Putera Kedua

Assalamualaikum..
JUMAAT, 28.8.2015 11.56 pagi - Telah selamat lahirnya putera kedua kami di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat dengan berat 3.27kg. Alhamdulillah, syukur tak terhingga ke hadrat Illahi. Terima kasih kepada keluarga dan kenalan yang telah mendoakan. Semoga anak ini membesar dengan sihat menjadi anak yang soleh.


Anak kedua ni aku masih belum expert lagi dalam menjaga pantang isteri tercinta. Masih tercari-cari apa yang boleh dimakan apa yang tidak. Setakat ini cuma elakkan makanan yg gatal spt udang, kerang, kupang dll. Sayur pula elakkan sayur yang org kata sejuk spt kangkung dan timun. Ubi-ubian dan buah2an berangin pun tak makan. Dan semestinya elakkan makanan yg berlada dan terlalu berasid. Kebetulan hari ini kwn2 isteri share kan pula kat whatsapp group tentang makanan dalam pantang ni. Nak tau lebih detail bolehlah baca kat gambar atas ni.

Sekian sedikit perkongsian ringkas aku utk kali. Terima kasih.




0 komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...