Assalamualaikum.
Tengahari semalam aku ke Ambank untuk bayar pinjaman kereta aku. Kebetulan aku lalu di hadapan sebuah kedai buku yang agak terkenal suatu ketika dahulu semasa aku kecil. Radin Book Store yang terletak di Jalan Rahmat Batu Pahat. Kedai ni dah lama wujud sejak aku kecil cuma ia sudah berpindah lokasi ke seberang jalan kedai lama ia.
Aku terpanggil untuk singgah sebentar ke kedai ini. Saja lihat-lihat lalu terpandanglah deretan Novel Siri Saga Artakusiad. Pada mulanya aku bercadang nak beli satu dua siri dulu kerana teringat dalam dompet aku hanya ada sekeping duit RM50, sekeping RM5 dan beberapa keping RM1. Tapi bila melihat tak banyak siri-siri tersebut yang tinggal, takut pula kehabisan nanti bila aku nak beli lagi. Kembar Artakus dan Petua Azkram tinggal senaskah setiap satu. Takkan nak beli siri 3 dan 4 dulu. Tak syoklah baca bila melompat ni kan.
Aku ambil 4 naskhah dulu dan suruh akak kedai tu kira. Alhamdulillah semuanya berharga RM52.80. Cukup duit aku nak membayarnya. Kalau tidak terpaksalah aku menapak ke bank yang berdekatan dulu. Dua siri lagi lain kali jelah aku beli. Yang ada ni pun tak tau lagi bila nak baca. Hehe..
Sekian sahaja cerita aku dalam pencarian novel-novel fantasi ini. Terima kasih kerana sudi membaca. ^_^

0 komen:
Catat Ulasan