Battleship Bukan Titanic

Assalamualaikum.

11 April 2012 iaitu semalam, aku berdating dengan tunang terchenta. Macam biasa janji pukul 10 lebih dekat pukul 11 pagi baru aku sampai untuk ambil dia di rumah. Hehe.. Agenda utama dating pada hari itu adalah untuk menonton wayang kerana sudah agak lama juga kami tidak menonton bersama.

Kami rancang untuk menonton pada waktu petang. Jadi, oleh kerana awal lagi kami ronda2 dulu mencuci mata. Sempat kami singgah dulu di pekan Senggarang dan aku beli topi yang aku pakai dalam gambar di atas. Kemudian kami terus ke kedai Champion di Jalan Penggaram untuk mencari kasut hantaran aku. Hanya dua kedai kami masuk akhirnya aku memilih sepasang kasut di kedai sebelah Champion di Jalan Rahmat. Seperti biasa aku pilih yang cantik dan berkualiti. Dan paling penting murah walaupun tunang aku yang belikan.

Selesai membeli kasut tersebut kami terus ke Square One kerana kami bercadang untuk menonton wayang di MBO Cinema di situ. Sampai di situ kami terus pergi membeli tiket. Pada mulanya aku nak tengok cerita Wrath Of The Titans walaupun cerita itu telah lama ditayangkan kerana tiada idea untuk menonton cerita apa. Tunang terchenta pula nak tengak Titanic 3D. Walaupun aku tak berapa minat cerita tanpa aksi aku nak ikutkan jer kehendak cik tunang tersayangku demi menggembirakannya. Tapi apabila sampai di MBO Cinema tersebut aku lihat cerita Battlefield telah ditayangkan. Di atas persetujuan tunangku kami membeli tiket cerita tersebut. Thanks sayang. Hehe.. Sebenarnya aku memang nak sangat tengok cerita dari penerbit Transformer tu cuma aku tak menjangka cerita tu telah ditayangkan.

Memandang ada masa sejam lebih lagi sebelum wayang bermula, cik tunang terchenta belanja makan di Restoran Nasi Ayam Penyet. Aku order set pecel lele dan dia makan nasi ayam penyet. Setakat ok jela makan kat situ. Lepas siap makan kami bersedia untuk menonton pula. Maka bermulalah cerita Battleship yang penuh aksi.


Diinspirasikan dari permainan pertempuran klasik tentera laut Hasbro, filem aksi pengembaraan berskala epik ini akan dibintangi oleh Taylor Kitsch (Lt. Alex Hopper), Brooklyn Decker (Sam Shane), Alexander Skarsgard, Rihanna, and Liam Neeson.

Filem ini diarahkan oleh Peter Berg bersama beberapa orang pengarah lain termasuklah Scott Stubber (Couples Retreat), Sarah Aubrey (The Kingdom) dan filem ini telah ditulis skripnya oleh Jon Hoeber & Erich Hoeber.

Mengisahkan tentang makhluk asing yang ditemui terapung di laut, satu angkatan tentera bakal menghadapi serangan yang mereka tidak jangkakan dan pertempuran untuk manusia meneruskan kehidupan dimuka bumi ini bermula dari tengah laut.

Aku tak tau nak cakap macam mana tapi aku cuma nak cakap cerita ni memang sangat best. Terbaikkk.. Tak rugi jika anda menonton cerita ni lebih-lebih lagi bagi mereka yang suka cerita aksi dan sains fiksyen. Rugi jika tak tengok sebab effect dia memang best macam Transformer. Kesian tunang aku kerana aku pun teremotional masa menonton cerita ni. Hehe..

Lepas habis tengok wayang kami pergi Carrefour. Kami beli coklat, sushi, air Twister, sosej, roti chicken flos dan seluar slack aku. Kemudian kami bertolak balik untuk berpiknik di punggor pula.


Sedang kami bersantai-santai menikmati keindahan pantai tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu kekecohan. Rupa-rupanya beberapa orang anggota polis dan rela menyampaikan amaran tsunami dan mengarahkan pengunjung naik dari pantai dan beredar dari situ. Suasana menjadi panik begitu juga dengan aku. Yelah, siapa tak takut mati kan. Heheh.. Aku terus beredar dan balik ke rumah bakal mertuaku.

Sekian, wassalam.. ^_^



0 komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...