Never Felt Alone Anymore


Assalamualaikum...

Fuh3..dah nak berhabuk. Hehe.. Lama gak aku tak update blog ni. Ntah kenapa cuma keinginan melebihi kerajinan sehinggakan banyak peristiwa di bulan Mac ni aku dah lupa. Yup, tujuan aku berblog salah satunya adalah merekodkan segala peristiwa yang berlaku dalam hidup aku. Maklumlah aku ni kira tergolong dalam kategori manusia mudah lupa.

Sehari dua ni aku bz menukar layout baru ni. Banyak nak kene ubah dan betulkan bila tukar layout blog baru. Bila dah siap teringinla pulak nak hapdet blog. Tapi takde idea nak update ape. Tajuk tu pun main letak jer. Aritu tengah byk idea aku malas nak update. Arini tengah blur tetibe rajin plak nak update.

Ok la..oleh kerana aku pn dah berapa ingat secara detail peristiwa2 dalam bulan Mac ni, aku skip terus ke minggu lepas..12 Mac hari lahir mak aku. 10hb abg aku sekeluarga balik tgh malam. 11hb, lepas maghrib kami makan besar. Steambot dan segala jenis panggangan kami sediakan. Sekaligus menyambut hari lahir mak aku. Ayah suruh aku beli kek. Memang meriah walaupun tak semua ahli keluarga kami ada. 12hb Mac pulak aku bawak family aku makan kerang goreng kat Pantai Sg. Lurus. Makan2 sempena hari lahir mak dan juga tuntutan drp abg n kakak ipar aku. Kali ni disertai sekali oleh cik tunang kesayanganku.




 









Gambar2 di atas tu dirakam pada 11 dan 12 Mac yg lepas. Kalau rasa kecik sgt kliklah gamba tu utk diperbesarkan. Ini jelah keluarga aku yg ada pada hari tersebut. Orang tua yg ambil gambar dgn cik tunang aku tu makcik aku. Sepupu mak. Dah lebih sebulan dia tinggal dengan aku. Saje teman mak aku.17hb Mac lepas aku dah hantar dia balik JB. Rindu kat cucu cicit dia.

K, dah abis cerita birthday  mak aku. Terus ke cerita minggu lepas pulak. 16hb Mac 2012, ambil dan hantar pulang tunang aku dari kerja. Macam biasalah sebelum balik kami g dating dulu. Hehe.. Dia balik lewat sebab kena OT. Destinasi wajib, kami jalan2 dulu kat Carrefour. Sebelah jer tempat kerja dia. Beli belah sikit. Lepas beli patutnya kami belah tapi kami tak terus beredar. Sempat lagi main tangkap patung. Sajer nak cuba try test. Hehe.. Dengan berbekalkan 4 token kami berjaya mendapatkan 2 anak patung. Bertuah pulak aritu. Lepas tu kami pergi Secret Recipe. Niat di hati nak beli kek aiskrim tapi takde plak. Jadi kami beli sepotong kek choc indulgence dan sepotong kek tiramisu. Kami gerak pulak ke taman pura kencana dgn tujuan nak makan roti john n french fries kat Restoren Polka Dot di situ. Sampai sana tgk dia cuma hidang steambot jer utk mkn malam. Cancel, jd kami mkn kat restoren lain kat ctu. Lepas mkn2 dgn suasana romantis..erk..romantis ker?hehe..tak kisahlah..yg penting hepi..aku hantar dia pulang. Eh, panjang pulak.

Ok2..aku ringkaskan jer. Cerita yang tak best n tak penting aku skip jer. Sabtu 17hb Mac aku ke JB dgn mak ayah dan cik tunang aku. Hantar maklong aku pastu malam aku ke umah kwn aku pulak. Sebenarnya nak pergi kenduri kawen dia siang tu tp tak sempat. Malam tu tido umah abang aku. Hari ahad aku ke Zoo Johor pulak. Dah cantik zoo tu. Rugi kalau tak pernah pergi. Tiket RM2 jer utk dewasa dan kanak2 RM1. Sempat menonton persembahan burung dan cik tunang dijemput menjadi pelakon pembantu. Hehe..















Sekian sahaja entri untuk kali ni. Aku dah tak larat sgt sebenarnya ni. Tekak perit tonsil dah bengkak. Jumpe lagi lain kali. Mekasih. Wasalam....



0 komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...