1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona). Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik,
tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan
seseorang itu.
2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).
3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).
4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).
5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).
6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).
7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).
8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).
9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).
10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).
11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.
12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).
13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).
14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.
15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).
17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).
18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).
19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).
20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).
21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).
22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).
23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).
24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).
25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.
26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.
27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).
28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.
29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.
30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.
31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).
32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.
33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.
34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.
35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.
36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.
37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.
38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.
39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).
40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).
41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.
42. Lelaki adalah makhluk yang berlagak pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.
43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.
44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.
45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.
46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).
47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).
48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)
49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.
50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.
51. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
52. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.
53. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua yang sama.
54. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
55. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita
yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
56. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
57. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak walaupun sebenarnya dia seorang tukang masak yang hebat. Ini kerana lelaki membesarkan dengan masakan air tangan wanita iaitu ibunya.
58. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
59. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
60. Lelaki yang kedekut sebenarnya lebih pemurah jika anda tidak pernah meminta.
61. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
62. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu
sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang
terlalu lama.
63. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
64. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka buat pertama kali.
65. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
66. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu
nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu
andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
67. Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
68. Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
69. Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau sukakan kamu.
70. Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
71. Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
72. Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
73.
Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.
74. Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.
75. Bila betul-betul serius dalam perhubungan,seorang lelaki akan
menyayangi wanita lebih daripada apa yang anda jangkakan. Dan juga lebih
dari cara anda menyayangi lelaki tersebut.
76. Sebelum mempercayai seorang lelaki,uji lah dia dulu. Tapi jangan
berpanjangan,confirm dia bosan dan anggap wanita tak percayakan dia.
Lepas tu, say good bye lerr.
77. Kadang-kadang lelaki tiada keputusan yang muktamad.
78. Bagi lelaki, sayang itu tak diluahkan dengan kata-kata tetapi lebih kepada memberi perhatian dan ambil berat terhadap wanita itu.
79. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”. Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”
80. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.
81. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.
82. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.
83. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.
84. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.
85. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.
86. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.
87. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.
88. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut. Tapi bagilah cadangan dan pendapat tentang gaya yang anda ingin dia pakai.
89. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.
90.
Ketika
didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri
sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai
diri sendiri secara fizikal.
91. Seorang
lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak
pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang
dan menjadi dewasa.
92. Tidak mudah
bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus
terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.
93. Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.
94. Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.
95. Lelaki kurang mempamerkan perasaan kerana adanya sifat ego.
96. Lelaki lebih pandai dalam bidang teknikal, sains, matematik dan kejuruteraan.
97. Lelaki sejati sukakan aktiviti lasak, sukan, mendaki bukit, 'jungle treking'.
98. Lelaki mempunyai sifat kepimpinan yang lebih daripada wanita.
99. Lelaki inginkan dihormati, dikasihi dan didampingi oleh pasangannya.
100. Lelaki suka pasangannya memberikan sokongan bukan penyelesaian dalam menghadapi masalah.