Berbuka Puasa Di Johor Bahru

Assalamualaikum.

Dalam sedar tak sedar tinggal tak sampai seminggu lagi nak raya. Bila dah berdua ni penuh jer masa aku sampai kadang tak terkejar aku rasa. Hehe.. Tapi walau bagaimanapun puasa dan raya kali lebih bermakna disamping isteri tercinta. =)

Bagi yang masih single dan merasa kosong serta banyak masa lapang tu kahwin la cepat2. Hidup anda pasti tidak akan sunyi lagi dan penuh dengan pelbagai aktiviti. :)

Kali ini aku nak cerita tentang aktiviti dua hari di hujung minggu yang baru sahaja berlalu. Seperti biasa tiap2 Ramadhan makcik aku yang aku panggil Busu akan ajak aku sekeluarga berbuka puasa di salah sebuah hotel di Johor Bahru. Atau orang sekarang panggil iftar. Entah kenapa aku tak berapa suka guna istilah baru ni.

Maka pada hari Sabtu lepas aku dan isteri terus bertolak ke Johor Bahru pada waktu petang hampir pukul 4. Aku sampai di Larkin hampir pukul 6 petang. Sementara menunggu waktu berbuka aku bawa puan isteri jalan2 sebentar di Plaza Larkin dan juga Terminal Larkin. Dapatlah aku beli sepasang capal untuk dipakai raya nanti. Walaupun bukan capal yang asli tapi ianya selesa. Yang paling penting tak semahal yang asli. Rugi kan barang mahal buat pijak2 jer. Hahaha..


Hampir pukul 7 aku menuju ke Hotel Sri Malaysia untuk berbuka puasa. Busu dan suaminya Chik Nuar serta mak ayah aku dah siap2 mengambil makanan bila aku tiba di sana. Oh ye, mak dan ayah aku sudah berada di JB sejak hari Rabu lagi. Hari Rabu abang aku ada meeting di Yong Peng jadi dia ajak sekali mak ayah aku ke rumahnya. Abang Edi dan Kak Az kakak ipar aku tiba bersama anak2nya bila aku sudah hampir siap mengambil juadah untuk berbuka.


 


Lepas berbuka puasa tu mak ikut aku dan menantunya ke Mydin BBU. Ayah pula ikut Busu balik. Kami Window shopping je. Ada perasan baju melayu dewasa RM19.90 je tapi tak terfikir pulak nak beli masa tu. Bila dah balik baru teringat aku seorang je yang tak ada baju melayu warna ungu untuk bergambar dengan baju sedondon raya nanti. Takpelah, baju warna marroon aku leh pakai. Dekat2 warna ungu gak tu. Hehe..

Dari Mydin kami terus pulang ke rumah busu. Anak2 buah aku dah menunggu untuk bermain bunga api. Malam tu aku tidur di rumah busu di bilik lama aku. Busu dah siap2 masak sebelum tidur.

Selesailah cerita hari pertama hujung mingguku yang lepas. Cerita hari kedua aku sambung dalam entri selepas ini. Saja tak nak terlalu panjang sangat entri kali ini dan nak banyakkan posting. Hehe..

Sekian, wassalam. ^_^

Pedih Di Bulan Puasa

Assalamualaikum semua..

Sekejap sahaja masa berlalu dan tanpa kita sedari hari ini dah masuk hari ke sebelas kita berpuasa. Aku pun dah lama tak kemaskini blog aku ni kan. Semalam pun main sumbat jer gambar-gambar majlis perkahwinan aku dua bulan lepas bagi menyambung cerita yang tertangguh sebelum ni.

Rasa masih sempat aku ucapkan selamat menyambut ramadhan dan menjalani ibadah puasa. Aku juga nak minta maaf zahir dan batin kepada semua yang kenal aku andai ada aku buat salah yg disengajakan atau pun tidak. Manalah tau kan umur tak panjang aku dah minta maaf kat korang semua sebelum raya lagi. Hehe...

Macam mana dengan puasa korang semua. Dah ada yang ponteng? Ish3...bawa-bawaklah bertaubat kalau ada yang ponteng tu. Anak buah aku umur 6 tahun pun dah puasa penuh macam pak uda dia gak masa kecil2 dulu. Hehe..

Okaylah, berbalik semula seperti tajuk di atas aku nak kongsikan apa yang ramai di antara kita alami semasa bulan puasa ni terutamanya aku. Bukan pedih perut sebab gastrik tp pedih di dada atau lebih dikenali dengan pedih ulu hati. Sebenarnya aku pun tak tahu betul ke rasa pedih yang selalu aku alami bulan puasa kali ini adalah penyakit pedih ulu hati. Dah biasa pedih di hati tu yang tak kisah setakat pedih kat ulu hati. Hehe.. Jadi hari ini aku nak kongsikan artikel tentang pedih ulu hati dari blog Doktor Wannabe yang aku google di awal puasa hari itu.

Pengenalan
Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut yang mengganggu bahagian bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai Lower Esophageal Sphincter (LES) tidak tertutup. Oleh itu, asid ini memasuki bahagian esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia sekali gus menyebabkan kesan kimia terjadi. Kenyataan yang selalu diuarkan ialah seperti sakit dada yang membakar. Gejala ini selalunya terjadi selepas memakan makanan berat. 
                                 
Pedih ulu hati adalah gejala biasa dan tidak berbahaya. Sekiranya masalah ini jarang terjadi, seseorang itu tidak perlu khuatir. Namun ada sesetengah orang yang kerap mengalaminya malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati boleh ditafsirkan sebagai gejala Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD). 

Tanda atau Gejala
Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis keadaan termasuk:
  • Rasa terbakar di dada atau di bawah tulang dada.
  • Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan.
  • Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak.
  • Sendawa.
  • Batuk yang teruk.
  • Suara menjadi serak.
  • Pernafasan  yang berbunyi seperti serangan asma.

Komplikasi
Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux, Barret's esophagus, peptic ulser atau kanser. Jumpalah doktor bagi mengesahkan diagnosa tersebut. Komplikasi yang mungkin berlaku termasuklah Oesophagitis, Strictures atau Barret's oesophagus. 

Rawatan 
Kebanyakan orang boleh mengawal ketidakselesaan pedih ulu hati dengan mengamalkan cara hidup yang sihat atau mengambil ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor. Tetapi, sekiranya ia semakin teruk, ubatan ini mungkin hanya mampu membantu untuk sementara waktu. Sekiranya anda mengalami GERD, anda mungkin memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala.

Sekiranya mengalami pedih ulu hati yang teruk anda boleh meredakannya dengan menukar tabiat pemakanan anda. Berhenti merokok juga sangat membantu dalam menangani gejala ini. Antacids atau bismuth subsalicylate boleh mengurangkan kesakitan pedih ulu hati dengan meneutralkan asid perut bagi serangan sekali sekala dan boleh didapati di kedai-kedai ubat atau farmasi berhampiran anda. Metaclopramide juga boleh diambil bagi mengosongkan perut dengan kadar segera. 

Pembedahan 
Pembedahan mungkin diperlukan untuk membetulkan lower oesophageal sphincter dan menghentikan tidak balas refluk asid. Pembedahan boleh dilakukan dengan menggunakan laparoskop dan hanya memerlukan rawatan  selama beberapa hari di hospital.

Gastroscopy perlu dilakukan hanya sekali sebelum pesakit menjalani pembedahan untuk melihat sejauh mana komplikasi seperti Barret's oesophagus (keadaan kanser yang berpotensi, kanser berkemungkinan terjadi akibat terlalu lama terdedah kepada asid perut) atau kanser esofagus. Sekiranya Berret's oesophagus ditemui, proses gastroscopy tahunan perlu dilakukan bagi melihat perkembangan kanser maglinan. 

Pencegahan
  • Mengawal sukatan pemakanan.
  • Menukar amalan pemakanan boleh mengurangkan gejala pedih ulu hati.
  • Mengenalpasti serta mengelakkan makanan yang mampu memberikan kesan kepada anda. 
  • Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat serta makanan yang telah diawet.
  • Cuba kurangkan memakan makanan yang telah digoreng atau berlemak. Kembung perut biasanya terjadi akibat memakan makanan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan serta menambahkan rasa sakit perut.

Pengubahsuaian Cara Hidup
  • Amalkan memakan jumlah makanan yang sedikit. Makan dengan jumlah yang sedikit secara lebih kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.
  • Makan perlahan-lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya anda mempunyai masalah, letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan.
  • Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang  serta dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut.
  • Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan sekali gus menyebabkan ketidakcernaan.

Kisah Fantasi Menjadi Realiti Siri 2

Salam Ramadhan...

Lama betul aku tak hapdet blog aku ni kan. Dah dua bulan berlalu sejak aku kahwin dan entri yang lepas sehinggakan dah lupa apa aku nk kongsikan pada korang.

Ok, takpelah. Aku sambung cerita laju-laju. Eh, aku tak sambung cerita tapi aku kongsikan gambar-gambar majlis menyambut menantu di rumah aku jelah senang. Hehe..



Tu jelah aku leh ceritakan. Simple tapi meriah. Pelamin pun buat sendiri jer. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Kisah Fantasi Menjadi Realiti Siri 1


Assalamualaikum..


Rasa seperti mimpi jer hampir dua minggu aku telah menjadi suami yang sah kepasa isteri tercinta Nurfarrahin Binti Ador. Pada hari Ahad, 27 Mei 2012 bersamaan 6 Rejab 1433H yang lepas, rasmilah kami sebagai suami isteri.





Majlis pernikahan sepatutnya berlangsung pada pukul 11 pagi. Tapi rombongan aku tiba agak lewat sedikit. 11.20 pagi baru aku duduk depan pak imam jurunikah kami yang telah sedia menunggu tepat pada masanya. Memang berdebar seperti nak luruh jantung apabila duduk bersila menghadap pak imam yang menikahkan kami. Mana taknya aku tak buat persediaan langsung berlatih menjawab akad. Semuanya kerana permintaan aku menukar mas kahwin dengan seutas rantai tangan. Tentu lafaznya berbeza dengan biasa. Tapi aku cuba menenangkan diri bagi mengelakkan gugup semasa menjawab akad. Di situ dan pada masa itu juga pak imam menerangkan apa yang aku perlu jawab semasa akad. Rupanya nilai pun kena sebut sekali. Panjang juga. Kalau gugup memang kantoilah. Aku cuba berlatih sekali dan tiada masalah. Maka pak imam pun memulakanlah upacara akad nikah dengan membaca khutbah nikah.



"Aku terima nikah Nurfarrahin Binti Ador dengan mas kahwinnya seutas gelang tangan bernilai **** ringgit." Alhamdulillah dengan sekali lafaz sah la aku menjadi suami kepada isteri tercinta. Selesai akad permintaan daripada aku dan keluarga untuk aku solat sunat selepas nikah dan melakukan sujud syukur.




 







Kemudian pak imam bertanya sama ada boleh membaca jawi atau tidak. Aku cuma jawab insyaAllah boleh. Rupanya pak imam nak suruh aku baca lafaz taklik dalam tulisan jawi. Alhamdulillah aku boleh membaca lafaz taklik dengan lancar dan jelas. Pak imam pun puji. Hehe.. Selepas tu bermula upacara penyerahan mas kahwin dan tanggungjawab. Aku, isteri dan ibu bapa mertuaku dikehendaki membaca teks telah disediakan oleh pak imam. Suasana sebak mula menyelubungi. Mak mertuaku dan isteriku mula bercucuran air mata. Selesai semua aku dan keluarga pulang ke rumah sanggah yang disediakan.

Hampir pukul 2 petang kak andam tiba untuk menyiapkan aku bagi majlis persandingan pula. Aku sangat berpuas hati dengan servis kak andam moden ni. Solekan dia cukup sempurna  bagi aku sehinggakan aku terpana melihat kecantikan isteriku. Pelamin juga cantik dengan ruang yang terhad walaupun kerusi yang disediakan tidak seperti yang dijanjikan. Majlis berlangsung dengan lancar dan meriah walaupun sederhana tanpa beradat-adat sangat. Pengapit bidan terjun yang jadi pengapit aku pula adalah sepupuku sendiri iaitu Han yang baru diberitahu malam sebelum majlis tu. Nasib baik dia ada. Thanx Han.

Petang itu aku dan isteri pergi ke Pantai Sungai Lurus pula untuk sesi fotografi. Jurugambar kami pula adalah sahabat ku sendiri iaitu 'Kutz Amlan' dan 'Kopi O Panas'. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka kerana telah menawarkan khidmat percuma tersebut. Hadiah ini sangat aku hargai. Walaupun sederhana dengan kamera usang yang aku selalu gunakan sendiri tapi hasilnya kami sangat berpuas hati.

Sekian dulu Kisah Fantasi Menjadi Realiti Siri 1 buat kali ini. Siri 2 akan menyusul selepas ini menceritakan peristiwa majlis menyambut menantu pula.

Terima kasih kerana sudi membaca. Wassalam.

 


Nota Kaki :: gambar-gambar akan aku upload kemudian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...