Cerita malam jumaat....

Assalamualaikum...

Lepas maghrib malam tadi aku mula mengecat bilik bujang aku yang akan ditinggalkan 3 bulan lagi. Sampai lepas isyak baru setengah bilik yang siap dicat. Aku berhenti sekejap berehat. Lepak di tembok rumah depan yang kosong ditinggalkan sambil membakar tembakau dan menyedut asapnya sementara tunggu tokey katering datang ke rumah.

Suasana pada mulanya hening dan hanya kedengaran bunyi cengkerik. Tiba-tiba cicak tokek yang biasa berbunyi di belakang rumah tersebut mula berteriak diikuti nyanyian sang katak. Anjing mula menyalak bersahut sahutan. Secara tiba-tiba juga aku terpandang sekilas sesuatu terbang ke arah pokok nangka berhampiran aku duduk. Ianya mula mengeluarkan bunyi yang agak menyeramkan tapi tidak asing bagiku. Satu lagi makhluk terbang dan hinggap di atas elektrik di hadapanku. Kedua-dua makhluk tersebut mula bersahut-sahutan.

Aku terus bergegas lari masuk ke kawasan rumahku dan menuju ke keretaku. Nasib baik keretaku belum berkunci. Aku ambil kamera kompak Canon Powershot A1200 yang berada di dalam dashboard kereta dan berkejar semula ke arah tiang tadi. Akhirnya satu gambar hantu berjaya ditangkap..


Inilah dia gambar makhluk yang berjaya ditangkap gambarnya. Gambar ini telah diedit dengan crop dan diterangkan lagi. Baru betul-hantu kan..?burung hantu. Hehe..

Dah lama aku nak tangkap gambar ni tapi tak berjaya sebab aku cuma ada kamera telefon jer sebelum ni. Tak cukup cahaya untuk tangkap gambar pada waktu malam. Lepas ni aku target nak ambil gambar masa ia terbang pulak. Mesti cantik sangat.

Ok, sambung kembali kepada tajuk asal. Tak lama lepas tu orang yang ditunggu pun sampai. Aku menjemput abg Bob masuk. Mak ayah aku dah menunggu. Mereka mula bercerita tentang katering. Aku dengar je. Tak lama lepas tu juga abg Fendy pula tiba. Tokey katering Sri Wangsa. Akhirnya kire setujulah mak ayah aku pakai katering jer untuk majlis aku nanti. Taknak pening2 kepala menguruskan nanti. Mak ayah aku pun dah tua. Aku tak dapat la nak tolong sebab aku yang jadi pengantin. Daripada nak buat majlis ala kadar jer jadi dah kira grand juga la ni.

Lepas mereka balik, aku sambung mengecat bilik bujang aku. Pukul 12.30 malam baru settle semua sekali termasuk mengemas dan memasang katil semula.

Tu jer cerita malam jumaat aku. Terima kasihlah sudi membaca cerita aku yang poyo ni. Hehe..

Wassalam.


Mutiara Kata :: "Berbuatlah baik kerana kebaikan itu akan berterusan dan kembali kepada kita" - Azam



0 komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...