Karya Misteri Dan Seram

Assalamualaikum semua...

Dah lama tak berkongsi cerita. Keluarga kecil aku pun dah semakin besar. Satu  nyawa dah berputik. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dia atas kurniaan nikmatNya. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar.

Akhir-akhir ni aku mula terjebak semula dalam dunia pembacaan. Cuma kali ini bukan lagi novel. Hanya pembacaan karya-karya yang dikongsikan di halaman maya termasuklah di media sosial. Karya-karya fixi dan juga kisah benar yang bergenre seram, misteri atau fantasi.

Segalanya bermula dengan perkongsian ilmiah dan juga cerita di halaman muka buku oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan atau lebih dikenali sebagai Chaku oleh sahabat-sahabatnya. Kemudian aku mengikuti pula penulisan Dr. Yazeed Hair Johari, kawan karib Dr. Chaku. Penulisan Dr. Yazeed banyak berkongsi pengalaman hidupnya termasuklah yang seram dan mistik. Antara yang popular adalah kisah Hassan yang berkisar tentang pengalamannya semasa mula berkhidmat di Hospital Mersing. Dr. Yazeed juga berkongsi cerita yang ditulis oleh peminat dan pengikutnya yang beliau gelar sebagai 'saka2' dalam ruangan 'Kisser'. Singkatan kepada kisah seram.

Dari mereka berdua aku kenal pula dengan Arkib Angker Negara. Blog Arkib Angker Negara banyak menghimpun karya-karya hebat yang sudah semestinya berkisar tentang cerita Angker. Antara penulis aku sedang ikuti sekarang adalah FateStayNite.

Aku rasa cukuplah dulu pengenalan tentang kisah misteri dan seram yang aku ikuti sekarang. 'Posting' seterusnya aku nak ceritakan tentang karya-karya FSN atau dikenali juga sebaga Mr. Huzaifah. Aku nak kumpulkan dan  susun semula karya-karya beliau yang bertaburan di laman sesawang ni. Misteri betul beliau ni. Hehe...

Sekian, wassalam.



0 komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...