Setahun Ditinggalkan Berhabuk

Assalamualaikum..

Fuhh..lama betul blog ni terperam. Lebih setahun tak berkongsi cerita. Ntah macam mana boleh terbuka pula hati nak jenguk blog ni hari ini. Terlalu banyak cerita yang tak dikongsikan. Al maklumlah keluarga semakin membesar. Dari berdua sekarang bertiga dan inshaAllah lepas raya nanti masuk lagi ahli keluarga baru kami. Alhamdulillah, doakan kami bahagia dan sejahtera hingga ke Jannah.

Niat asal blog ni aku nak jadikan ala-ala travelog. Nak kongsikan segala suka duka perjalanan hidup aku keluarga aku. Kongsi cerita perjalanan destinasi percutian kami. Tapi nampaknya semua tu macam tinggal angan-angan je. Hehe..

Pada mulanya setelah sekian lama aku tinggalkan blog ni aku ingatkan nak biarkan sahaja ia terperam dan tinggal sebagai sebahagian coretan sejarah dalam lipatan liku-liku kehidupan aku. Ntahlah, kalau ada kerajinan, kelapangan dan diizinkan Tuhan mungkin aku akan teruskan berkongsi sedikit demi sedikit cerita yang boleh dikongsikan. Mungkin tiada pembaca dan pengikut blog aku ini atau lebih jelas lagi mungkin aku syok sendiri sahaja. Aku tak kisah. Aku berkongsi untuk diri aku sendiri juga. Kalau umur panjang sampai aku merasa keuzuran fizikal dan mental, mungkin blog ini dapat mengingatkan aku kembali memori-memori yang hilang terhakis dimamah usia.

Sekian, sahaja pertemuan kita kali ini. Semoga berjumpa lagi di lain masa.
Maaf dan terima kasih.



0 komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...