eh...dah dekat setahun draft ni...tak siap tulis pun lagi...ok kejap lagi aku sambung tulis ringkas2 sebab dah ingat2 lupa je ni...
Assalamualaikum...Hampir sebulan berlalu (24-25 Nov 2017) percutian kami ke Bukit Fraser baru hari ini aku berkesempatan berkongsi perjalanan kami ke sana..
Cerita bermula sehari sebelum kami bertolak. Petang tu aku siap servis Saga BLM ku. Servis tukar minyak dan oil filter sendiri jer. Pertama kali aku lakukan sendiri sebenarnya tak susah mana pun rupanya. Minyak hitam aku gunakan fully synthetic jenama Car Doctor yang aku beli online di Lazada dengan harga RM65 sahaja berdasarkan review yang baik oleh pengguna-pengguna lain.
Siap servis ganti minyak hitam dan flush radiator, aku test drive pergi mendobi malam tu. Memang terbukti kecemerlangan minyak ni apabila kereta aku bergerak lebih lancar. Bunyi enjin lebih lembut dan gegaran berkurangan. Malam tu juga aku servis kemaskan balik wiring radio kereta aku sebab ada short sikit sebelum ni. Dah puas hati aku pun packing barang masukkan dalam kereta dengan niat nak bertolak dalam pukul 2-3 pagi nanti.
Nak dijadikan cerita, dah siap cantik semua..tilam angin pun dih siap pasang kat seat belakang untuk anak-anak tidur, aku pun hidupkanlah enjin kereta. Dua tiga kali percubaan enjin tak juga hidup. Percubaan2 seterusnya juga enjin tidak berjaya dihidupkan. Ah sudah, aku dah mula pening macam mana nak pergi bercuti ni. Tengok keadaan enjin kelitan semuanya ok. Lampu juga terang tanpa tanda bateri lemah. Akhirnya terpaksalah aku pinjam kereta honda city lama mak aku. Okaylah juga bawa kereta ni sebab minyak jauh lebih jimat. Dah seminggu balik bercuti baru aku betulkan kereta aku. Rupanya bateri lemah je, tak cukup power nak hidupkan kereta. Mungkin disebabkan ada litar pintas sebelum aku betulkan wiring kereta aku tu.
Okay, sambung balik cerita percutian aku tu. Hampir pukul 4 pagi juga aku bertolak pagi tu. Laluan aku ikut jer panduan waze. Aku hanya berhenti rehat untuk solat subuh di hentian R&R Seremban dan Sungai Buloh. Perjalanan kami melalui Pekan Kuala Kubu Baru seterusnya Empangan Kuala Kubu Baru. Pemandangan indah dilihat sepanjang memalui empangan ini. Tapi selepas empangan ini bermulalah perjalan yang sedikit mencabar dan berliku. Nasib baik anak-anak semua nyenyak tidur di tilam angin. Laluan lebih mencabar apabila melalui The Gap. Jalan sempit muat untuk satu kenderaan dan lebih berliku ini merupakan jalan sehala untuk ke Bukit Fraser.
......
Ok, hari ini 22 Oktober 2018 baru aku sambung semula cerita. Aku ambil semula gambar yang aku upload di facebook jer untuk ingat semula perjalanan percutian aku dulu tu.
Sampai di Fraser Hill aku terus menuju ke Rumah Peranginan Persekutuan yang telah aku tempah terlebih dahulu. Agak jauh juga tempat penginapan ni dari bandar Fraser Hill. Oleh kerana aku tiba awal aku belum boleh check in lagi. Lalu aku kembali ke pekan Fraser Hill untuk bersiar-siar dan mencari makan terlebih dahulu.
Alang2 dah hampir tengahari kami makan tengahari terus di Restoran Puncak. Kemudian kami bersiar-siar di Taman Rekreasi Bukit Fraser bersebelahan restoran tersebut.
Setelah itu kami kembali ke pusat bandar Bukit Fraser. Terlihat Tourist Information Centre yang terletak di Hotel Puncak Inn lalu aku singgah sebentar. Kami diberi penerangan tentang tempat2 menarik di Bukit Fraser. Kemudian dipelawa untuk melawat Bird Interpretive Centre yang terletak betul2 dihadapan pusat informasi ini. Staf yang melayan kami memang ramah dan tiada bayaran dikenakan.
Memandangkan hari telah melepasi tengahari kami kembali ke Rumah Peranginan Persekutuan untuk check-in. Percutian kami waktu ini adalah musim hujan. Cuaca renyai-renyai dan berkabus. Memang sejuk suhu waktu ini.
Sebaik sahaja masuk ke bilik yang agak mewah walaupun sewa hanya RM50 sahaja semalam, hujan mulai turun semakin lebat. Memandang cuaca sejuk dan kami pun kepenatan, kami semua tertidur hingga lewat petang. Bangun sahaja perut dah lapar. Setelah mengalas perut dengan makanan ringan yang kami bawa, kami kembali bersiar-siar ke pusat bandar Bukit Fraser untuk melihat keindahan malam pula.
Sekian sahaja cerita aku. Terima kasih.
0 komen:
Catat Ulasan