Dah lama tak berkongsi cerita. Keluarga kecil aku pun dah semakin besar. Satu nyawa dah berputik. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dia atas kurniaan nikmatNya. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar.
Akhir-akhir ni aku mula terjebak semula dalam dunia pembacaan. Cuma kali ini bukan lagi novel. Hanya pembacaan karya-karya yang dikongsikan di halaman maya termasuklah di media sosial. Karya-karya fixi dan juga kisah benar yang bergenre seram, misteri atau fantasi.
Segalanya bermula dengan perkongsian ilmiah dan juga cerita di halaman muka buku oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan atau lebih dikenali sebagai Chaku oleh sahabat-sahabatnya. Kemudian aku mengikuti pula penulisan Dr. Yazeed Hair Johari, kawan karib Dr. Chaku. Penulisan Dr. Yazeed banyak berkongsi pengalaman hidupnya termasuklah yang seram dan mistik. Antara yang popular adalah kisah Hassan yang berkisar tentang pengalamannya semasa mula berkhidmat di Hospital Mersing. Dr. Yazeed juga berkongsi cerita yang ditulis oleh peminat dan pengikutnya yang beliau gelar sebagai 'saka2' dalam ruangan 'Kisser'. Singkatan kepada kisah seram.
Dari mereka berdua aku kenal pula dengan Arkib Angker Negara. Blog Arkib Angker Negara banyak menghimpun karya-karya hebat yang sudah semestinya berkisar tentang cerita Angker. Antara penulis aku sedang ikuti sekarang adalah FateStayNite.
Aku rasa cukuplah dulu pengenalan tentang kisah misteri dan seram yang aku ikuti sekarang. 'Posting' seterusnya aku nak ceritakan tentang karya-karya FSN atau dikenali juga sebaga Mr. Huzaifah. Aku nak kumpulkan dan susun semula karya-karya beliau yang bertaburan di laman sesawang ni. Misteri betul beliau ni. Hehe...
Sekian, wassalam.
Hampir sebulan berlalu (24-25 Nov 2017) percutian kami ke Bukit Fraser baru hari ini aku berkesempatan berkongsi perjalanan kami ke sana..
Cerita bermula sehari sebelum kami bertolak. Petang tu aku siap servis Saga BLM ku. Servis tukar minyak dan oil filter sendiri jer. Pertama kali aku lakukan sendiri sebenarnya tak susah mana pun rupanya. Minyak hitam aku gunakan fully synthetic jenama Car Doctor yang aku beli online di Lazada dengan harga RM65 sahaja berdasarkan review yang baik oleh pengguna-pengguna lain.
Siap servis ganti minyak hitam dan flush radiator, aku test drive pergi mendobi malam tu. Memang terbukti kecemerlangan minyak ni apabila kereta aku bergerak lebih lancar. Bunyi enjin lebih lembut dan gegaran berkurangan. Malam tu juga aku servis kemaskan balik wiring radio kereta aku sebab ada short sikit sebelum ni. Dah puas hati aku pun packing barang masukkan dalam kereta dengan niat nak bertolak dalam pukul 2-3 pagi nanti.
Nak dijadikan cerita, dah siap cantik semua..tilam angin pun dih siap pasang kat seat belakang untuk anak-anak tidur, aku pun hidupkanlah enjin kereta. Dua tiga kali percubaan enjin tak juga hidup. Percubaan2 seterusnya juga enjin tidak berjaya dihidupkan. Ah sudah, aku dah mula pening macam mana nak pergi bercuti ni. Tengok keadaan enjin kelitan semuanya ok. Lampu juga terang tanpa tanda bateri lemah. Akhirnya terpaksalah aku pinjam kereta honda city lama mak aku. Okaylah juga bawa kereta ni sebab minyak jauh lebih jimat. Dah seminggu balik bercuti baru aku betulkan kereta aku. Rupanya bateri lemah je, tak cukup power nak hidupkan kereta. Mungkin disebabkan ada litar pintas sebelum aku betulkan wiring kereta aku tu.
Okay, sambung balik cerita percutian aku tu. Hampir pukul 4 pagi juga aku bertolak pagi tu. Laluan aku ikut jer panduan waze. Aku hanya berhenti rehat untuk solat subuh di hentian R&R Seremban dan Sungai Buloh. Perjalanan kami melalui Pekan Kuala Kubu Baru seterusnya Empangan Kuala Kubu Baru. Pemandangan indah dilihat sepanjang memalui empangan ini. Tapi selepas empangan ini bermulalah perjalan yang sedikit mencabar dan berliku. Nasib baik anak-anak semua nyenyak tidur di tilam angin. Laluan lebih mencabar apabila melalui The Gap. Jalan sempit muat untuk satu kenderaan dan lebih berliku ini merupakan jalan sehala untuk ke Bukit Fraser.
......
Ok, hari ini 22 Oktober 2018 baru aku sambung semula cerita. Aku ambil semula gambar yang aku upload di facebook jer untuk ingat semula perjalanan percutian aku dulu tu.
Sampai di Fraser Hill aku terus menuju ke Rumah Peranginan Persekutuan yang telah aku tempah terlebih dahulu. Agak jauh juga tempat penginapan ni dari bandar Fraser Hill. Oleh kerana aku tiba awal aku belum boleh check in lagi. Lalu aku kembali ke pekan Fraser Hill untuk bersiar-siar dan mencari makan terlebih dahulu.
Setelah itu kami kembali ke pusat bandar Bukit Fraser. Terlihat Tourist Information Centre yang terletak di Hotel Puncak Inn lalu aku singgah sebentar. Kami diberi penerangan tentang tempat2 menarik di Bukit Fraser. Kemudian dipelawa untuk melawat Bird Interpretive Centre yang terletak betul2 dihadapan pusat informasi ini. Staf yang melayan kami memang ramah dan tiada bayaran dikenakan.
Dah lama tak rasa cuti yang betul-betul bercuti. Jadi aku pun cubalah cari kekosongan di Rumah Peranginan Persekutuan. Pilihan pertama tentulah di Cameron Highland. Tapi sampai hujung tahun ni tiada kekosongan.Cuba pula Bukit Fraser. Alhamdulillah, dapat bilik kecil pada 24 Nov ni. Jadilah aku bawa family kecil aku sahaja.
Seingat aku, aku tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Bukit Fraser ni. Kalau pernah pun masa tu aku belum boleh ingat lagi agaknya.Setahu aku Bukit Fraser ni tiada apa yang menarik sangat untuk dilawati. Kalau nak merasa seperti berada di negara sejuk eropah bolehlah bercuti di sini kerana katanya suhu di sini sekitar 17 darjah celsius. Dah alang-alang nak ke sini aku 'google'lah apa yang menarik ada di sini. Setelah di 'short-list'kan berikut adalah tempat-tempat yang mungkin aku lawati nanti. Terima kasih kepada blogger-blogger lain yang banyak membantu.
1. Menara Jam Bukit Fraser
Merupakan mercu tanda Bukit Fraser. Kalau dah namanya mercu tanda mesti tak sah kalau tak bergambar di sini nanti. Menara jam ini juga merupakan pusat pekan Bukit Fraser ni. Dikelilingi oleh bangunan-bangunan bercirikan kolonial era British. Ramai juga aku lihat di internet orang bergambar di depan Pejabat Pos yang terletak bersebelahan menara jam ini kerana ciri-ciri unik rekabentuk bangunannya. Mungkin sebab itu juga Bukit Fraser digelar 'Little England'.
2. Air Terjun Jeriau
Memandangkan percutian akan datang ni hanya percutian singkat 1 malam, air terjun ni aku akan singgah jika berkesempatan. Al-maklumlah bawa askar kecil dua orang. Lagipun dengarnya jauh gak nak berjalan masuk dalam ke kawasan air terjun tu.
3. Bird Interpretive Centre
Macam menarik je Pusat Burung ni. Terletak ditengah-tengah pekan Fraser Hill bertentangan dengan Hotel Puncak Inn. Arrayyan dan Razin Naim mesti suka kalau pergi sini.
4. Allen’s Water
Petang-petang bolehlah dating kat sini nanti kot. Sambil-sambil bagi makan ikan koi. Bot kayuh pun ada untuk disewa.
5. Taman Flora Bukit Fraser
Di Bukit Fraser ni pun ada strawberry rupanya. Kat sini boleh beli buah-buahan dan sayuran dalam kuantiti yang terhad.
6. Fraser's Edible Garden
Aku rasa Fraser's Edible Garden ni tempat yang sama. Kalau tempat yang berlainan mungkin salah satu jelah yang akan aku pergi nanti.
7. The Paddock Fraser Hill
Kalau nak menunggang kuda boleh singgah sini. Kuda-kuda lumba pencen ditempatkan di sini. Tapi kalau aku singgah sini bukan nak naik kuda. Kat sini ada sukan memanah. Puan Isteri dulu atlet memanah. Bolehlah dia melepaskan rindu memanah kat sini nanti.
8. Taman Rekreasi Bukit Fraser
Merupakan taman rekreasi awam. Boleh bawa Rayyan & Razin main gelongsor kat sini nanti.
Rasanya dah cukup banyak ni untuk percutian singkat aku sefamili nanti. Dah berjalan perut mesti lapar minta diisi. Kita tengok pula tempat-tempat makan yang dikatakan sedap pula.
9. Restoran Strawberi Mimi
Terletak di deretan rumah kedai dikawasan kompleks sukan. Di sini semua ada seperti tom yam, sup tulang, goreng-goreng dan lain-lain. Restoren ni terkenal dengan minuman Ice Blended dan Milk Shake Strawberrinya yang lazat. Ada blogger kata x sedap sangat tempat. Takpelah kita tengok nanti.
10. Restoran Puncak, Fraser's Hill Food Garden
Fraser's Hill Food Garden terdiri dari beberapa unit kiosk makanan dan juga kedai cenderamata. Oleh kerana dah ada yang review Restoren Puncak ni, aku masukkan dalam senarai walaupun terdapat beberapa gerai lain di Food Garden ni.
11. Shahzan Inn Coffee House
12. Aida Daniya Tea House
Eh..dah cukup kot list ni. Nak berjalan 2 hari 1 malam je bukan lama. Yang ada ni pun belum tau dapat pergi semua.
Sebelum tutup posting ni, nak masukkan sekali panduan seorang blogger tentang laluan jalan nak ke Bukit Fraser ni. Jika menggunakan aplikasi Waze, biasanya terpaksa exit ke Bukit Beruntung dari Plus Highway, kemudian teruskan pemanduan ke Rasa dan Kuala Kubu Baru melalui jalan persekutuan. Katanya laluan ini agak jauh dan memakan masa lebih lama. Beliau menyarankan supaya meneruskan pemanduan di Plus Highway dan kemudian baru exit di Tg Malim. Menggunakan jalan persekutuan, teruskan pemanduan ke Kuala Kubu Baru dan seterusnya ke Fraser's Hill.
Sekian, bertemu lagi insyaAllah selepas kami balik bercuti dari sana nanti.
Assalamualaikum..
Lama betul blog ni terbenam dalam lumpur. Tetiba timbul nak share pula pasal pantang2 org bersalin ni. Ada yg mengagak aku nak tambah cahaya mata ke? Tak, belum lagi. Saja² persediaan untuk anak ketiga kami lagi beberapa tahun insyaAllah. Sebab sebelum ni tak berapa nak rekod sangat cara berpantang tu. Apa apa pun berkongsian ini tak semestinya betul terutamanya tentang sebab musabab perlu berpantang tu. Yang mana baik ambillah panduan. Ini pun aku copy dari perkongsian orang lain di facebook.
Pantang Larang Semasa Dalam Pantang
.
Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:
.
1. Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.
.
2. Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.
.
3. Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.
.
4. Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.
.
5. Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula. Jangan Terlalu Aktif Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.
.
6. Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.
.
7. Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.
.
8.Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.
.
9. Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.
.
10. Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.
.
11. Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.
.
12.Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu. Namun ada juga ibu-ibu yang berpantang selama 44 hari. Apa pun, berbincanglah dengan suami anda agar tidak berlaku salah faham di kemudian hari. Isteri haruslah menjaga kesihatan dalaman selepas bersalin agar badan tidak mudah bisa-bisa atau sengal-sengal .
.
13. Cara Mandi
Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang. Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Daun sirih berguna untuk menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun. Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.
.
14. Cara Berbaring / Tidur
Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.
.
.
.
.
Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang
.
=>Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 minggu adalah digalakkan untuk menjaga kesihatan ibu-ibu semasa dalam pantang.
.
=>Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.
.
=>Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.
.
=>Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut.
.
=>Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari , pagi dan petang selama sebulan.
.
=>Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.
.
=>Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.
.
.
=>Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin.
.
=>Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.
.
=>Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.
.
=>Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.
.
=>Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.
.
.
Semasa berpantang, kita harus berpada-pada dengan aktiviti seharian. Jangan pula buat-buat tunjuk kuat. Kita tak tahu luka dalaman yang masih belum pulih. Kalau luka luaran, bolehlah cepat sembuh sebab terdedah dengan udara dan cepat kering. Kalau luka di dalam?
.
.
.
Mintalah bantuan suami ataupun orang yang menjaga kita semasa dalam pantang. Ambil lah supplemen untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman..
.
.
.
.
Silakan SHARE
TAG kawan awak yg tak lama lagi nak bersalin.. 😊
Kredit : Hamil Dalam 3 Bulan