Superhero Tak Cuti Di Hari Pekerja

Asssalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena Hari Pekerja yang baru berlalu beberapa hari lepas, aku nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni.

Cuti hari pekerja merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh aku dan cik tunang untuk menonton cerita The Avengers yang kami nantikan sekian. Nasib baik adiwira-adiwira ni tak bercuti di Hari Pekerja. Kalau tak, tak dapatlah aku nak menonton mereka. Hehe..

Setelah menjemput cik tunang dekat pukul 2 petang kami terus menuju ke Square One Batu Pahat. Sampai di Square One aku terus pergi membeli dan dapatlah tiket untuk tayangan pada pukul 5 petang. Sementara menunggu tayangan bermula kami membeli sebentar di Carrefour dan makan2 di McD. Sebenarnya aku janji dgn cik tunang untuk menjemputnya pada pukul 12 lebih. Maka terpaksalah aku pujuk cik tunang yang merajuk dengan Horlick Crunch di McD. Hehe..


Kemuadian bermulalah tanyangan filem The Avengers ini selama 2 jam lebih. Berikut adalah sinopsis cerita ini.


Sinopsis :

Filem The Avengers menceritakan ikon adiwira Iron Man lakonan Robert Downey Jr, The Incredible Hulk (Mark Ruffalo), Thor (Chris Hemsworth), Captain America (Chris Evans), Hawkeye (Jeremy Renner) dan Black Widow (Scarlett Johansson) serta Nick Fury (Samuel L Jackson) iaitu pengarah agensi keamanan antarabangsa dikenali S.H.I.E.L.D untuk beraksi di bawah payung pasukan Avengers.

Nick terpaksa melakukan demikian bagi menyelamatkan dunia daripada ancaman musuh baru yang lebih berkuasa didalangi Loki (Tom Hiddleston) yang juga adik Thor.

Namun, usahanya bersama Ejen Coulson (Clark Gregg) dibantu Ejen Maria (Cobie Smulders) tidak mudah apabila setiap adiwira itu perlu diyakinkan terlebih dulu.

Selain sarat elemen pergaduhan menentang kejahatan Loki yang cuba menakluk bumi, turut diselitkan unsur kerjasama dan kesepakatan antara adiwira meskipun awalnya mereka tampil dengan ego masing-masing dan saling berlawanan.

Penonton juga berkesempatan melihat bagaimana watak The Hulk terkenal sebagai makhluk hijau yang gagal mengawal kemarahan bertukar menjadi hero dan lebih fokus menentang musuh utama.

Tidak ketinggalan, Captain America yang terperangkap dalam ketulan ais ketika Perang Dunia Kedua perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan di zaman moden tanpa orang tersayang dan rakan seperjuangannya.

Aku cuma mampu komen bahawa pelaburan RM 11 x 2 untuk menonton filem ini pada hari tersebut adalah sangat2 berbaloi. 4.5 bintang aku berikan untuk filem ini.

Sekian sahaja cerita aku untuk kali ini.

Wassalam.



0 komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...