Pembukaan 2013


Assalamualaikum..

Selamat menjalani kehidupan di tahun 2013 aku ucapkan kepada semua pengunjung blog aku yang tak seberapa ini. Dah hampir sebulan 2013 tiba meninggalkan 2012 yang penuh kenangan suka duka. Tapi lebih banyak kisah gembira kerana tahun 2012 telah mengubah hidup aku menjadi suami orang. Aku dikurniakan Allah seorang isteri yang cukup baik dan memahami. Kisah duka pula ayah mertua aku meninggal dunia akibat kemalangan setelah dua bulan kami bernikah.

Itu serba sedikit tentang 2012. Tahun 2013 ini pula aku bakal mendapat status baru pula apabila isteri aku yang tercinta telah hamil tiga bulan kini. InsyaAllah pada bulan Julai nanti yang juga bulan Ramadhan aku bakal bergelar seorang ayah. Harapan aku pula di tahun semoga segalanya lebih baik, selamat dan dikurniakan rezeki yang luas.

Baiklah, kita tinggalkan kisah suka duka tersebut buat sementara waktu. Untuk cerita aku kali ini, suka untuk aku kongsikan kisah-kisah perjalanan dan pengalaman yang telah aku lalui. Pada 30 Disember 2012 yang lalu, aku dan sahabatku bersama-sama isteri masing-masing bersiar-siar di Muar Bandar Maharani Bandar DiRaja bagi menghabiskan cuti hujung minggu kami di sana. Kami bertolak ke Muar kira-kira pukul 10 pagi. Tiba di Peserai kami singgah sebentar di Petronas membeli air dan makanan ringan untuk dinikmati sepanjang perjalanan tersebut. Kami juga membeli cempedak goreng di gerai tepi jalan berhampiran Petronas tersebut.


Kami meneruskan perjalanan dan setibanya kami ke Bandar Maharani Bandar DiRaja kami terus menuju ke pasaraya besar Giant yang terletak di Tanjung Agas bersebelahan betul dengan sungai dan jambatan Muar. Setelah ber'window shopping' sebentar di pasaraya tersebut kami berhibur pula di pusat karaoke keluarga Suaraoke. Kami ambil bilik vip dengan bayaran RM15 sejam. Murah sebab tak besar mana pun biliknya.


Lepas sejam berkaraoke kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Mas pula. Kerana waktu pun sudah tengahari maka kami menjamu selera menikmati makanan tengahari di medan selera yang terletak di Tanjung Mas tersebut. Kami pesan mi bandung dan nasi goreng kampung je. Sahabat aku pula makan nasi dengan asam pedas ikan merah.



Selepas makan kami bersiar-siar sebentar di Taman Tanjung Mas sebelum menaiki bot Muar River Cruise yang menyusuri sungai Muar selama kira-kira 40 minit. Tiket untuk dewasa berharga RM10 seorang dan kanak-kanak RM5.



 




Selesai ber'river cruise' kami terus pulang. Sempat kami singgah sebentar di Air Panas Sungai Gerisik. Tiada gambar yang kami ambil di sana.

Sekian cerita aku untuk pembukaan di tahun 2013 ini. Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...