Personaliti Dan Cemburu Lelaki

Assalamualaikum...

Akibat kengantukan yang teramat sesangat di pejabat, aku merajinkan diri menulis blog pada hari ini. Setelah belayar mundar-mundir di alam maya ni aku terbaca beberapa posting tentang personaliti lelaki. Aku yang sememangnya gemar berkongsi rahsia tentang lelaki tetibe teringin pulak nak kongsikan apa yang aku baca ni. Sekadar untuk suka-suki jer bukan untuk dipercayai atau dijadikan panduan hidup kerana ianya sememangnya tidak sahih. Jika ada persamaan itu hanyalah kebetulan sahaja.

Personaliti ini aku ambil berdasarkan kajian orang mengikut zodiak. Perenggan2 berikut ini aku hanya salin dan tampal daripada beberapa laman sesawang lain yang aku kumpulkan.

Aries (21 Mac-20 April)
Dia kuat bekerja, suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin. Dia lebih suka mengarah, berani dan suka menjelajah .Dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu. Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan. Dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita, tambah lagi dia merupakan seorang yang panas baran. Padanya cinta adalah amat penting, kerana dia benci hidup keseorangan, dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya. Ketika mula bercinta dia baik hati, mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan, dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.
Perwatakan: Anak mak! Smart.. Intelligent (boleh laa)..
Tips utk memikat: Bagus untuk minah-minah tudung (betul).. Jejaka Aries suka wanita yang sopan santun, penuh tata-tertib.. Sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yang bagus punya..
WARNING: Jika anda betul anda rasa kes ini pilihan anda, pilih lah.. Kalau tidak, janganlah main-mainkan hatinya.. Hati dah luka sukar nak dibaiki.. Macam motor yang dah rosak, makan bulan di workshop baru baik..
Tahap Cemburu: Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx


Leo (24 Julai-23 Ogos)
Dia seorang yang agak tinggi, kurus, gerakannya pantas tetapi lembut. Bentuk matanya besar dan menarik dan kemungkinan mempunyai rambut yang ikal. Bibirnya mungkin nipis. Mempunyai sikap suka menolong orang lain. Dia berkeyakinan pada diri sendiri dan ini membolehkannya menjadi pemimpin. Dia juga suka menjadi popular dan dipuji. Cinta merupakan sesuatu yang penting di dalam hidupnya. Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah. Namun sikap yang paling tidak digemari oleh isteri atau kekasihnya, ialah sikap cemburunya. Lelaki ini juga apabila berkahwin sering menganggap rumahnya sebagai tempat berehat dan sering menganggap isterinya memberikan keselesaan padanya setelah penat bekerja.
Perwatakan: Penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan orang yang disayanginya.. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego (kadang-kadang je ego).. Pandai berkata-kata..
Tips utk memikat: Sebagai perempuan, haruslah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya.. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti yang ada pada jejaka Leo..
WARNING: JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO.. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.. Mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajuk, balik mengadu kat mak..
Tahap Cemburu: Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo (24 Ogos-23 September)
Dia adalah lelaki yang agak kurus, tingginya serderhana, bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik, dan dahinya luas, matanya nampak sedih tetapi lembut, dan ini menarik perhatian wanita. Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan. Dia mahukan kesempurnaan, sentiasa mahu mengawal, dan jarang sekali terbawa oleh cinta. Dia mengkritik dan mengadu. Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci. Di dalam soal kahwin, dia akan mengahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya. Dia seorang yang mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasan. Namun seringkali dia menyalahkan orang lain, sukar untuk mengakui kesilapan diri sendiri.
Perwatakan: Pemalu, tak pandai mengawal emosi.. Suka mencari perhatian dari perempuan..
Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yang pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jangan banyak cakap (cerewet pulak si virgo nie).. So kenalah pandai menyerlahkan nilai-nilai kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran.. Kuat merajuk..
WARNING: Bila pergi dating, jangan pakai yang over-over.. virgo ini gatal.. kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia..
Tahap Cemburu: Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx

Libra (24 September-23 Oktober)
Dia seorang yang seksi, tubuhnya agak menarik, pakaiannya agak kemas dan sukakan kebersihan. Mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit, atau bahu yang kecil. Dia tidak gemar tangannya kotor, dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut, pereka fesyen atau menjual barangan kecantikan. Sikapnya terbuka, menyenangkan, suka bergaul dan ramai kawan. Sopan dan simpati. Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak disukainya, ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai. Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita, emosinya terkawal dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi. Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati, kemudian setelah beberapa lama, sikap itu tenggelam. Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju, wangian, atau perabot. Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang dianggap penting.
Perwatakan: Cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal. Suka buat keputusan ‘last minute’.. Seringkala kontrol macho depan perempuan..
Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yang ceria, happy go lucky.. SO be urself..
WARNING: So bila nak date.. pakailah make-up yg sederhana.. tapi jangan lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang ni semua hensem..
Tahap Cemburu: Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x

Scorpio (24 Oktober-23 November)
Tubuh biasanya kecil, tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana. Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain. Sama ada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan. Dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bila dia kegelisahan. Dia seorang yang mudah tersinggung perasaannya, tetapi dapat menyembunyikan keadaan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal. Dia akan berusaha bertahun-tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam. Suka jika dapat menunjukkan kuasa, dan nampak lebih dominan dalam perhubungan.
Perwatakan: Action serius, mudah cemburu, mood swing..
Tips utk memikat: Sentiasa menghargainya.. nak bergayut di talifon berjam-jam pun takpe janji dengan dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive.. Tak suka berkongsi perempuannya dengan orang lain..
WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio.. (jangan kata tak kasi warning)..
Tahap Cemburu: Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Cancer (22 Jun-23 Julai)
Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita .Jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya .Dalam pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan baik.Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan amat sukar untuk bercerai.
Perwatakan: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya.. (berhati-hati ya)
Tips utk memikat: Jangan pulak anda pun nak step kaya.. nanti habis duit dikebas..
WARNING: TOLONG Jangan terpedaya dengan kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi..
Tahap Cemburu: Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Sagitarius (23 November-21 December)
Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya .Dia adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat yang menawan .Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang , agama atau politik . Tubuh badannya agak tinggi , tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua .Mukanya panjang ,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi kembang .Giginya besar .Dari segi berpakaian , dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak boros , dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian .Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati .Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang menyimpan wanita lain.
Perwatakan: Fuyoooh.. siapa dapat memang untung.. Sagitarius orangnya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan-jalan.. Sort of adventurous..
Tips utk memikat: Sentiasa adakan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? kanoeing ke? Anything asal kan jangan membosankan..
WARNING: Jangan “u plan.. i plan lah”..’confirm tak ada plan’..
Tahap Cemburu: Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

Capricon (22 December-20 Januari)
Lelaki ini lebih berhati hati dalam hidup, dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan keadaan. Dia tidak suka menukar rancangan yang telah dibuatnya. Dia agak pendiam dan suka bekerja sendiri. Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang dilakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun. Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek. Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya. Lelaki ini sukar jatuh cinta, tetapi jika sudah jatuh cinta, dia akan amat mencintai wanita itu. Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan. Dalam pergaulan, dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservetif.
Perwatakan: Egoistic, ada batu duduk dalam itu kepala.. pendek kata Capricon seorang yang sukar nak meluahkan perasaannya.. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan ‘cinta’ pada anda..
Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jangan give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal
WARNING: Macam layang-layang putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jangan mahal sampai terputus tali.. melepaslah kau nanti..
Tahap Cemburu: Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks : xxx

Aquarius (21 Januari-19 Februari)
Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek. Dia agak kurang romantik. Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa. Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang. Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara- perkara yang menarik untuk dilakukan, tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya. Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat. Sebagai lelaki, dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik, tetapi mengecewakan dari segi membuat komitmen.
Perwatakan: Pijak semut tak mati.. Suka yang cantik dan menarik perhatian..
Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dengan you..
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan orang.. so sebelum dia tinggalkan kita.. kita blah dulu..
Tahap Cemburu: Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces (20 Februari-20 Mac)
Dari segi berpakaian, mungkin dia kelihatan kurang kemas. Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik, dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati. Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang. Dia tidak suka berkelahi dan sedaya-upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain, dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan. Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan, menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita. Dia agak sukar dari segi membuat keputusan, dan agak bertangguh untuk kahwin. Oleh kerana kelemahan ini, dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan. Dari segi bercinta, dia adalah seorang yang hangat, mengambil berat dan mengasihi, serta menghiburkan.
Perwatakan: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy.. Mudah perasan.. walaupon tak hensem..
Tips utk memikat: Senyum sikit kat dia, mesti dia akan ingat sampai bila-bila..
WARNING: Mungkin bakal jadi playboy..
Tahap Cemburu: Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Taurus (21 April-21 Mei)
Dia seorang yang praktikal serta berseni, mungkin boleh mengukir atau melukis. Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik, malah mungkin seorang ahli muzik. Lelaki ini mudah bergaul, suka berjenaka dan ketawa. Bagaimanapun dia kurang yakin pada diri sendiri dan menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menarik hati wanita. Dia juga adalah lelaki stabil, konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu ke manakah arah tujuan dirinya. Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dari segi rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya. Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya. Pada masa inilah dia akan berasa selamat. Perasaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu, disebabkan itu dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumahtangganya berpanjangan. Kebolehannya menghias rumah dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik. Dia tidak begitu minat dengan idea orang lain.
Perwatakan: Mencabar, garang seperti singa, takut seperti tikus.. Mereka tidak tetap dengan pendirian sendiri.. Suka Bantu orang lain..
Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real you..
WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar sorang-sorang.. kesian takde orang lain layan..
Tahap Cemburu: Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx

Gemini (22 Mei-21 Jun)
Senyumannya menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya. Dia seorang yang bijak berfikir, ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain. Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri, yang tidak pendiam dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya. Dia suka kepada luahan emosi kerana itu dianggap kebudak-budakan dan remeh kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta, dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya. Pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal, bukan hati.
Perwatakan: Mudah Gemok! egoistic, tak suka kalah.. Kalau ada debate, jangan harap anda nak menang.. dalam apa-apa persoalan jua mereka ada aje alasannya..
Tips utk memikat: Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hatinya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yang lembut, hatinya akan lembut jua..
WARNING: Jangan bersikap terlalu kasar dengan nya.. kalau dah tak tahan dengan mereka.. blah aje jangan banyak cakap.. mereka panas baran.. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer..
Tahap Cemburu: Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx


 
Nota kaki :: Kalau nak tau personaliti kita tanya jer orang terdekat dengan kita. Camne Cik Tunang? Hehe...

Cerita malam jumaat....

Assalamualaikum...

Lepas maghrib malam tadi aku mula mengecat bilik bujang aku yang akan ditinggalkan 3 bulan lagi. Sampai lepas isyak baru setengah bilik yang siap dicat. Aku berhenti sekejap berehat. Lepak di tembok rumah depan yang kosong ditinggalkan sambil membakar tembakau dan menyedut asapnya sementara tunggu tokey katering datang ke rumah.

Suasana pada mulanya hening dan hanya kedengaran bunyi cengkerik. Tiba-tiba cicak tokek yang biasa berbunyi di belakang rumah tersebut mula berteriak diikuti nyanyian sang katak. Anjing mula menyalak bersahut sahutan. Secara tiba-tiba juga aku terpandang sekilas sesuatu terbang ke arah pokok nangka berhampiran aku duduk. Ianya mula mengeluarkan bunyi yang agak menyeramkan tapi tidak asing bagiku. Satu lagi makhluk terbang dan hinggap di atas elektrik di hadapanku. Kedua-dua makhluk tersebut mula bersahut-sahutan.

Aku terus bergegas lari masuk ke kawasan rumahku dan menuju ke keretaku. Nasib baik keretaku belum berkunci. Aku ambil kamera kompak Canon Powershot A1200 yang berada di dalam dashboard kereta dan berkejar semula ke arah tiang tadi. Akhirnya satu gambar hantu berjaya ditangkap..


Inilah dia gambar makhluk yang berjaya ditangkap gambarnya. Gambar ini telah diedit dengan crop dan diterangkan lagi. Baru betul-hantu kan..?burung hantu. Hehe..

Dah lama aku nak tangkap gambar ni tapi tak berjaya sebab aku cuma ada kamera telefon jer sebelum ni. Tak cukup cahaya untuk tangkap gambar pada waktu malam. Lepas ni aku target nak ambil gambar masa ia terbang pulak. Mesti cantik sangat.

Ok, sambung kembali kepada tajuk asal. Tak lama lepas tu orang yang ditunggu pun sampai. Aku menjemput abg Bob masuk. Mak ayah aku dah menunggu. Mereka mula bercerita tentang katering. Aku dengar je. Tak lama lepas tu juga abg Fendy pula tiba. Tokey katering Sri Wangsa. Akhirnya kire setujulah mak ayah aku pakai katering jer untuk majlis aku nanti. Taknak pening2 kepala menguruskan nanti. Mak ayah aku pun dah tua. Aku tak dapat la nak tolong sebab aku yang jadi pengantin. Daripada nak buat majlis ala kadar jer jadi dah kira grand juga la ni.

Lepas mereka balik, aku sambung mengecat bilik bujang aku. Pukul 12.30 malam baru settle semua sekali termasuk mengemas dan memasang katil semula.

Tu jer cerita malam jumaat aku. Terima kasihlah sudi membaca cerita aku yang poyo ni. Hehe..

Wassalam.


Mutiara Kata :: "Berbuatlah baik kerana kebaikan itu akan berterusan dan kembali kepada kita" - Azam

Barang-barang Hantaran?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggFVFM_8PFspqz0ZzBIKpC0PUnSJ7p_kzi4M7-tm-08Tc9BVyNonbu-ZYScRNb0bA9rxEfI6dLs8CqXzndt9r-7731eRWGUbps7AAyYu92HQGkicsDz7Lojgg6RGvmdeiSrNr6ApepDoA9/s1600/DSC_5839.jpg

Entri kali ni aku nak cerita pasal hantaran. Bukan nak cerita pasal hantaran aku, tapi lebih kepada secara umum tentang barang hantaran semasa bertunang dan perkahwinan. Tentu ramai yang pening memikirkan nak beri apa untuk barang2 hantaran ni. Lebih2 lagi kepada mereka yang pentingkan jenama dan gahnya hantaran tu. Bagi mereka yang tidak mementingkan jenama tidak berapa menjadi masalah untuk menyediakan hantaran. Malah tetap dapat membuatnya kelihatan gah jika pandai menghias dan mengaturnya.

Mengikut adat secara lazimnya hantaran ini dibuat dalam bilangan ganjil dimana pihak perempuan perlu membalas lebih seperti 7 berbalas 9, 9 berbalas 11 atau kadang2 sehinggakan 13 berbalas 15. Pada aku tidak menjadi masalah banyak mana sekalipun hantaran yang diperlukan kerana ia boleh diperbanyakkan dengan perbagai cara dengan sedikit modal.

Berikut aku senaraikan barang2 yang boleh dijadikan hantaran.

Hantaran yang mesti disediakan mengikut adat :
  1. Mas kahwin / Cincin / Gelang / Rantai (pihak lelaki)
  2. Sirih junjung / tepak sireh (kedua-dua belah pihak)
  3. Kain / Baju / Persalinan untuk abang atau kakak pasangan jika melangkah bendul (bergantung kepada permintaan atau adat setempat)
Hantaran pihak lelaki (untuk diberi kepada pihak perempuan) :
  1. Kain ela / baju siap (kurung/kebaya)
  2. Handbag / Purse
  3. Kasut
  4. Set make-up
  5. Telekung
  6. Sejadah
  7. Tuala
  8. Perfume
  9. Kek
  10. Bakul buah-buahan
  11. Bunga rampai / potpouri
  12. Manisan / coklat / muffin / kuih muih / gula-gula
  13. Telur dihias.
  14. Pulut kuning.
Hantaran pihak perempuan (untuk diberi kepada pihak lelaki) :
  1. Baju Melayu
  2. Samping
  3. Songkok
  4. Baju Kemeja
  5. Seluar slack
  6. Neck Tie
  7. Set tali pinggang dan wallet
  8. Kasut / Stokin
  9. Kain pelikat
  10. Sejadah
  11. Tuala
  12. Perfume / Toileteries
  13. Kek
  14. Bakul buah-buahan
  15. Bunga rampai / potpouri
  16. Manisan / coklat / muffin / kuih muih / gula-gula
  17. Telur dihias
  18. Pulut Kuning.
Banyak kan barang2 yang boleh dijadikan hantaran. Ada barang2 dalam senarai tu boleh disatukan untuk dikurangkan jumlah dulang hantaran. Senarai kat atas ni cuma barang2 yang biasa (common) orang jadikan hantaran. Banyak lagi barang2 yang boleh dijadikan hantaran. Bagi yang dah terlebih2 duit tu bolehlah bagi smartphone ke, dslr ke, jam tangan yang mewah2, tablet pc dan macam2 lagi la. Ada juga yang bagi pelik2 atas permintaan pasangan masing contohnya seperti stering spot kereta, graphic card paling power dan lain2 lagi barang idaman. Kalau mintak pelik2 luar kemampuan tu cancel jela cari lain. Belum apa2 dah menyusahkan apatah lagi bila dah bersama. Hehe..

Kalau pada aku yang sederhana jer kemampuan ni tak perlulah beli barang mahal2. Tak perlu terlalu mahal dan berjenama. Biar murah asalkan banyak, meriah dan bergaya. Bila dihias nanti tetap nampak cantik dan gah juga. Barang2 cukuplah beberapa dulang sahaja selebihnya perbanyakkan dengan manisan dan makanan.

Aku rasa cukuplah setakat di sini sahaja dahulu. Diharap entri kali ini dapat membantu sesiapa sahaja yang sedang pening memikirkan tentang barang2 hantaran. Kalau ada apa2 yang ingin ditanya atau ditambah boleh menulis diruangan komen atau ruangan chatbox di tepi ini.

Sekian, wassalam.



Nota kaki :: Gambar ihsan En. Google.

Percaya Atau Tidak?

http://www.friedchillies.com/images/uploads/F5_Satay_Willy.jpg
1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvHyyMYuyYJDMGApenf_jcL6jW3iWtTVoSHmgIQmoIQA44VEswrWM5fLbWN67d-8RWmzEwqtI0FEFD-Qu45l-Z5HYySHnOBVM199s-vcoHb_GwMmvMbfRTDHtUj0DUNqRZp_vDZNOzvVtF/s1600/udang-galah-masak-merah.jpg
2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

http://drellensimonend.files.wordpress.com/2011/06/shampoo.jpg
3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L’Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol’s Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, “Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak”. Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

http://www.friedchillies.com/images/articles/FF5_Noodles_MP.jpg
4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai ‘makan untuk mendapat barah’.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg133EAa-Te91t-VRDlCtn7b2F3tvyCfiqs2iOOetqzbddDMkW-EpgHNV_YjTEBz0HS5gp9qCCdsMv4ghG7IGM1y_jgjD3cSEBCreiculi5txtOV88r-BhIW2T0JFcbqwLWk2GP8VKR42M/s400/bawang+goreng.JPG
5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja


Nota kaki ::
- sumber maklumat aku dah tak ingat dari mana..banyak sgt dah org share..kesahihannya juga tidak jelas..lu pikirla sendiri...
- gambar sumbangan dari pakcik GOOGLE...

Kemaskini Ringkas Awal Februari



Assalamualaikum kawan2..
Selamat bertemu kembali dan semoga ceria2 selalu. :)

Semakin berhemah pulak pembukaan aku kali ni kan.. Hehe.. Sekejap jer dah nak dekat separuh bulan Februari ni berlalu tapi belum ada satu pun kemaskini kat blog aku ni. Kalau ikut tajuk aku cuma nak kemaskini kisah di awal Februari jer tapi ntah aku ingat lagi ke tak..

Terlebih dahulu aku nak ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433H. Bulan ni pasti penuh dengan perarakan dan ceramah2 agama di masjid2 sempena sambutan ulangtahun kelahiran nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Sambutan peringkat daerah juga telah diadakan pada 5 Februari 2012 di Masjid Jamek Sultan Ismail. Sambutan ini bermula dengan perarakan dari Jalan Timah Sari di hadapan Bangunan Tabung Haji Batu Pahat seawal pukul 7 pagi. Perarakan ini diketuai oleh Tengku Temenggung Johor yang tiba pada pukul 8 pagi. Pihak MPBP juga tidak ketinggalan menghantar kontinjen perarakan yang terdiri daripada wargakerja MPBP seramai hampir 100 orang bagi memeriahkan lagi sambutan. Berikut aku kongsikan sedikit gambar yang dapat ditangkap pada hari tersebut.


Macam biasa tugas aku cuma mengambil gambar. Pada mulanya malaslah nak berpakaian baju melayu lengkap sebab tula aku pakai baju melayu hitam dengan seluar jeans jer. Tapi sampai sana tengok semua segak berbaju melayu lengkap. Nasib baik aku dah standby sampin dalam kereta. Kalau tau awal2 aku pun dressing hensem2. Hehe..

Seterusnya tentang persiapan perkahwinan aku pulak.. Awal bulan aritu aku dah pegi pejabat kadi. Settle bab borang nikah. Minggu ni berkursus pulak kat Dewan Pertubuhan Peladang kat Simpang Lima. Alhamdulillah, lancar jer aku rasa.

Yang terbaru pulak aku dapat sesuatu daripada Cik Tunang. Bestnya rasa bila dapat sesuatu drp yang tersayang. Hehe.. Si Dia belikan aku baju kemeja lengan panjang berbelang biru. Memang cantik tapi sayang aku takleh pakai sebab kecik. Dia beli saiz L sedangkan aku pakai saiz XL ke atas. Biase saiz L aku boleh pakai lagi tapi baju tu cutting semi-fit tu yg mmg takleh pakai langsung. Nasib baik boleh pegi tukar lagi cume tak dapatla warna biru tu. Yang ada cuma warna belang kelabu gelap. Tak kisahla sebab pada aku warna tu pun cantik gak. Mekasih bebanyak ye Cik Tunang. :)

Minggu lepas juga aku tetibe jadi org kaya jap. Hehe.. Terus aku renew insuran dan roadtax. Rasa kagum sekejap bila tak sampai 15 minit roadtax aku dah siap. Dah separuh lega bila dah tak memandu secara haram lagi. Hehe.. Separuh lagi belum lega sebab kendaraan aku masih belum selamat untuk dipandu lagi kerana tayarnya dah leh buat cermin (botak).. Hahaha..

Maka dengan sebab itulah hari Sabtu lepas aku keluar dgn Cik Tunang pegi survey tayar sekali dgn spot rim yg cantik selepas tukar kemeja yg disebutkan sebelum ni di Pekan Rengit. Hehe.. Pergi survey jer dulu selebihnya kami habiskan masa yang singkat pagi tu dgn jalan2 kat Carrefour jer.

Setelah menghantar pulang Cik Tunang Buah Hati Pengarang Jantungku pada tengahari tersebut aku kembali semula ke bandar setelah singgah mengambil BFF kat rumahnya pulak. Terus aku cergas ke kedai tayar lagi satu yang juga terkenal dengan harganya yang berpatutan. Maka akhirnya, my 'Grey Knight' also known as 'Granite' got 4 new shining star. Hehe..


Ahad 12/2/2012, aku keluar seawal 7.30 pagi untuk menangkap gambar program Klinik Bolasepak Kanak2 Bawah 12 Tahun di Stadium Batu Pahat. Program ni sampai petang tapi dekat pukul 9 pagi aku dah cabut sebab dah plan nak bawak mak ayah aku ke pasar tani Rengit dan jumpa mak andam untuk pilih warna tema lagi bagi majlis kat rumah aku nanti.

Balik rumah ambil mak ayah terus gerak ambil Cik Tunang pulak kat Senggarang. Sampai pasar tani Cik Tunang telefon mak andam tanye ade kat rumah tak. Rupanya mak andam pegi mengandam hari tu. So cancel lah. Mak nak cari set katil pulak kat tempat barangan terpakai kat Rengit tu. Jalan punye jalan tak jumpe yg memuaskan hati. Akhirnya cuma aku yang dapat beli mesin pengurut kaki OSIM yang masih elok dengan harga kurang RM200. Memang dah lama aku cari nak belikan untuk mak aku, akhirnya dapat juga dgn harga 10-20% dari harga asal. Hehe.. Alhamdulillah dah rezeki. Gambar tak sempat aku nak amik. Lainkali jela aku upload eh..

Tengahari selepas hantar Cik Tunang, mak teringin nak makan nasi arab pulak. Jadi aku ke Taman U, Parit Raja untuk makan tengahari di Restoren Madinat Hadramawt. Rupa2nya restoren tu dah lama tutup dan buka cawangan di Bukit Pasir. Mak ternampak kedai perabot jati pulak tengah buat offer. Akhirnya dia terhabiskan duit simpanannya dengan membeli set katil, meja kecil dan buaian. Hehe.. Takpela, aku cakap baik nikmati hasil penat lelah dia sebelum tak merasa kan.

Balik kami singgah makan juga kat Restoran Madinat Hadramawt Bukit Pasir. Firstime aku makan kat situ boleh tahan jugakla rasa dan harganya. Not bad. Lepas ni lainkali aku nak ajak Cik Tunang makan kat situ pulak. ;)

Dan kemaskini yang terkini, pada pagi ni aku kena jadi pengacara majlis untuk Perhimpunan Bulanan MPBP.. Huhu.. Pertama kali aku kena bercakap depan org ramai. Nasib baik kali ni aku sedikit tenang sebab cuma baca jer teks. Adela sikit fail tapi bagi aku dah kire cukup baiklah tu. Haha..

Sekian saje kemaskini ringkas untuk untuk kali ni. Ringkas ke? Panjang gak aku rasa. Jumpa lagi pada coretan akan datang.

Wassalam.


Mutiara Kata ::
"Masa depan yang cerah adalah berdasarkan masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak akan dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sekiranya kamu tidak dapat melupakan kegagalan pada masa lalumu."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...