My Big E-Day


Alhamdulillah, selesai sudah majlis pertunangan aku dengan si dia. 22hb. Januari 2012 rasmilah aku dan dia menjadi tunangan. ^.^ Tapi mengikut perjanjian yang telah termeterai, pertunangan kami takkan kekal lama kerana 27 Mei 2012 akan habislah tempoh pertunangan kami dan ditukar pula dgn ikatan pernikahan. Hehe....

Terasa cepat sgt kan kami melangkah ke fasa2 seterusnya. Mei 2011 bermulanya perkenalan, 8 Julai 2011 saling berkasih sayang, 30 Oktober 2011 bunga disunting, dan 22 Januari 2012 pula janji dimeterai sebagai tanda sebuah pertunangan. Akhirnya nanti seperti yg telah dijanjikan, pada 27 Mei 2012 kami akan disatukan pula dengan ikatan pernikahan. InsyaAllah...

Hari merisik.


Cincin tunang disarung tangan bonda dicium.

Em..bila difikirkan mmg rase mcm cepat sgt tapi aku rase mcm dah lama sgt aku kenal dia. Kami dah serasi bersama. Semua kerenahnya aku boleh layan dan sabar. Dia berbeza daripada perempuan2 lain yg aku kenal. Mungkin perbezaan itu pada org lain kelihatan spt kekurangannya, tapi pada aku berbezaan itulah yang menjadikan dia begitu sempurna bagi aku. Err...ade ke perbezaan atau kekurangannya?hehe.. Tak perasan pulak aku. Kalau ada pun aku tak kisah sbb aku suka segalanya tentang dia. :) Aku percaya dia boleh menjadi isteri mithali dan ibu yg baik bagi anak2ku nnt. InsyaAllah..Aminn..

Terlalu cepat membuat keputusan? Aku rasa tidak. Aku yakin dia tercipta untukku.



Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu

( Lirik lagu Ungu - Tercipta Untukku)


Ahak..ternyanyi pulak.hehe.. Bercerita tentang cepat, aku tak rasa salah dalam membuat keputusan yg mungkin pada org kelihatan spt terburu2 kerana aku yakin dialah jodohku. Andai telah tersurat dia adalah jodohku, cepat atau lambat dia tetap pasti akan menjadi teman hidupku nnt. Jadi nak buat apa kan lama2 menjalin hubungan tanpa ikatan yang sah jika dia pun sudah bersedia untuk menjadi teman sehidup sematiku kerana ianya hanya akan mengundang lebih banyak dosa.



Empat bulan tempoh pertunangan kami bukanlah satu jangka masa yang panjang. Banyak persiapan yang perlu dibuat supaya segalanya berjalan lancar nanti. Mak andam, tok kadi, khemah, tukang masak, semua nak kene tempah. Kursus kahwin pun tak pergi lagi ni. Kami bercadang nak pegi kursus tu pada 18-19 Februari ni kerana dia dah pun mengambil cuti pada hari tersebut. Dia yang cadangkan tarikh tu. Kesian dia terpaksa membatalkan program cuti2 bersama keluarga ke Genting Highland pada hujung minggu tu. Inilah salah satu sikap dia yang buat aku sgt sayangkan dia. Dia sanggup berkorban demi masa depan kami. Takpelah..lps kahwin nanti aku bawa dia jalan2 pusing satu Malaysia. Tiap2 tahun kami akan pegi honeymoon. Hehe.. InsyaAllah jika ada rezeki dan umur yang panjang. Aminn..

Dah selesai kursus nanti barulah senang aku nak selesaikan pulak lain2 urusan termasuk urusan dgn pejabat kadi tentang pernikahan kami nanti. Walaupun urusun ni adalah tanggungjawab wali pengantin perempuan tapi apa salahnya aku bantu bakal bapa mertuaku kan..heheh...

Sekarang ni aku tgh survey2 mak andam pulak. Mak andam masa tunang aritu harga memang ok sgt2 tapi solekan dia agak kurang memuaskan hati sikit. Aku tgk2 dia punya album, hiasan pelamin, bilik tidur, meja makan berdamai dll memang boleh tahan cantik gak. Barang2 pun semua baru sebab banyak barang lama dia dah jual dgn pak2 andam. Tula aku igt nak guna khidmat dia utk hiasan semua. Cuma solekan jer aku nak cari orang lain. Tapi rasa macam tak best pulak nak guna khidmat lain2 org. Takut akak(makcik) tu terasa hati pulak. Kalau dia tak kisah takpelah. Sape2 tau ade perkhidmatan andaman yang murah bagitaulah aku. Boleh aku pergi tgk2. Kalau ada servis make-up artis jer pun dah kira baik.

Sebelum aku sambung aku nak kongsikan beberapa gambar pada hari majlis pertunangan kami tempoh hari.


Si Panglima melangkah gagah pergi dan pulang diiringi Tuan Puteri kesayangan.





Si puteri bersama dayang-dayangnya.






My best buddy sebagai jurugambar kami.




Hari paling bermakna yang akan terpahat di hati menjadi kenangan terindah buat selamanya.










Hmm..ape lagi aku nak cerita ek. Selepas beberapa hari tertangguh aku nak siapkan post tentang pertunangan ni terus mcm hilang idea pulak nak mengarang. Arini lepaslah 5 hari aku bertunang dan genap lagi 4 bulan aku akan bergelar suami. Harapan aku agar segalanya berjalan lancar dan dijauhkan daripada hasad dengki cemburu orang lain yg tak ingin melihat kami bahagia.



Rasanya cukuplah setakat ini aku bercerita tentang kisah fantasi yang bakal menjadi realiti untuk kali ini. Cerita yang tiada penghujung walaupun tidak lagi tercatat dalam blog ini nanti.



nota kaki :: - tak banyak yg aku terfikir nak coretkan utk nota kaki kali ini. cuma aku nak bagitau, "aku peduli hape korang nak kate..yg penting aku skrg dah sgt2 bahagia bersama si dia.." hahahaha....



0 komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...