Sehari Bagai Setahun

Assalamualaikum.


Melur melati bunga serasi,
            Mekar kenanga sepanjang jalan;
Malam sepi menjadi saksi,
            Pungguk setia merindu bulan.

Eceh..berpantunlah pula. Padahal cuma salin dan tampal jer pantun tu. Hehe.. Seperti tajuk dan pantun di atas, jelas menunjukkan aku sedang merindu. ;-p

Dua hari tidak bertemu seolah-olah sangat lama aku rasakan. Sebelum semalam, kali terakhir kami bertemu adalah pada hari Sabtu yang lepas ketika menghantar dia pulang dari kerja. Aku jemput dia di Tutti Frutti Batu Pahat ketika dia sedang menemani rakan sekerjanya menikmati aiskrim di sana.


Memang sedap tapi bagi aku harganya agak mahal. Harga semangkuk kecil seperti di atas mencecah sehingga RM 14. Sekali sekala bolehlah kalau hendak mencuba. Cuma bagi aku lebih berbaloi beli aiskrim mangkuk makan di rumah sambil menonton filem. Lagi syok. Hehe..

Tak lama aku dan dia berjalan-jalan di luar. Awal aku hantar dia balik. Sebelum aku pulang ke rumah kami keluar bersantai sebentar di Pantai Sungai Lurus sambil melihat keindahan matahari terbenam.


Hari Ahad dan Isnin kami tidak bertemu. Hari Ahad aku sibuk dengan kerja-kerja di rumah bagi majlis kami nanti. Lepas makan tengahari tu aku terlelap sekejap. Tertunggu-tunggu juga kalau si dia nak keluar petang tu. Tapi bila dia senyap aku sambunglah buat kerja tanpa membawa HP aku. Sedar-sedar dah dekat pukul 6 petang. Melihat beberapa 'miss call' dan 'sms', aku dah boleh agak dia akan merajuk. Hampir 2 hari jugalah aku dan dia merajuk. Hehe..

Isnin pagi nak pergi kerja kereta aku tak boleh 'start' pula. Lampu semua menyala tapi bila cuba hidup tak bunyi apa-apa. Keadaannya seperti menghidupkan kereta pada kedudukan gear tidak berada di kedudukan  'N' atau 'P'. Aku syak bateri kereta habis memandang sudah hampir 3 tahun aku menggunakan kereta aku itu. Dua hari aku pergi kerja menaiki van usang ayah aku yang biasa digunakan untuk ke kebun dan membawa barang. Ayah tanya tak segan ke bawa van buruk pergi kerja. Aku tak rasa segan pula malah merasa 'cool' bila memandu van usang dengan pakaian kerja yang 'smart'. Hehe..

Semalam tengahari aku ganti bateri baru tapi masih tak boleh hidup juga kereta aku. Melayang dekat RM200. Tapi tak apalah. Bateri tu pun dah nak sampai jangka hayatnya. Aku tinggalkan dulu kereta aku dan pergi kerja bawa kereta mak aku dulu. Di pejabat aku 'google' untuk mencari punca masalah kereta aku. Aku dapati kemungkinan masalah berpunca daripada sistem kunci imobilizer dimana transpondernya rosak. Kalau betul rosak, lagi RM300 melayang. Huhu..

Petang tu ayah panggil mekanik untuk tengokkan kereta aku. Dia cek dan memang betul kunci aku rosak. Cip untuk transponder hilang. Kunci aku memang pernah pecah. Kunci pendua pula telah lama hilang akibat salah letak. Kalau tak jumpa jawapnya kereta aku kena tarik ke pusat servis Proton. Pening-pening. Petang tu aku menenangkan diri mencari kunci pendua di pejabat. Tak jumpa. Aku sambung cari di rumah pula. Alhamdulillah akhirnya kunci pendua aku dijumpai dah kereta aku boleh hidup seperti biasa. Gembiranya tak terkata.

Terus aku bergegas untuk mengambil si dia yang telah menunggu di Carrefour untuk menghantarnya pulang. Kami 'window shopping' sebentar di Carrefour kemudian ke 'drive through McD' membeli 'Horlick Crunch' untuk mengubati hati yang rajuk. Hehe..

Seterusnya kami sambung dengan aktiviti jalan-jalan cari makan. Aku pusing ke bandar dan sementara mendapat idea untuk makan di mana kami singgah sebentar di kedai One Stop di Jalan Rahmat. Setelah keluar aku terlihat gerai di BP Walk yang menarik minat aku untuk singgah makan di situ. Gerai Hot Plate Mee yang diminati oleh mak aku suatu ketika dulu. Sebelum aku kembali ke kampung mak aku jarang masak kerana tinggal berdua. Jadi selalulah juga beliau makan di sana.



Aku order Kuew Tiaw Goreng Kerang dan dia Hot Plate Mee. Air hanya teh 'o' ais dan sirap bandung. Nampak menarik bukan? Bukan sahaja nampak menarik tapi rasanya juga boleh tahan sedap sehingga aku lupa untuk mengambil gambar sebelum makan. Bagi yang meminati hidangan tersebut bolehlah singgah di sini kerana harganya juga agak murah. Hanya RM4 untuk Hot Plate Mee dan RM3.50 untuk sepinggan kuew tiaw goreng kerang.

Setelah kenyang aku terus menghantar dia pulang dan aku juga terus pulang tiba ke rumah pada pukul 10 malam.

Sekian sahaja cerita rindu kami untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. ^_^

Nota kaki :: 'Dia' merujuk kepada cik tunang terchenta. Boleh juga dibaca sebagai 'dear'. Hehe..
Untuk makluman pembaca sekalian juga, aku adalah pemilik kereta Proton Saga BLM M-Line Auto yang sering dikatakan orang bahawa Proton mengeluarkan kereta-kereta yang berkualiti rendah. Aku tiada komen tentang itu. Setakat ini aku berpuas hati dengan prestasi kereta yang aku pakai tanpa sebarang masalah besar. Pengalaman aku menggunakan kereta ini akan aku ceritakan jika ada permintaan.



0 komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...