Hati Dah Tiba Mersing

Assalamualaikum...


Dah lama sebenarnya aku cakap dengan wife aku nak bawa dia pergi jalan-jalan kat Mersing namun sampai sekarang tidak berkesempatan lagi. Rasanya sejak sebelum kami kahwin lagi. Jadi akhirnya esok aku plan nak bercuti di Mersing bersama wife aku.

Memang dalam perancangan aku nak berkhemah di tepi pantai sahaja. Wife aku pula sempoi jer setuju nak berkhemah. Hehe.. Aku kata sempoi sebab jarang jumpa wanita yang boleh ikut aktiviti lasak seperti ini. Walaupun tak lasak tapi mungkin tak selesa bagi perempuan kerana terpaksa bermalam di khemah dengan nyamuk dan sebagainya.

Perjalanan untuk hari esok memang aku tidak sediakan sebarang perancangan yang rapi tapi aku target nak bermalam di kawasan pantai Teluk Gorek. Aktiviti lain aku hanya berserah hari esok sahaja kerana perjalanan mengejut seperti ini lebih menarik dan mencabar. Apa yang aku perlu fikirkan hanyalah persiapan dan bekalan untuk percutian ini. Antaranya ialah persiapan khemah, bbq, campfire dan makanan. Jadi kat sini aku nak senaraikan peralatan dan barang-barang yang perlu dibawa supaya tidak lupa dan ketinggalan. Antaranya ialah :

Gambar ihsan Google

  1. Khemah. Aku akan bawa khemah 1 layer aku yang boleh memuatkan 6 orang berbaring. Kalau hujan lebat tidur dalam kereta sahajalah. Hehe..
  2. Baju sejuk, selimut/toto dan bantal untuk keselesaan malam.
  3. Arang untuk bbq.
  4. Jaring besi untuk pemanggang dan batu bata dalam 2-4 biji.
  5. Kayu api. Persediaan untuk campfire jika susah mendapatkan bekalan kayu api di sana.
  6. Ubat nyamuk.
  7. Lampu. Nak kena beli bateri standby ni.
  8. Pisau, sudu, garfu dan pinggan mangkuk.
  9. Air minum berbotol-botol.
  10. Makanan seperti sosej/ayam untuk bbq, roti, tuna, dan lain-lain.
  11. Tikar.
  12. Tali.
Haha.. Banyaknya macam nak pindah je. Setakat ni, tu je dulu yang aku terfikir perlu dibawa esok. Esok bila bersiap mungkin jadi lebih. Tapi takpe sebab kami masih berdua. Banyak lagi ruang kosong dalam kereta tu. Semua barang yang boleh sumbat dalam kereta kita bawa je.

Ok, hari pun dah petang. Sekejap lagi nak amik wife balik kerja lepas tu terus ke Summit Parade untuk beli barang di kedai DIY. Kita jumpa lagi selepas kami balik bercuti nanti. Kalau sempat nanti aku kongsikan sekali etika-etika yang perlu kita patuhi apabila menjalankan aktivit yang melibatkan alam sekitar ni.

Sekian, selamat berhujung minggu.



0 komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...