Giler Buku


Assalamualaikum..



Salam ke atasmu, insan maujud ciptaan Tuhan. Segala pujian tertinggi buat Tuhan yang mencipta alam, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dan Dialah pemilik pertemuan antara kita berdua.
  Sebenarnya, takdir dan ketentuan sudah lama menjanjijan kita bersua, dan akhirnya kini kita bersemuka biarpun kau tidak pernah merancang bertemu denganku. Kau tidak mengenaliku, dan aku juga tidak mengenalimu, tetapi yakinlah sepenuh hati. Ini adalah ketentuan yang terjanji bagi kita berdua.
  Izinkan daku menjelaskan sesuatu kepadamu, supaya kau tidak terus meronta dalam pertanyaan, juga tidak bertarung dengan tanda tanya.
  Percayalah, kau kini berada di alamku, alam mistik yang terlalu jauh untuk kau kunjungi.Rehatlah semahu hatimu lantaran kau adalah tetamuku yang istimewa, terlalu istimewa.

Di atas adalah sedikit petikan dari permulaan buku Pendeta Gua Khayalan yang aku beli semalam. Baru baca satu muka surat aku sudah teruja. Buku ini adalah bahagian pertama untuk trilogi Kembara Lang Surya. Dulu aku penah cerita pasal buku ni. Salah satu novel fantasi yang aku nak jadikan koleksi.

Semalam aku menunggu isteri aku pulang kerja di Carrefour Batu Pahat. Sementara tu aku beli sedikit barang yang dipesan oleh emak. Bila isteri aku tiba aku ajak dia melihat-lihat di Syarikat Perniagaan Perintis. Maka terjumpalah aku dengan buku-buku terbitan PTS yang banyak. Hehe.. Salah satunya buku yang aku sebutkan di atas ni. Setelah berfikir akhirnya aku pn beli juga buku ini kerana buku ini tiada stok pada pengedar yang aku beli secara online. Terdapat juga buku-buku lain yang berada dalam wishlist aku dijual di sini, tapi aku akan beli secara atas talian sahaja kerana lebih murah dan mendapat diskaun.


Berbalik kepada tajuk di atas, sejak berkahwin ni aku jadi rajin pula membaca dan membeli novel kegemaran aku yang bergenre fantasi dan sains fiksyen. Gambar di atas adalah sebahagian buku yang telah aku beli sejak aku berkahwin lima bulan lepas.

Baru-baru ni aku berjumpa dengan satu laman sesawang yang menjual buku secara atas talian. Aku jadi tertarik untuk menjadi salah seorang pelanggannya kerana ia banyak menjual buku-buku fantasi yang sukar untuk aku temui di tempat aku selain memberi potongan harga sebanyak 10% kepada hampir semua buku edarannya dan penghantaran percuma bagi pembelian RM25 dan ke atas.

Bagi yang berminat dengan laman yang aku ceritakan ni bolehlah terus ke alamat laman sesawang berikut. http://www.bookcafe.com.my/my/

Salah satu buku yang telah aku beli ialah novel Saga Takluk Jagat. Buku ini sedang dalam proses penghantaran dan dijangka akan tiba pada hari ini atau paling lambat esok.

Novel Saga Takluk Jagat ni pun pernah aku ceritakan dahulu dan merupakan salah satu novel fantasi yang ingin aku jadikan koleksi. Sebab itulah aku rasa teruja dan menulis entri ini. Dua novel idaman berada dalam genggaman dalam jarak masa yang terdekat. Hehe..

Setakat ini sahajalah cerita aku pada kali ini. Sekian terima kasih. =)



0 komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...