Blogaway test

Lps ni dh leh la slalu update blog..


Pelangi Kehidupan

Assalamualaikum...

Hm..Tak tau nak tulis apa. Betullah orang kata lepas kahwin ni lelaki makin lama makin tak pandai beromantik-romantik...Hehe.. Samalah macam aku ni. Dah tak pandai nak susun-susun ayat. Mungkin sebab tu blog ni lama terbiar bersawang.

Dalam fikiran tadi memang macam-macam terfikir nak dikongsikan. Tapi macam blur plak otak ni nak mengarang. Oklah sebut pasal tajuk ni aku nak cerita sikit pasal pelangi. Bukan pelangi semasa hujan renyai dipetang hari tu. Tapi pelangi yang hadir dalam kehidupan aku. Aku tak ingat aku pernah cerita tak pasal pelangi yang aku maksudkan tu. Pelangi itu adalah merujuk kepada anak-anak aku. Ya anak-anak. Selepas tiga tahun aku mendirikan rumah tangga kami bakal dikurniakan cahaya mana yang kedua. Mungkin dalam bulan Ogos nanti aku akan menimang cahaya mata yang kedua tersebut. Sekejap je kan.. Pejam celik pejam celik keluarga aku semakin membesar. Tak sempat pun aku nak cerita pasal zuriat pertama kami Muhammad Arrayyan Bin Mohd Hazrul Azam, dah nak keluar pula zuriat yang kedua.

Cameron Highland Oktober 2014
Inilah pelangi kehidupan aku sekarang. Gambar diambil semasa percutian kami ke Cameron Highland pada 22 dan 23 Oktober 2014 yang lepas. Sejak perkahwinan kami sebenarnya banyak percutian bajet yang aku terlepas untuk dikongsikan bersama. Percutian yang terkini adalah ke Pulau Sibu di Mersing pada 6 Mac 2015 yang lepas. Memang best. Tapi tak rajin pula aku nak mengarang cerita ringkasan percutian kami ke sana. Takpelah, aku kongsikan jelah sedikit gambar kami di sana.









Gambar-gambar kat atas ni amik pakai phone murah je.


Subuh sebelum bertolak si comel Arrayyyan buat muka comel.




Di Jeti Tanjung Leman









Kesian Rayyan keletihan dalam perjalanan pulang dari jungle trekking.










Heaven on earth. Pemandangan dari chalet kami.

Sekian sedikit perkongsian untuk kali ini. Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...