Pencarian Siri Saga Artakusiad

Salamku kepada semua pengunjung blogku yang tak seberapa ini.

Entri pertama yg aku nak tulis dalam blog aku ni adalah tentang novel yang pernah aku baca suatu ketika dulu semasa aku di sekolah rendah. Siri novel ini dibeli dan di kumpul oleh abangku. Tapi kini koleksi tersebut telah hilang dalam simpanan. Mungkin ia masih tersembunyi di stor rumahku. Hujung minggu ni akan aku cuba cari balik kalau aku balik ke kampung.

Mungkin korang pernah dengar atau baca Siri Saga Artakusiad ini. Siri novel fantasi karangan Ahmad Patria Abdullah. Pada aku ianya adalah novel fantasi bahasa melayu yang terbaik aku pernah baca. Bahasa yg digunakan sungguh menyentuh perasaan. Penuh dengan adegan2 yang mendebarkan dan romantis. Siri novel fantasi ini pernah keluar pada 1988-1991 sebanyak enam siri, terbitan DBP iaitu



1. Permata Aurorius
2. Kota Arialun
3. Kembar Artakus
4. Petua Azkram
5. Puteri Alindalia
6. Pedang Aurora

Novel ke tujuh keluar selepas lebih 10 tahun penantiannya kalau tak silap akula. Dengan tajuknya Lagenda Numerius. Buku ketujuh ni aku belum pernah baca lagi. Koleksi2 ni memang susah nak dapat kerana pihak DBP tidak terbitkan lagi. Sebab itulah aku tulis entri ini untuk mengumpulkan kembali koleksi tersebut.

Ini dia sedikit sipnosis siri tersebut.


Sinopsis Saga Artakusiad

Rizal telah dibawa oleh satu kuasa ghaib ke alam Aurora yang penuh misteri. Oleh kerana pada dirinya terdapat tanda-tanda kebesaran seperti yang tercatat dalam kitab-kitab kaum Aurora, dia telah diangkat sebagai pemimpin atau Artakus puak Armorikus. Sebagai Artakus, dia diharap dapat mengembalikan keagungan kaum Aurora dan membebaskan mereka daripada kezaliman Morrok – musuh Armorikus yang ganas. Dia juga terlibat dalam pertentangan Arasis (siang) terhadap Osria (malam) yang cuba memusnahkan alam…

Untuk menyekat rancangan jahat Osria, dia harus pula membantu Merkia (makhluk yang terhasil daripada cahaya) merampas Permata Aurorius yang berada di Kota Arialun dalam genggaman Herakos (makhluk yang terhasil daripada kegelapan).



9 komen:

Salam...

Saya pun peminat siri saga artakusiad...koleksi saya pun hilang entah ke mana. Nak kumpul balik bukannya senang...xtau nak cari kat mana...saya tak jumpa kat mana2 kedai buku pun...sigh

 

Salam Maal Hijrah…. Hijrahkanlah Diri Ini ….
http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

Salam ziarah kat blog entry ko… kami sedang baca entry older post ko tu… best gak bila baca…. Salam ikatan persahabatan… thanks kongsi cerita ngan aku… salam sebuah persahabatan tanda ingatan dari kami…. Harap ade respond dari kamu… thanks againt

 

maaf xperasan ulasan2 anda sumer...
maklumlah blog ni dah lame terbiar bersawang...
terima kasih kerana sudi melawat...

kepada kak siti, kalo terjumpe kat mane2 yg ade jual siri ni inform la ye...mmg teringin nk dptkan blk...episod slps 6 siri yg awal tu mmg xpenah bc lg...

kepada saudara Afzainizam, maaf xsempat bls ucapan ko tu...salam maal hijrah juga..kalo ade rezeki nnt aku kontek ko..

thanx again...

 

Ok..buku2 tu dah jadi rare collection. Kalau En. Hazrul ada jumpa tolong inform jugak ye..terima kasih..

 

dh dapat cari ke buku tu? kalau belum cuba tgk kat cni http://pustaka-umi.blogspot.com/2012/03/siri-saga-artakusiad_4986.html

 

thanks pustaka ummi kerana berkongsi...

 

Buku ke 8 Saga Artakusian berjudul Cabaran Lodra, baru sahaja keluar dan cetakan terhad ini hanya dijual oleh distributor-distributor yang dilantik oleh penulis sahaja. Layari www.gapuraloka.com bagi mendapatkan novel tersebut.

 

Permata aurorius dan puteri alindalia masih ada jualan di pengedar dbp...

Pesanan Online pun ada

bukudbp.com

Tajuk lain tiada stok rasanya

 

Saya pernah terbaca buku ni dulu.. tp tak abis.. mmg nk cari balik lah buku ni.. harap ada penerbit filem tempatan yg berminat utk bawa buku ni ke layar perak..

 

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...