Terjebak

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak bercerita kat blog aku ni. Macam-macam yang aku terfikir nak coretkan di sini tapi atas kesempitan masa dan kemalasan aku sendiri menyebabkan aku tak sempat nak kongsikan apa-apa. Akibat terlalu banyak cerita yang terkumpul akhirnya banyak peristiwa yang aku dah lupa. Hehe..

Okla..perkembangan terkini yang aku boleh kongsikan adalah berkembangnya perut isteriku tercinta yang berkadar terus dengan tumbesaran anakku dalam kandungannya. Hehe.. Alhamdulillah, kandungan isteriku telah pun berusia lima bulan. Aku bersyukur dan terus berdoa agar tiada masalah pada isteriku dan anak aku. InsyaAllah, mengikut jangkaan anak aku bakal lahir pada pertengahan bulan tujuh ni iaitu dalam bulan puasa.

Berbalik pada tajuk entri aku kali ini, sebenarnya aku cuma terjebak membeli dua buah novel sewaktu bersiar-siar ke bandar bersama keluarga isteriku semalam. Bermakna dalam masa yang terdekat ni aku telah membeli tiga buah buku. Bilalah agaknya aku nak habiskan baca semua buku tu. Buku tentang Laksamana Sunan yang bertajuk 'Cinta Sufi' yang aku beli hampir dua minggu lepas pun tak terbaca lagi. Haha..


Ops..lupa pula nak bagitau tajuk novel yang aku beli semalam. Buku-buku tersebut adalah 'Pesona Sandora' dan 'Empayar IX'. Novel 'Pesona Sandora' dijual tidak bersampul plastik. Jadi keadaannya tidak berapa cantik dan kelihatan selalu dibelek dan diselak. Aku tak kisah dengan keadaan itu sebab buku ni pun dah lama aku nak beli. Lagipun buku tu pun akan buruk nanti ditangan aku. Buku 'Empayar IX' pula masih cantik dalam sampul plastik dan sampai sekarang aku belum buka lagi.

Bercerita tentang novel 'Pesona Sandora' ini dimana penulisnya adalah Ruhaini Mat Darin yang mana aku rase seorang perempuan. Aku tak ambil tahu penulisnya masa membeli buku tersebut tapi bila aku berbual dengan seorang sahabatku, aku dapat membuat kesimpulan bahawa karya penulis lelaki lebih menarik dan realistik walaupun karya tersebut adalah karya berunsur fantasi. Oleh kerana buku tersebut tidak berbalut dengan plastik, maka aku mula baca dengan novel tersebut. Aku hanya sempat membaca beberapa bab malam tadi. Watak utama yang ditonjolkan adalah dua orang gadis yang merupakan bakal guru dihantar untuk menjalani latihan industri di sebuah kawasan pedalaman yang terpencil. Aku mula hilang keterujaan untuk membaca novel tersebut kerana watak utamanya adalah wanita. Hehe.. Orang perempuan sukalah aku rasa.

Novel 'Empayar IX' pula merupakan sebuah novel berlatar belakangkan sejarah. Menceritakan tentang kegemilangan Johor, Kerajaan Johor 1641-1728. Tak sabar aku nak membacanya namun aku akan bersabar mengumpul keterujaan itu supaya ia lebih menarik untuk dibaca. Hehe.. Sebenarnya aku nak habiskan dulu baca novel lain iaitu 'Cinta Sufi' dan 'Pesona Sandora'.

Eh, panjang pula cerita aku kali ini. Aku rasa cukuplah aku berhenti di sini dan kita berjumpa lagi dalam cerita yang akan datang.

Sekian, terima kasih. Wassalam.



2 komen:

asslamulaikum..

wah peminat novel ye..
suke juga tapi bukan yang cinta cintun..
kalau thriller lagi best..
nanti boleh kongsi info..

jemput teratak saya..;)

 

waalaikumussalam...
sy pn x minat novel cintan-cintun..
novel fantasi,aksi, n thriller leh la..
nak juga singgah ke teratak tuan tp kne blok la pulak..boleh bg alamat blog?

 

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...