanah ni. Mereka lebih kenal tahu dan kenal dengan mi racun gearbox di Taman Sri Jaya. Suatu ketika dulu mi racun Taman Sri Jaya ni memang sedap dan hampir setanding mi racun asal Batu Pahat. Tapi dua tiga kali terakhir aku pergi, rasanya dah tak sama seperti dulu. Tidak sesedap dahulu. Rakan-rakan luar yang aku bawa ke sini pun tidak teracun(tertarik) dengan mi ni termasuklah isteri aku.
Beberapa minggu lepas mak aku teringin nak makan mi racun. Jadi kami beli bungkus sahaja sebab ayah aku tak ikut masa tu. Kami beli di gerai racun di Jalan Sultanah berhampiran balai bomba lama tu. Kali ini isteri aku teracun(tertarik) dengan mi racun ni. Sedap katanya. Hehe..
Oleh itu, hari Selasa yang lepas aku bawa isteri makan di situ. Kami pesan mi racun biasa dan mi racun gearbox. Harganya boleh tahan mahal juga sekarang ni tapi berbaloilah dengan keaslian rasanya yang sedap. Mi racun biasa harganya RM5 sepinggan dan gearbox RM 9.50. Berikut aku kongsikan beberapa gambar yang sempat kami rakamkan.
Sekian sahaja episod Jalan-jalan Buncitkan Perut untuk kali ini. Berjumpa lagi di siaran akan datang yang taktau lagi bila. Hehe...
Terima kasih. Wassalam.