Kisah Fantasi Menjadi Realiti Siri 1


Assalamualaikum..


Rasa seperti mimpi jer hampir dua minggu aku telah menjadi suami yang sah kepasa isteri tercinta Nurfarrahin Binti Ador. Pada hari Ahad, 27 Mei 2012 bersamaan 6 Rejab 1433H yang lepas, rasmilah kami sebagai suami isteri.





Majlis pernikahan sepatutnya berlangsung pada pukul 11 pagi. Tapi rombongan aku tiba agak lewat sedikit. 11.20 pagi baru aku duduk depan pak imam jurunikah kami yang telah sedia menunggu tepat pada masanya. Memang berdebar seperti nak luruh jantung apabila duduk bersila menghadap pak imam yang menikahkan kami. Mana taknya aku tak buat persediaan langsung berlatih menjawab akad. Semuanya kerana permintaan aku menukar mas kahwin dengan seutas rantai tangan. Tentu lafaznya berbeza dengan biasa. Tapi aku cuba menenangkan diri bagi mengelakkan gugup semasa menjawab akad. Di situ dan pada masa itu juga pak imam menerangkan apa yang aku perlu jawab semasa akad. Rupanya nilai pun kena sebut sekali. Panjang juga. Kalau gugup memang kantoilah. Aku cuba berlatih sekali dan tiada masalah. Maka pak imam pun memulakanlah upacara akad nikah dengan membaca khutbah nikah.



"Aku terima nikah Nurfarrahin Binti Ador dengan mas kahwinnya seutas gelang tangan bernilai **** ringgit." Alhamdulillah dengan sekali lafaz sah la aku menjadi suami kepada isteri tercinta. Selesai akad permintaan daripada aku dan keluarga untuk aku solat sunat selepas nikah dan melakukan sujud syukur.




 







Kemudian pak imam bertanya sama ada boleh membaca jawi atau tidak. Aku cuma jawab insyaAllah boleh. Rupanya pak imam nak suruh aku baca lafaz taklik dalam tulisan jawi. Alhamdulillah aku boleh membaca lafaz taklik dengan lancar dan jelas. Pak imam pun puji. Hehe.. Selepas tu bermula upacara penyerahan mas kahwin dan tanggungjawab. Aku, isteri dan ibu bapa mertuaku dikehendaki membaca teks telah disediakan oleh pak imam. Suasana sebak mula menyelubungi. Mak mertuaku dan isteriku mula bercucuran air mata. Selesai semua aku dan keluarga pulang ke rumah sanggah yang disediakan.

Hampir pukul 2 petang kak andam tiba untuk menyiapkan aku bagi majlis persandingan pula. Aku sangat berpuas hati dengan servis kak andam moden ni. Solekan dia cukup sempurna  bagi aku sehinggakan aku terpana melihat kecantikan isteriku. Pelamin juga cantik dengan ruang yang terhad walaupun kerusi yang disediakan tidak seperti yang dijanjikan. Majlis berlangsung dengan lancar dan meriah walaupun sederhana tanpa beradat-adat sangat. Pengapit bidan terjun yang jadi pengapit aku pula adalah sepupuku sendiri iaitu Han yang baru diberitahu malam sebelum majlis tu. Nasib baik dia ada. Thanx Han.

Petang itu aku dan isteri pergi ke Pantai Sungai Lurus pula untuk sesi fotografi. Jurugambar kami pula adalah sahabat ku sendiri iaitu 'Kutz Amlan' dan 'Kopi O Panas'. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka kerana telah menawarkan khidmat percuma tersebut. Hadiah ini sangat aku hargai. Walaupun sederhana dengan kamera usang yang aku selalu gunakan sendiri tapi hasilnya kami sangat berpuas hati.

Sekian dulu Kisah Fantasi Menjadi Realiti Siri 1 buat kali ini. Siri 2 akan menyusul selepas ini menceritakan peristiwa majlis menyambut menantu pula.

Terima kasih kerana sudi membaca. Wassalam.

 


Nota Kaki :: gambar-gambar akan aku upload kemudian.

Baru kahwin...



Rahmat baru sahaja berkahwin dengan Era..

Pada malam pertama selepas majlis pernikahan, mereka berehat di dalam bilik kerana keletihan membantu mengemas dapur, membersihkan periuk, kuali dan segala macam benda lagi..

Sambil berehat di dalam bilik, mereka makan burger yang dipesan dari sebuah restoran makanan segera..

Emak Rahmat yang sememangnye suke menjaga tepi kain orang termasuk anak2nye sendiri memasang telinga dari pintu bilik untuk mendengar perbualan antara anak dan menantu barunye…

Era : bang, dah dipicit2 ni…tp xkeluar2 pon…

Rahmat : lambat sket la tuh nk kuar...lubangnye kecik sgt..sbrlah syg..

Era : ala…lambatnye..xsbr lah bang..saye potong jek lah hujungnye..bg bsar sket lubang ni…boley ke bang..

secara tiba2…mak Rahmat meluru masuk ke bilik anaknye dan terus berteriak..

Mak : jangan!!!!!!! jangan gunting anu anak aku!!!!!!!!!!!!

Rahmat & Era : @#$%%^&;**.. nape ni mak.. nk potong sos cili paket ni xboley ke??

Akhirnya Ketemu Jua

Assalamualaikum.

Tengahari semalam aku ke Ambank untuk bayar pinjaman kereta aku. Kebetulan aku lalu di hadapan sebuah kedai buku yang agak terkenal suatu ketika dahulu semasa aku kecil. Radin Book Store yang terletak di Jalan Rahmat Batu Pahat. Kedai ni dah lama wujud sejak aku kecil cuma ia sudah berpindah lokasi ke seberang jalan kedai lama ia.

Aku terpanggil untuk singgah sebentar ke kedai ini. Saja lihat-lihat lalu terpandanglah deretan Novel Siri Saga Artakusiad. Pada mulanya aku bercadang nak beli satu dua siri dulu kerana teringat dalam dompet aku hanya ada sekeping duit RM50, sekeping RM5 dan beberapa keping RM1. Tapi bila melihat tak banyak siri-siri tersebut yang tinggal, takut pula kehabisan nanti bila aku nak beli lagi. Kembar Artakus dan Petua Azkram tinggal senaskah setiap satu. Takkan nak beli siri 3 dan 4 dulu. Tak syoklah baca bila melompat ni kan.


Aku ambil 4 naskhah dulu dan suruh akak kedai tu kira. Alhamdulillah semuanya berharga RM52.80. Cukup duit aku nak membayarnya. Kalau tidak terpaksalah aku menapak ke bank yang berdekatan dulu. Dua siri lagi lain kali jelah aku beli. Yang ada ni pun tak tau lagi bila nak baca. Hehe..

Sekian sahaja cerita aku dalam pencarian novel-novel fantasi ini. Terima kasih kerana sudi membaca. ^_^



Nota kaki :: Ya..Aku memang pelupa. Aku senang melupakan sesuatu. Aku dah lupa kisah silam aku. Aku selalu lupa apa yang pernah terjadi. Aku lupa apa yang pernah aku lakukan. Aku juga sering lupa peristiwa-peristiwa penting. Ramai kawan-kawan lama masa sekolah dulu aku dah lupa. Malah kadang-kadang aku lupa siapa diri aku dulu. Kerana aku seorang yang pelupa aku sangat memerlukan blog aku ini sebagai journal hidup aku untuk aku catatkan segala peristiwa-peristiwa penting dan manis yang berlaku dalam hidup aku. Segala yang pedih dah pahit akan aku lupakan. Maafkan aku kerana terlupa. (Hakikatnya tak sebegitu mudah aku melupakan sesuatu)

Cinta Itu Kahwin

Assalamualaikum..


Aku tertarik untuk berkongsi sebuah artikel tentang perkahwinan yang aku baca di laman web Ayat-Ayat Cinta. Bagi mereka yang terlintas untuk mendirikan rumahtangga eloklah renungkan dulu perkara-perkara berikut.

- Serius

Perkahwinan itu perkara yang serius dan bukan main-main, perkahwinan melibatkan bukan antara dua orang, tetapi dua keluarga yang berbeza latar belakang dan sejarah. Jadi ia perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab oleh kedua-dua pihak, iaitu suami dan isteri. Kerana bila tiada tanggungjawab, persefahaman, lahir masalah-masalah yang boleh meruntuhkan satu isi rumah tangga.


- Ekonomi

“Duit bukan lah segalanya, tapi sekarang segalanya guna duit” . Perkahwinan sekarang memang banyak cabaran, bukan sebab apa, sebab kita sendiri. Dengan bajet belanja untuk perkahwinan lebih kurang RM20,000 boleh buat seseorang lelaki pening dan runsing. Kahwin memang sekali, tapi bukan lepas “majlis kahwin” dah tak pakai duit. Lepas kahwin lagi banyak tanggung jawab, untuk seorang lelaki sediakan, seperti memberi nafkah, sediakan rumah dan pakaian untuk isteri dan keluarga. Ingin saya tegaskan Yang penting ialah selepas “majlis perkahwinan” itu bukan hanya pada majlis tersebut. Kalau ada masalah kewangan cuba bincangkan apa yang boleh dibuat untuk merealisasikan matlamat masing-masing. Jangan berhenti dan mengalah, tapi teruslah berusaha mencari cara untuk menambahkan pendapatan ekonomi, jangan malu jangan segan. Sentiasa cari peluang untuk menambahkan jumlah pendapatan masing-masing. “Allah takkan ubah kehidupan kita, selagi kita pun tak ubah diri kita.”


- Komunikasi

Komunikasi bukanlah bermula selepas kahwin, tetapi sekarang dan sekarang. Kenapa perlu komunikasi, sebab hidup ini banyak masalah. Tanpa komunikasi yang baik antara pasangan boleh menyebabkan banyak salah faham. Bertanyakan pada pasangan “Apa yang kita kena buat kalau kita nak kahwin?”.. Cari cara untuk mengetahui bagaimana lagi senang pasangan anda meluahkan pandangan, kerana tak semua orang pandai mengekspresikan melalui percakapan, ada yang suka menulis email, ada yang suka menulis surat. Yang penting ialah kedua-duanya mendapat input dari satu sama lain.


- Matlamat Kahwin

Tanyalah diri, “Kenapa aku berkahwin?” Adakah sebab nafsu, Adakah sebab bercinta, Adakah sebab keluarga ? ..Sebaiknya Niatlah kerana ibadah, tanggungjawab dan kerana allah taala.. Renung-renungkan.. ^_^


- Doa Selepas Usaha

Inilah yang paling mudah, selepas usaha.. Sebab dengan doa itu buatkan kita lebih tenang dan kuat..

Fitnah - Wikipedia

Assalamualaikum..


Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Kata "fitnah" diserap dari bahasa Arab, dan pengertian aslinya adalah "cubaan" atau "ujian".

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, fitnah diertikan sebagai

“ Tuduhan (khabar, kisah dan lain-lain) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang. ”

Dalam agama Islam mahupun agama dan kepercayaan yang lain, fitnah dianggap perbuatan yang berdosa yang boleh membawa kepada kemungkaran dan kerosakan yang nyata apabila dibiarkan tanpa dilindungi dan dikawal dari terus terjadi.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermkasud:

“ “Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh…” ”

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

“ “Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim” (Al Baqarah: 193) ”

Kata fitnah dalam ayat ini menurut para Ulama tafsir adalah bermaksud ‘kekafiran’ atau ‘kemusyrikan’. Iaitu bahawa mereka itu menyebarkan kekafiran.




Nota Kaki :: Difitnah atau sendiri terasa? Kadangkala kita bercakap tentang perkara umum tanpa berniat untuk ditujukan kepada individu-individu tertentu lebih-lebih lagi insan yang sudah tiada kaitan dengan hidup kita lagi tapi sering sahaja ada yang terasa. Gagal tetap gagal. Aku juga pernah mengalami kegagalan. Tapi ramai yang tidak dapat menerima dan mengaku kegagalannya kerana ego yang tinggi. Tak kisahlah. Yang penting aku sekarang lebih bahagia daripada dulu. :)

Menemani Dia Berbuka

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak cerita tentang jalan-jalan cari makan lagi. Semalam aku menemani dia berbuka puasa. Aku jemput dia balik kerja pukul 6 petang kemudian bawa dia membeli barang-barang untuk hiasan hantaran. Selesai beli barang yang dia inginkan kami terus pergi cari tempat sesuai untuk berbuka puasa bersama. Dia teringin nak makan sup. Lalu aku bawa dia ke gerai sup yang agak terkenal di Batu Pahat sejak dulu lagi. Sup Sitam yang terletak di BP Walk, Jalan Rahmat.




Aku memesan sup ayam dan dia memesan sup daging. Bagi minat sup gearbox, ekor, perut, urat, dan lain-lain semua ada di sini. Supnya memang pekat berempah dah lazat. Daging penuh semangkuk. Kena pula dicecah dgn roti memang terbaiklah. Selain sup aku makan mi siam dan dia nasi lemak bungkus yang ada di situ. Air pula milo ais dan limau asam boi.

Selesai berbuka kami pergi pula ke BP Mall untuk 'window shopping' dan membeli sedikit barangan keperluan harian. Tak lama di situ aku hantar dia pulang pukul 10 malam dan aku tiba di rumah pada pukul 10.30 malam.

Sekian sahaja cerita ringkas aku untuk kali ini tanpa mood berbunga-bunga. ;)

Wassalam.

Sehari Bagai Setahun

Assalamualaikum.


Melur melati bunga serasi,
            Mekar kenanga sepanjang jalan;
Malam sepi menjadi saksi,
            Pungguk setia merindu bulan.

Eceh..berpantunlah pula. Padahal cuma salin dan tampal jer pantun tu. Hehe.. Seperti tajuk dan pantun di atas, jelas menunjukkan aku sedang merindu. ;-p

Dua hari tidak bertemu seolah-olah sangat lama aku rasakan. Sebelum semalam, kali terakhir kami bertemu adalah pada hari Sabtu yang lepas ketika menghantar dia pulang dari kerja. Aku jemput dia di Tutti Frutti Batu Pahat ketika dia sedang menemani rakan sekerjanya menikmati aiskrim di sana.


Memang sedap tapi bagi aku harganya agak mahal. Harga semangkuk kecil seperti di atas mencecah sehingga RM 14. Sekali sekala bolehlah kalau hendak mencuba. Cuma bagi aku lebih berbaloi beli aiskrim mangkuk makan di rumah sambil menonton filem. Lagi syok. Hehe..

Tak lama aku dan dia berjalan-jalan di luar. Awal aku hantar dia balik. Sebelum aku pulang ke rumah kami keluar bersantai sebentar di Pantai Sungai Lurus sambil melihat keindahan matahari terbenam.


Hari Ahad dan Isnin kami tidak bertemu. Hari Ahad aku sibuk dengan kerja-kerja di rumah bagi majlis kami nanti. Lepas makan tengahari tu aku terlelap sekejap. Tertunggu-tunggu juga kalau si dia nak keluar petang tu. Tapi bila dia senyap aku sambunglah buat kerja tanpa membawa HP aku. Sedar-sedar dah dekat pukul 6 petang. Melihat beberapa 'miss call' dan 'sms', aku dah boleh agak dia akan merajuk. Hampir 2 hari jugalah aku dan dia merajuk. Hehe..

Isnin pagi nak pergi kerja kereta aku tak boleh 'start' pula. Lampu semua menyala tapi bila cuba hidup tak bunyi apa-apa. Keadaannya seperti menghidupkan kereta pada kedudukan gear tidak berada di kedudukan  'N' atau 'P'. Aku syak bateri kereta habis memandang sudah hampir 3 tahun aku menggunakan kereta aku itu. Dua hari aku pergi kerja menaiki van usang ayah aku yang biasa digunakan untuk ke kebun dan membawa barang. Ayah tanya tak segan ke bawa van buruk pergi kerja. Aku tak rasa segan pula malah merasa 'cool' bila memandu van usang dengan pakaian kerja yang 'smart'. Hehe..

Semalam tengahari aku ganti bateri baru tapi masih tak boleh hidup juga kereta aku. Melayang dekat RM200. Tapi tak apalah. Bateri tu pun dah nak sampai jangka hayatnya. Aku tinggalkan dulu kereta aku dan pergi kerja bawa kereta mak aku dulu. Di pejabat aku 'google' untuk mencari punca masalah kereta aku. Aku dapati kemungkinan masalah berpunca daripada sistem kunci imobilizer dimana transpondernya rosak. Kalau betul rosak, lagi RM300 melayang. Huhu..

Petang tu ayah panggil mekanik untuk tengokkan kereta aku. Dia cek dan memang betul kunci aku rosak. Cip untuk transponder hilang. Kunci aku memang pernah pecah. Kunci pendua pula telah lama hilang akibat salah letak. Kalau tak jumpa jawapnya kereta aku kena tarik ke pusat servis Proton. Pening-pening. Petang tu aku menenangkan diri mencari kunci pendua di pejabat. Tak jumpa. Aku sambung cari di rumah pula. Alhamdulillah akhirnya kunci pendua aku dijumpai dah kereta aku boleh hidup seperti biasa. Gembiranya tak terkata.

Terus aku bergegas untuk mengambil si dia yang telah menunggu di Carrefour untuk menghantarnya pulang. Kami 'window shopping' sebentar di Carrefour kemudian ke 'drive through McD' membeli 'Horlick Crunch' untuk mengubati hati yang rajuk. Hehe..

Seterusnya kami sambung dengan aktiviti jalan-jalan cari makan. Aku pusing ke bandar dan sementara mendapat idea untuk makan di mana kami singgah sebentar di kedai One Stop di Jalan Rahmat. Setelah keluar aku terlihat gerai di BP Walk yang menarik minat aku untuk singgah makan di situ. Gerai Hot Plate Mee yang diminati oleh mak aku suatu ketika dulu. Sebelum aku kembali ke kampung mak aku jarang masak kerana tinggal berdua. Jadi selalulah juga beliau makan di sana.



Aku order Kuew Tiaw Goreng Kerang dan dia Hot Plate Mee. Air hanya teh 'o' ais dan sirap bandung. Nampak menarik bukan? Bukan sahaja nampak menarik tapi rasanya juga boleh tahan sedap sehingga aku lupa untuk mengambil gambar sebelum makan. Bagi yang meminati hidangan tersebut bolehlah singgah di sini kerana harganya juga agak murah. Hanya RM4 untuk Hot Plate Mee dan RM3.50 untuk sepinggan kuew tiaw goreng kerang.

Setelah kenyang aku terus menghantar dia pulang dan aku juga terus pulang tiba ke rumah pada pukul 10 malam.

Sekian sahaja cerita rindu kami untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. ^_^

Nota kaki :: 'Dia' merujuk kepada cik tunang terchenta. Boleh juga dibaca sebagai 'dear'. Hehe..
Untuk makluman pembaca sekalian juga, aku adalah pemilik kereta Proton Saga BLM M-Line Auto yang sering dikatakan orang bahawa Proton mengeluarkan kereta-kereta yang berkualiti rendah. Aku tiada komen tentang itu. Setakat ini aku berpuas hati dengan prestasi kereta yang aku pakai tanpa sebarang masalah besar. Pengalaman aku menggunakan kereta ini akan aku ceritakan jika ada permintaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...