Kisah Fantasi Menjadi Realiti Siri 1


Assalamualaikum..


Rasa seperti mimpi jer hampir dua minggu aku telah menjadi suami yang sah kepasa isteri tercinta Nurfarrahin Binti Ador. Pada hari Ahad, 27 Mei 2012 bersamaan 6 Rejab 1433H yang lepas, rasmilah kami sebagai suami isteri.





Majlis pernikahan sepatutnya berlangsung pada pukul 11 pagi. Tapi rombongan aku tiba agak lewat sedikit. 11.20 pagi baru aku duduk depan pak imam jurunikah kami yang telah sedia menunggu tepat pada masanya. Memang berdebar seperti nak luruh jantung apabila duduk bersila menghadap pak imam yang menikahkan kami. Mana taknya aku tak buat persediaan langsung berlatih menjawab akad. Semuanya kerana permintaan aku menukar mas kahwin dengan seutas rantai tangan. Tentu lafaznya berbeza dengan biasa. Tapi aku cuba menenangkan diri bagi mengelakkan gugup semasa menjawab akad. Di situ dan pada masa itu juga pak imam menerangkan apa yang aku perlu jawab semasa akad. Rupanya nilai pun kena sebut sekali. Panjang juga. Kalau gugup memang kantoilah. Aku cuba berlatih sekali dan tiada masalah. Maka pak imam pun memulakanlah upacara akad nikah dengan membaca khutbah nikah.



"Aku terima nikah Nurfarrahin Binti Ador dengan mas kahwinnya seutas gelang tangan bernilai **** ringgit." Alhamdulillah dengan sekali lafaz sah la aku menjadi suami kepada isteri tercinta. Selesai akad permintaan daripada aku dan keluarga untuk aku solat sunat selepas nikah dan melakukan sujud syukur.




 







Kemudian pak imam bertanya sama ada boleh membaca jawi atau tidak. Aku cuma jawab insyaAllah boleh. Rupanya pak imam nak suruh aku baca lafaz taklik dalam tulisan jawi. Alhamdulillah aku boleh membaca lafaz taklik dengan lancar dan jelas. Pak imam pun puji. Hehe.. Selepas tu bermula upacara penyerahan mas kahwin dan tanggungjawab. Aku, isteri dan ibu bapa mertuaku dikehendaki membaca teks telah disediakan oleh pak imam. Suasana sebak mula menyelubungi. Mak mertuaku dan isteriku mula bercucuran air mata. Selesai semua aku dan keluarga pulang ke rumah sanggah yang disediakan.

Hampir pukul 2 petang kak andam tiba untuk menyiapkan aku bagi majlis persandingan pula. Aku sangat berpuas hati dengan servis kak andam moden ni. Solekan dia cukup sempurna  bagi aku sehinggakan aku terpana melihat kecantikan isteriku. Pelamin juga cantik dengan ruang yang terhad walaupun kerusi yang disediakan tidak seperti yang dijanjikan. Majlis berlangsung dengan lancar dan meriah walaupun sederhana tanpa beradat-adat sangat. Pengapit bidan terjun yang jadi pengapit aku pula adalah sepupuku sendiri iaitu Han yang baru diberitahu malam sebelum majlis tu. Nasib baik dia ada. Thanx Han.

Petang itu aku dan isteri pergi ke Pantai Sungai Lurus pula untuk sesi fotografi. Jurugambar kami pula adalah sahabat ku sendiri iaitu 'Kutz Amlan' dan 'Kopi O Panas'. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka kerana telah menawarkan khidmat percuma tersebut. Hadiah ini sangat aku hargai. Walaupun sederhana dengan kamera usang yang aku selalu gunakan sendiri tapi hasilnya kami sangat berpuas hati.

Sekian dulu Kisah Fantasi Menjadi Realiti Siri 1 buat kali ini. Siri 2 akan menyusul selepas ini menceritakan peristiwa majlis menyambut menantu pula.

Terima kasih kerana sudi membaca. Wassalam.

 


Nota Kaki :: gambar-gambar akan aku upload kemudian.



0 komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...