Assalamualaikum.
Ahak..entri ini sebenarnya aku cuba tulis pada 31 Mac aritu tapi baru hari ini dapat aku tulis kembali. Maka terpaksalah aku ubah kembali apa yang aku telah tulis tanpa mengubah tajuk entri ini.Walau bagaimanapun aku masih kekalkan tarikh entri ini walaupun sebenarnya ianya diterbitkan pada hari ini 12 April 2012 sebab banyak entri yang aku tertinggal untuk ditulis.
Sebagaimana tajuk di atas, tarikh aku bakal bergelar suami orang semakin hampir. Tinggal tak sampai 2 bulan jer lagi majlis pernikahan aku akan berlangsung. Alhamdulillah persiapan segalanya berjalan lancar setakat ini.
Sebenarnya entri ni aku nak cerita pasal kad jemputan aku yang telah siap dan diambil pada 30 Mac tempoh hari. Berikut adalah design kad jemputan aku dan dia.
Design bagi kad aku dipilih oleh mak aku setelah aku mengubah suai sedikit dari segi warna dan tulisan supaya ia kelihatan lebih eksklusif. Manakala design kad bagi majlis belah perempuan pula dipilih sendiri oleh tunang aku di atas cadangan aku. Rekabentuk kad dia juga di ubah dari segi tulisannya mengikut kehendak dia.
Bagi yang akan melangsungkan perkahwinan dan masih tercari-cari tempat membuat kad jemputan mesti tertanya-tanya berapa kos kad yang aku buat ni dan di mana tempat untuk menempahnya. Setelah beberapa tempat aku survey bersama tunang dan mak aku akhirnya aku menempah kad jemputan tersebut di Taman Universiti, Parit Raja kerana harganya yang sangat berpatutan. Aku menempah kad tersebut dengan harga 35 sen sekeping bagi tempahan minima sebanyak 1000 keping bagi dua kad (500+500 keping). Berbeza dengan kedai lain yang menerima tempahan paling kurang pun 45 sen bagi tempahan minima 1000 kad untuk sebelah pihak sahaja.
Murah bukan? Yup, aku bukan jenis orang yang berbangga dengan jenama atau kos yang mahal. Aku lebih berbangga jika aku dapat melakukan sesuatu dengan kos yang minima dan lebih murah tetapi mendapat hasil yang lebih baik berbanding dengan mereka yang memilih harga yang lebih mahal.
Aku rasa cukuplah setakat ini untuk entri kali ini aku bercerita tentang kad jemputan kahwin. Sesiapa yang berminat untuk menempah kad kahwin bolehlah pergi ke Kedai Alat Tulis Most di Taman Universiti Parit Raja, Batu Pahat.
Sebelum aku menutup entri kali ini, aku ingin menjemput semua yang mengenali aku untuk hadir bagi memeriahkan majlis perkahwinan kami nanti. Sila lawat kad jemputan online aku di sini.
Sekian, wassalam.
0 komen:
Catat Ulasan