Assalamualaikum..
Hari Sabtu yang lepas kami (aku n wife, my bff/scandal epul a.k.a. kutz, and his family) bertolak ke Kuala Lumpur sebagai rombongan pengantin bagi menghadiri majlis pernikahan dan bersanding sahabat baik aku itu. Kami berangkat hanya menggunakan 2 kenderaan. Aku bertiga termasuk sahabatku menaiki kereta aku manakala keluarganya menaiki satu van. Waktu kami bertolak jam sudah pun pukul 6 petang dan kami tiba di homestay yang disewa oleh sahabat aku tu hari sudah pn hampir ke tengah malam.
Esoknya sahabat aku selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada pukul 10 pagi. Kemudian disandingkan jam 2 petang. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Tak banyak gambar yang aku ambil kerana dah ada member-member photographer yang bertugas mengambil gambar.
Petang itu, setelah selesai majlis dan keluarga sahabat aku pulang kami menunggu pula sahabat atau kami panggil dengan istilah skandal isteriku pula tiba untuk bersiar-siar di Bandaraya Kuala Lumpur pula. Dari PPR Pekan Batu itu, kami bertolak pula ke Suria KLCC. Kami berjalan-jalan cuci mata melihat kedai-kedai di dalam Suria KLCC tersebut sebelum bersantai di taman di luarnya sambil berbual-bual. Sahabat isteriku sempat membelikan hadiah untuk isteri aku sempana hari lahirnya yang akan datang pada 22hb November ini. Terima kasih banyak-banyak diucapkan padanya bagi pihak isteri aku.
Kemudian kami bertolak pula menghantar sahabat isteriku pulang ke rumah di kawasan Batu Cave. Hari telah pn memasuki waktu malam bila tiba di rumahnya.
Dari situ kami bergerak pula ke Puchong bagi bermalam di rumah adik aku. Setelah berehat sebentar dan membersihkan diri di rumah sewa adik aku, kami bergerak pula ke I-City dengan kereta aku yang dipandu oleh adik aku.
Esoknya hampir tengahari baru kami bertolak pulang dari rumah adik aku. Kami singgah dulu di Alamanda Putrajaya. Di situ kami berkunjung sebentar di MPH Bookstore dan akhirnya kami membeli dua buah buku nukilan Ramlee Awang Murshid iaitu Bagaikan Puteri dan Rayyan Fantasi. Tak lama kami di Alamanda Putrajaya tersebut kami terus bertolak pulang ke Batu Pahat.
Dari Lebuhraya PLUS aku keluar melalui tol Tangkak kerana isteri aku berhajat untuk mengunjungi Pasaraya Giant di Muar. Kami hanya melihat-lihat barangan yang dijual tanpa membeli apa-apa kerana tiada yang berkenan di hati. Sebelum balik kami terlihat pusat karaoke keluarga yang bernama Suaraoke. Melihat harga bilik vip hanya RM15 sejam kami mencuba untuk berhibur dengan menyumbangkan suara yang memang pun sumbang. Hehe.. Kami berpuas hati dengan servis puas karaoke tersebut kerana tempatnya selesa dan sound systemnya yang sangat baik.
Akhir kami tiba di rumah hampir pukul 10 malam. Walaupun kepenatan kami sangat-sangat berpuas hati dengan percutian sambil-sambil kali ini. =)
Sekian sahaja cerita percutian aku kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca journal aku ini.
0 komen:
Catat Ulasan