Pencarian Siri Saga Artakusiad

Salamku kepada semua pengunjung blogku yang tak seberapa ini.

Entri pertama yg aku nak tulis dalam blog aku ni adalah tentang novel yang pernah aku baca suatu ketika dulu semasa aku di sekolah rendah. Siri novel ini dibeli dan di kumpul oleh abangku. Tapi kini koleksi tersebut telah hilang dalam simpanan. Mungkin ia masih tersembunyi di stor rumahku. Hujung minggu ni akan aku cuba cari balik kalau aku balik ke kampung.

Mungkin korang pernah dengar atau baca Siri Saga Artakusiad ini. Siri novel fantasi karangan Ahmad Patria Abdullah. Pada aku ianya adalah novel fantasi bahasa melayu yang terbaik aku pernah baca. Bahasa yg digunakan sungguh menyentuh perasaan. Penuh dengan adegan2 yang mendebarkan dan romantis. Siri novel fantasi ini pernah keluar pada 1988-1991 sebanyak enam siri, terbitan DBP iaitu



1. Permata Aurorius
2. Kota Arialun
3. Kembar Artakus
4. Petua Azkram
5. Puteri Alindalia
6. Pedang Aurora

Novel ke tujuh keluar selepas lebih 10 tahun penantiannya kalau tak silap akula. Dengan tajuknya Lagenda Numerius. Buku ketujuh ni aku belum pernah baca lagi. Koleksi2 ni memang susah nak dapat kerana pihak DBP tidak terbitkan lagi. Sebab itulah aku tulis entri ini untuk mengumpulkan kembali koleksi tersebut.

Ini dia sedikit sipnosis siri tersebut.


Sinopsis Saga Artakusiad

Rizal telah dibawa oleh satu kuasa ghaib ke alam Aurora yang penuh misteri. Oleh kerana pada dirinya terdapat tanda-tanda kebesaran seperti yang tercatat dalam kitab-kitab kaum Aurora, dia telah diangkat sebagai pemimpin atau Artakus puak Armorikus. Sebagai Artakus, dia diharap dapat mengembalikan keagungan kaum Aurora dan membebaskan mereka daripada kezaliman Morrok – musuh Armorikus yang ganas. Dia juga terlibat dalam pertentangan Arasis (siang) terhadap Osria (malam) yang cuba memusnahkan alam…

Untuk menyekat rancangan jahat Osria, dia harus pula membantu Merkia (makhluk yang terhasil daripada cahaya) merampas Permata Aurorius yang berada di Kota Arialun dalam genggaman Herakos (makhluk yang terhasil daripada kegelapan).

Harap Maaf


Blog ini sedang dalam pembinaan.

Segala kesulitan amat dikesali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...