Assalamualaikum semua..
Sekejap sahaja masa berlalu dan tanpa kita sedari hari ini dah masuk hari ke sebelas kita berpuasa. Aku pun dah lama tak kemaskini blog aku ni kan. Semalam pun main sumbat jer gambar-gambar majlis perkahwinan aku dua bulan lepas bagi menyambung cerita yang tertangguh sebelum ni.
Rasa masih sempat aku ucapkan selamat menyambut ramadhan dan menjalani ibadah puasa. Aku juga nak minta maaf zahir dan batin kepada semua yang kenal aku andai ada aku buat salah yg disengajakan atau pun tidak. Manalah tau kan umur tak panjang aku dah minta maaf kat korang semua sebelum raya lagi. Hehe...
Macam mana dengan puasa korang semua. Dah ada yang ponteng? Ish3...bawa-bawaklah bertaubat kalau ada yang ponteng tu. Anak buah aku umur 6 tahun pun dah puasa penuh macam pak uda dia gak masa kecil2 dulu. Hehe..
Okaylah, berbalik semula seperti tajuk di atas aku nak kongsikan apa yang ramai di antara kita alami semasa bulan puasa ni terutamanya aku. Bukan pedih perut sebab gastrik tp pedih di dada atau lebih dikenali dengan pedih ulu hati. Sebenarnya aku pun tak tahu betul ke rasa pedih yang selalu aku alami bulan puasa kali ini adalah penyakit pedih ulu hati. Dah biasa pedih di hati tu yang tak kisah setakat pedih kat ulu hati. Hehe.. Jadi hari ini aku nak kongsikan artikel tentang pedih ulu hati dari blog
Doktor Wannabe yang aku google di awal puasa hari itu.
Pengenalan
Pedih
ulu hati disebabkan oleh asid perut yang mengganggu bahagian bawah esofagus. Ia
terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai Lower Esophageal Sphincter
(LES) tidak tertutup. Oleh itu, asid ini memasuki bahagian esofagus yang tidak
mempunyai lapisan penebat bahan kimia sekali gus menyebabkan kesan kimia
terjadi. Kenyataan yang selalu diuarkan ialah seperti sakit dada yang membakar.
Gejala ini selalunya terjadi selepas memakan makanan berat.
Pedih
ulu hati adalah gejala biasa dan tidak berbahaya. Sekiranya masalah ini jarang
terjadi, seseorang itu tidak perlu khuatir. Namun ada sesetengah orang yang kerap
mengalaminya malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan
masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih
ulu hati boleh ditafsirkan sebagai gejala Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD).
Tanda
atau Gejala
Gejala
pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis keadaan termasuk:
- Rasa terbakar di
dada atau di bawah tulang dada.
- Sakit dada selepas
tunduk, berbaring dan selepas makan.
- Rasa terbakar dan
kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang
tekak.
- Sendawa.
- Batuk yang teruk.
- Suara menjadi
serak.
- Pernafasan yang berbunyi seperti serangan asma.
Komplikasi
Sekiranya
pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux,
Barret's esophagus, peptic ulser atau kanser. Jumpalah doktor bagi mengesahkan
diagnosa tersebut. Komplikasi yang mungkin berlaku termasuklah Oesophagitis, Strictures
atau Barret's oesophagus.
Rawatan
Kebanyakan
orang boleh mengawal ketidakselesaan pedih ulu hati dengan mengamalkan cara
hidup yang sihat atau mengambil ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor. Tetapi,
sekiranya ia semakin teruk, ubatan ini mungkin hanya mampu membantu untuk
sementara waktu. Sekiranya anda mengalami GERD, anda mungkin memerlukan ubatan
lain untuk mengurangkan gejala.
Sekiranya
mengalami pedih ulu hati yang teruk anda boleh meredakannya dengan menukar
tabiat pemakanan anda. Berhenti merokok juga sangat membantu dalam menangani
gejala ini. Antacids atau bismuth subsalicylate boleh mengurangkan kesakitan
pedih ulu hati dengan meneutralkan asid perut bagi serangan sekali sekala dan
boleh didapati di kedai-kedai ubat atau farmasi berhampiran anda.
Metaclopramide juga boleh diambil bagi mengosongkan perut dengan kadar
segera.
Pembedahan
Pembedahan
mungkin diperlukan untuk membetulkan lower oesophageal sphincter dan menghentikan
tidak balas refluk asid. Pembedahan boleh dilakukan dengan menggunakan
laparoskop dan hanya memerlukan rawatan selama beberapa hari di hospital.
Gastroscopy
perlu dilakukan hanya sekali sebelum pesakit menjalani pembedahan untuk melihat
sejauh mana komplikasi seperti Barret's oesophagus (keadaan kanser yang
berpotensi, kanser berkemungkinan terjadi akibat terlalu lama terdedah kepada
asid perut) atau kanser esofagus. Sekiranya Berret's oesophagus ditemui, proses
gastroscopy tahunan perlu dilakukan bagi melihat perkembangan kanser
maglinan.
Pencegahan
- Mengawal sukatan
pemakanan.
- Menukar amalan
pemakanan boleh mengurangkan gejala pedih ulu hati.
- Mengenalpasti serta
mengelakkan makanan yang mampu memberikan kesan kepada anda.
- Elakkan makanan
pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat serta makanan
yang telah diawet.
- Cuba kurangkan memakan
makanan yang telah digoreng atau berlemak. Kembung perut biasanya terjadi
akibat memakan makanan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan
serta menambahkan rasa sakit perut.
Pengubahsuaian
Cara Hidup
- Amalkan memakan
jumlah makanan yang sedikit. Makan dengan jumlah yang sedikit secara lebih
kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.
- Makan perlahan-lahan,
kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya anda mempunyai
masalah, letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan.
- Jangan makan
ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang serta dengan perlahan lahan. Makan ketika
dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut.
- Berhenti merokok.
Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan sekali gus
menyebabkan ketidakcernaan.