Fraser Hill

Assalamualaikum..

Dah lama tak rasa cuti yang betul-betul bercuti. Jadi aku pun cubalah cari kekosongan di Rumah Peranginan Persekutuan. Pilihan pertama tentulah di Cameron Highland. Tapi sampai hujung tahun ni tiada kekosongan.Cuba pula Bukit Fraser. Alhamdulillah, dapat bilik kecil pada 24 Nov ni. Jadilah aku bawa family kecil aku sahaja.

Seingat aku, aku tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Bukit Fraser ni. Kalau pernah pun masa tu aku belum boleh ingat lagi agaknya.Setahu aku Bukit Fraser ni tiada apa yang menarik sangat untuk dilawati. Kalau nak merasa seperti berada di negara sejuk eropah bolehlah bercuti di sini kerana katanya suhu di sini sekitar 17 darjah celsius. Dah alang-alang nak ke sini aku 'google'lah apa yang menarik ada di sini. Setelah di 'short-list'kan berikut adalah tempat-tempat yang mungkin aku lawati nanti. Terima kasih kepada blogger-blogger lain yang banyak membantu.

1. Menara Jam Bukit Fraser

Merupakan mercu tanda Bukit Fraser. Kalau dah namanya mercu tanda mesti tak sah kalau tak bergambar di sini nanti. Menara jam ini juga merupakan pusat pekan Bukit Fraser ni. Dikelilingi oleh bangunan-bangunan bercirikan kolonial era British. Ramai juga aku lihat di internet orang bergambar di depan Pejabat Pos yang terletak bersebelahan menara jam ini kerana ciri-ciri unik rekabentuk bangunannya. Mungkin sebab itu juga Bukit Fraser digelar 'Little England'.



2. Air Terjun Jeriau

Memandangkan percutian akan datang ni hanya percutian singkat 1 malam, air terjun ni aku akan singgah jika berkesempatan. Al-maklumlah bawa askar kecil dua orang.  Lagipun dengarnya jauh gak nak berjalan masuk dalam ke kawasan air terjun tu.

 

3. Bird Interpretive Centre

Macam menarik je Pusat Burung ni. Terletak ditengah-tengah pekan Fraser Hill bertentangan dengan Hotel Puncak Inn. Arrayyan dan Razin Naim mesti suka kalau pergi sini.



4. Allen’s Water

Petang-petang bolehlah dating kat sini nanti kot. Sambil-sambil bagi makan ikan koi. Bot kayuh pun ada untuk disewa.

 

5. Taman Flora Bukit Fraser

Di Bukit Fraser ni pun ada strawberry rupanya. Kat sini boleh beli buah-buahan dan sayuran dalam kuantiti yang terhad.



6. Fraser's Edible Garden

Aku rasa Fraser's Edible Garden ni tempat yang sama. Kalau tempat yang berlainan mungkin salah satu jelah yang akan aku pergi nanti.



7. The Paddock Fraser Hill

Kalau nak menunggang kuda boleh singgah sini. Kuda-kuda lumba pencen ditempatkan di sini. Tapi kalau aku singgah sini bukan nak naik kuda. Kat sini ada sukan memanah. Puan Isteri dulu atlet memanah. Bolehlah dia melepaskan rindu memanah kat sini nanti.

 

8. Taman Rekreasi Bukit Fraser

Merupakan taman rekreasi awam. Boleh bawa Rayyan & Razin main gelongsor kat sini nanti.




Rasanya dah cukup banyak ni untuk percutian singkat aku sefamili nanti. Dah berjalan perut mesti lapar minta diisi. Kita tengok pula tempat-tempat makan yang dikatakan sedap pula.

9. Restoran Strawberi Mimi

Terletak di deretan rumah kedai dikawasan kompleks sukan. Di sini semua ada seperti tom yam, sup tulang, goreng-goreng dan lain-lain. Restoren ni terkenal dengan minuman Ice Blended dan Milk Shake Strawberrinya yang lazat. Ada blogger kata x sedap sangat tempat. Takpelah kita tengok nanti.



10. Restoran Puncak, Fraser's Hill Food Garden

Fraser's Hill Food Garden terdiri dari beberapa unit kiosk makanan dan juga kedai cenderamata. Oleh kerana dah ada yang review Restoren Puncak ni, aku masukkan dalam senarai walaupun terdapat beberapa gerai lain di Food Garden ni.



11. Shahzan Inn Coffee House
12. Aida Daniya Tea House


Eh..dah cukup kot list ni. Nak berjalan 2 hari 1 malam je bukan lama. Yang ada ni pun belum tau dapat pergi semua.

Sebelum tutup posting ni, nak masukkan sekali panduan seorang blogger tentang laluan jalan nak ke Bukit Fraser ni. Jika menggunakan aplikasi Waze, biasanya terpaksa exit ke Bukit Beruntung dari Plus Highway, kemudian teruskan pemanduan ke Rasa dan Kuala Kubu Baru melalui jalan persekutuan. Katanya laluan ini agak jauh dan memakan masa lebih lama. Beliau menyarankan supaya meneruskan pemanduan di Plus Highway dan kemudian baru exit di Tg Malim. Menggunakan jalan persekutuan, teruskan pemanduan ke Kuala Kubu Baru dan seterusnya ke Fraser's Hill.

Sekian, bertemu lagi insyaAllah selepas kami balik bercuti dari sana nanti.

Pantang Larang Lepas Bersalin

Assalamualaikum..
Lama betul blog ni terbenam dalam lumpur. Tetiba timbul nak share pula pasal pantang2 org bersalin ni. Ada yg mengagak aku nak tambah cahaya mata ke? Tak, belum lagi. Saja² persediaan untuk anak ketiga kami lagi beberapa tahun insyaAllah. Sebab sebelum ni tak berapa nak rekod sangat cara berpantang tu. Apa apa pun berkongsian ini tak semestinya betul terutamanya tentang sebab musabab perlu berpantang tu. Yang mana baik ambillah panduan. Ini pun aku copy dari perkongsian orang lain di facebook.

Pantang Larang Semasa Dalam Pantang
.
Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:
.
1. Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.
.
2. Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.
.
3. Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.
.
4. Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.
.
5. Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula. Jangan Terlalu Aktif Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.
.
6. Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.
.
7. Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.
.
8.Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.
.
9. Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.
.

10. Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.
.
11. Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.
.
12.Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu. Namun ada juga ibu-ibu yang berpantang selama 44 hari. Apa pun, berbincanglah dengan suami anda agar tidak berlaku salah faham di kemudian hari. Isteri haruslah menjaga kesihatan dalaman selepas bersalin agar badan tidak mudah bisa-bisa atau sengal-sengal .
.
13. Cara Mandi
Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang. Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Daun sirih berguna untuk menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun. Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.
.
14. Cara Berbaring / Tidur
Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.
.
.
.
.
Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang
.
=>Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 minggu adalah digalakkan untuk menjaga kesihatan ibu-ibu semasa dalam pantang.
.
=>Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.
.
=>Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.
.
=>Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut.
.
=>Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari , pagi dan petang selama sebulan.
.
=>Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.
.
=>Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.
.
.
=>Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin.
.
=>Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.
.
=>Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.
.
=>Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.
.
=>Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.
.
.
Semasa berpantang, kita harus berpada-pada dengan aktiviti seharian. Jangan pula buat-buat tunjuk kuat. Kita tak tahu luka dalaman yang masih belum pulih. Kalau luka luaran, bolehlah cepat sembuh sebab terdedah dengan udara dan cepat kering. Kalau luka di dalam?
.
.
.
Mintalah bantuan suami ataupun orang yang menjaga kita semasa dalam pantang. Ambil lah supplemen untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman..
.
.
.
.
Silakan SHARE
TAG kawan awak yg tak lama lagi nak bersalin.. 😊

Kredit : Hamil Dalam 3 Bulan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...