Pelangi Cinta


Di kala hujan renyai sedang melabuhkan titisan-titisannya di langit maka akan kelihatanlah jambatan pelangi nan indah dengan 7 warnanya yang memukau merentasi alam maya tanpa permulaan dan penghujungnya. Cinta yang suci dan indah hanya akan terhasil bila dua insan yang saling memahami, saling menyayangi dan saling memerlukan bersatu dan berkerjasama membentuk cinta. Persis pelangi nan indah yang terhasil daripada gabungan titisan gerimis dan cahaya matahari. Tanpa keduanya tidak akan muncullah jambatan pelangi dengan 7 warna indahnya di langit.


Nota Kaki :: Petikan di atas merupakan nukilan yg paling aku suka di nota facebook aku. Ia menceritakan kisah percintaan aku dengan isteri aku.

Bila Hilang Malu Tak Peduli Lagi Apa Org Nak Kata



HILANG MALU ERTINYA BENTENG DIRI HILANG

Malu sudah hilang, ertinya benteng diri sudah tumbang,
Apabila malu sudah hilang, tidak ada benteng
dan kawalan pada diri insan,
Oleh itu segala-galanya terdedah pada diri seseorang,
Tidak ada halangan yang akan berlaku pada diri sesiapa sahaja,
Perasaan malu tidak ada, rasa aib hilang,
membuat dosa tidak terasa apa-apa;
Boleh sahaja buka aurat, boleh sahaja mengorat,
Bercakap pun tidak bersukat, bercakap mengarut,
mencarut boleh aja,
Boleh tipu, tipu, boleh bohong, bohong jadi budaya,
Minum arak, lepak-lepak, rasuah, zina biasa sahaja,
Pada mereka apa orang kata tidak ambil kira,
Peduli orang, apa rasa kita hendak buat, kita buat,
Kita mahu bebas, jangan fikir orang,
Apa yang baik pada kita, kita buat sahaja,
Yang penting kita puas, yang kita mahu bebas,
Persetan dengan agama, peduli apa dengan disiplin,
Apa perlunya etika apa perlunya peraturan,
Peraturan ini semuanya menyusahkan kita,
Kita mahu bebas, jangan bataskan kita,
Kita mahu puas, jangan sekat kita,
Mereka ini lupa dengan pengalaman hidup mereka,
Bolehkah mereka bebas dari penyakit?
Dapatkah mereka lepas daripada bala bencana?
Mampukah mereka lari daripada orang kata dan hina,
Berjayakah mereka mengelak daripada sesuatu
yang menyusahkan hati dan jiwa?
Ini menunjukkan ada yang Maha berkuasa ke atas diri kita,
Oleh itu kenalah ikut peraturan,
berpijaklah di bumi yang nyata;
Lebih menyelamatkan kita daripada
hendak lari dari alam nyata.

nukilan sahibuzaman...



Nota kaki :: Assalamualaikum semua. Dah agak lama aku tak jengah blog aku ni. Nampak sangat aku ni bukan blogger sejati. Hehe.. Memang aku bukan seorang penulis. Aku tak pandai mengarang sesuatu yang menarik. Apa yang aku coretkan dan kongsikan di sini adalah apa yg terlintas difikiran aku sahaja. Oklah.. Aku baru jer terselak note2 yg pernah aku coretkan di Facebook dan aku rasa boleh aku kongsikan di blog aku ni. Aku mulakan dengan posting hari ini. Selamat membaca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...