Assalamualaikum...
Semakin hampir dengan hari yang bersejarah dalam hidupku semakin malas pula aku nak kemaskini blog aku ni. Mungkin inilah penangan cinta indah dari si dia yang membuatkan aku semakin mabuk dan sibuk dengan cinta. Hehe..
Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh aku tidak kemaskini blog ini. Rasanya tercatat untuk coretkan semuanya di sini. Cukuplah aku nyatakan bahawa segala-galanya indah dah berbunga-bunga. ^_^
Tentang persiapan, Alhamdulillah setakat ini segalanya berjalan lancar. Pada 20 April 2012 yang lepas selesai aku dan cik tunang terchenta ditemuduga dan menghantar borang permohonan nikah di Pejabat Agama Batu Pahat.
Mungkin ada pasangan yang juga ingin mendirikan rumahtangga tertanya-tanya apakah bentuk temuduga permohonan pernikahan itu. Tak susah mana pun..mereka cuma suruh mengucap, baca fatihah dan doa qunut. Itu soalan wajib. Ada juga orang lain yang ditambah dengan beberapa soalan tentang ibadah dan fardhu ain. Semuanya perkara yang asas. Jadi tak perlulah anda risau dengan soalan-soalan tersebut.
Kembali kepada cerita asal. Selesai urusan di pejabat agama kami pekena satey di Jeng Kuan. Satey terkenal di Batu Pahat sejak dulu lagi. Sementara menunggu makanan sampai sempat kami snap beberapa keping gambar. Bila makanan terhidang jer terus lupa nak snap satey yang terbaik tu. Hehe..
Setelah selesai urusan kami di pejabat agama, tugas bakal bapa mertuaku pula untuk berjumpa dengan pak imam untuk menempah hari pernikahan kami nanti. Cik tunang dan ayahnya telah berjumpa imam dan keputusannya kami bernikah pada pukul 11 pagi 27 Mei ni nanti. Rancangan asal kami nak nikah awal sikit dalam pukul 9 atau 10 pagi tapi akibat jadual pak imam yang penuh terpaksa ditunda hingga pukul 11 pagi. Pada aku ianya tidak menjadi masalah. Yang penting urusan pernikahan itu selesai dan berjalan lancar. Lepas nikah boleh terus bersiap untuk majlis persandingan pula. Baguslah tidak banyak buang masa bukan. :)
Banyak lagi aku nak cerita tapi rasanya cukuplah setakat ini dulu. Lain kali aku sambung lagi.
Sekian sahaja, terima kasih.
Wassalam.
0 komen:
Catat Ulasan