An Unexpected Journey


Assalamualaikum..

Malam tadi aku pergi 'dating' dengan permaisuriku menonton wayang cerita bertajuk 'The Hobbit - An Unexpected Journey'. Tiket wayang telah kami beli awal-awal lagi sebelum pulang ke rumah selepas kerja. Kami beli tiket untuk tayangan pada pukul 8.50 malam.

Kami pulang dulu dan menikmati 'Pizza Mak' yang aku ceritakan sebelum ni. Hehe.. Kemudian malam itu kami tiba di Plaza Square One Batu Pahat hampir pukul 8.50 malam. Setelah mengambil tempat maka bermulalah pengembaraan The Hobbit yang diberi nama Bilbo Baggins.
The Hobbit The Unexpected Journey mengisahkan Bilbo Baggins dipillih untuk menyertai pengembaraan bersama Gandalf dan 13 orang kerdil yang diketuai oleh Thorin untuk mendapatkan kembali kerajaan Thorin di Erabor di Gunung Sepi (Lonely Mountain) yang telah lama dimusnahkan oleh seekor naga, smuag. Di dalam pengembaraannya, Bilbo Baggins menempuh pelbagai perkara yang tidak diduga dan membuatnya merindui kampung halamannya di Shire.
Sebenarnya cerita ini dah lama ditayangkan cuma aku belum tergerak jer nak menontonnya atas faktor masa dan keadaan yang tak mengizinkan. Bagi peminat filem epik Lord Of The Ring memang tak sah jika tak menonton cerita ini. Cerita fantasi sebegini sememangnya cerita wajib yang ditonton oleh peminat sai-fai dan fantasi seperti aku.

Tayangan selama dua jam setengah amat memuaskan hati aku menontonnya. Tapi kesian pula melihat permaisuriku yang kelihatan agak letih dan mengantuk. Sememangnya aku pun tak menjangka cerita ini sepanjang itu.

Dengar cerita filem ini mempunyai tiga episod. Aku pun tak ambil tahu sangat. Yang penting kalau ada sambungannya pasti aku akan menontonnya lagi. Terpaksalah permaisuriku teman lagi. Hehe.. Sabar ye sayang... :)

Sekian, terima kasih. Wassalam.



0 komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...